CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Ditahan Bersama 7kg Heroin, 3kg Ganja

5-6-2023 03:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 820| Komen: 17

Description: Ipoh: Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menahan suami isteri berusia 28 dan 29 tahun itu dalam se ...
Ipoh: Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menahan suami isteri berusia 28 dan 29 tahun itu dalam serbuan jam 12.05 pagi di sebuah rumah di Sitiawan, Manjung.


Sepasang suami isteri itu dipercayai pengedar dadah antara tiga individu ditahan bersama lebih 7 kilogram (kg) heroin dan lebih 3kg ganja dalam dua serbuan berasingan di daerah Manjung dan Kampar, semalam.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di rumah itu, polis merampas dadah dipercayai jenis heroin dengan anggaran berat 7.04 kilogram (kg) dan ganja dengan seberat 3.058 kg.

Dadah jenis heroin dan ganja serta - Foto NSTP/Ihsan Polis

"Nilai keseluruhan dadah yang dirampas berjumlah RM64,570. Turut dirampas peralatan yang digunakan untuk membungkus dadah.

"Polis juga menyita sebuah kenderaan, tujuh rantai, enam cincin, empat anting-anting dan satu subang hidung yang kesemuanya bernilai RM 72,332.60.


"Ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap kedua-dua suspek mendapati negatif dadah dan mereka tidak mempunyai rekod kesalahan lampau," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek dipercayai mula aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sejak awal tahun ini.

"Dadah yang dirampas disyaki untuk diedarkan di pasaran tempatan di negeri ini dah ia boleh digunakan seramai 15,600 orang penagih dadah," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohd Yusri memaklumkan satu lagi tangkapan berkaitan dadah juga dilaksanakan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar pada hari yang sama.

Katanya, dalam serbuan jam 12.30 pagi itu, seorang lelaki berusia 36 tahun ditahan di sebuah rumah di Desa Lawan Kuda, dekat sini.

"Hasil pemeriksaan polis merampas dadah dipercayai jenis serbuk ekstasi seberat 2.7kg, kafein (1.679 kg), methamphetamine (22 gram (g) ), heroin (21g), pil erimin 5 (5g) dan pil ekstasi (6g) dengan nilai keseluruhan yang dirampas berjumlah RM38,792," katanya.

Peralatan digunakan sepasang suami isteri bagi membungkus dadah di sebuah rumah di Sitiawan.- Foto NSTP/Ihsan Polis

Beliau berkata, polis turut merampas peralatan yang digunakan untuk membungkus dan menghisap dadah.

"Ujian air yang dijalankan terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan suspek turut mempunyai rekod jenayah membabitkan 17 kes dadah serta satu kes jenayah," katanya.

Katanya dadah dirampas dianggarkan boleh digunakan 6,700 penagih dan lelaki yang aktif semula dalam aktiviti pengedaran dadah sejak sebulan lepas itu kini disiasat lanjut mengikut Seksyen 39B ADB 1952.


Sumber: BH Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 5-6-2023 07:33 PM
India kot ade subang hidung
Quote mawardia 5-6-2023 07:35 PM
Buritan replied at 5-6-2023 07:33 PM
India kot ade subang hidung

Soalan I ols bahawa kaum apakah mereka jua terjawab pabila melihat frasa subang hidung ittewww
Quote Buritan 5-6-2023 07:43 PM
mawardia replied at 5-6-2023 07:35 PM
Soalan I ols bahawa kaum apakah mereka jua terjawab pabila melihat frasa subang hidung ittewww :lo ...

Aku terpikir satu je.. polis ni rampas semua benda berhrga ke . Kor kot subang hidung tuu tok ke opah pompuan tuu punya.. hadiah kawin ke
Quote noor2 5-6-2023 07:50 PM
Entah2 melayu......ada je perempuan melayu bertindik hidung...fesyen katanya..hihi
Quote mawardia 5-6-2023 08:48 PM
Buritan replied at 5-6-2023 07:43 PM
Aku terpikir satu je.. polis ni rampas semua benda berhrga ke . Kor kot subang hidung tuu tok ke o ...

Dia pukul rata je tu.
Quote mawardia 5-6-2023 08:49 PM
noor2 replied at 5-6-2023 07:50 PM
Entah2 melayu......ada je perempuan melayu bertindik hidung...fesyen katanya..hihi

Retis jua bertindik idung kan
Quote TOPwind 5-6-2023 08:56 PM
Buritan replied at 5-6-2023 07:33 PM
India kot ade subang hidung

dey India tu negara

bukan bangsa

tau tak
Quote Carcosa 5-6-2023 09:38 PM
Jantan yg ada 17 case dadah + 1 jenayah tu, dah bolehlah dihukum tembak then campak je mayat dia dlm laut
Quote stingergrumpy 5-6-2023 09:43 PM
noor2 replied at 5-6-2023 07:50 PM
Entah2 melayu......ada je perempuan melayu bertindik hidung...fesyen katanya..hihi

Tindik hidung ko pelik....kentik ditindik cincin pun ada ler...it stimulates sexual activity to a greater height.....ko tak caya boleh tanya greentea ,pakar kamasutra kita....
Quote stingergrumpy 5-6-2023 09:44 PM
Carcosa replied at 5-6-2023 09:38 PM
Jantan yg ada 17 case dadah + 1 jenayah tu, dah bolehlah dihukum tembak then campak je mayat dia dlm ...


Campak laut boleh terlepas(exemption) dari soal jawab kubur keww ghaser2 ko?
Quote Buritan 5-6-2023 10:52 PM
TOPwind replied at 5-6-2023 08:56 PM
dey India tu negara

bukan bangsa

Kang aku tulih kaum India pun Salah . Aku tulih Hindu paria pun Salah.. saje je suka cari Salah org..  hahahaha
Quote Buritan 5-6-2023 10:53 PM
mawardia replied at 5-6-2023 08:48 PM
Dia pukul rata je tu.

Tah Tah duit dadah tuu baru je dpt seribu.. abis barang yg cari pakai duit halal pun kena kebass.. eii takut aku.. tak berbaloii sggh
Quote mawardia 5-6-2023 11:00 PM
Buritan replied at 5-6-2023 10:53 PM
Tah Tah duit dadah tuu baru je dpt seribu.. abis barang yg cari pakai duit halal pun kena kebass.. ...

Jual dadah ni memang menyerah tengkuk ke tali gantung umpamanya.
Quote Buritan 5-6-2023 11:04 PM
mawardia replied at 5-6-2023 11:00 PM
Jual dadah ni memang menyerah tengkuk ke tali gantung umpamanya.

Tu laa.. apak montua posan kat laki den.. naik bas junjung beg jgn letak merata rata masa time student u dulu.. byk kes JD keldai dadah... Ade org dajal pi letak dadah Kat dlm beg
Quote mawardia 6-6-2023 12:14 AM
Buritan replied at 5-6-2023 11:04 PM
Tu laa.. apak montua posan kat laki den.. naik bas junjung beg jgn letak merata rata masa time stu ...

Sama jua kat epot. Bahaya. Org jahat dimana2.
Quote Buritan 6-6-2023 08:09 AM
mawardia replied at 6-6-2023 12:14 AM
Sama jua kat epot. Bahaya. Org jahat dimana2.

Tu laaa.. aku dedulu masa kat u jenis tinggai je beg kat atas bgku kat pudu.. sbb takde brg berega.. dengo laki aku cite takut plk..
Quote mawardia 6-6-2023 01:26 PM
Buritan replied at 6-6-2023 08:09 AM
Tu laaa.. aku dedulu masa kat u jenis tinggai je beg kat atas bgku kat pudu.. sbb takde brg berega ...

Uishhh bahaya! Lagi 1 I ols selalu diingatkan oleh org keliling mengenai minyak calit. Aiyohh very the skeri.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:49 AM GMT+8 , Processed in 0.049764 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top