CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nak Tahu Rasa Bunuh Seseorang

5-6-2023 03:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 913| Komen: 9

Description: Seoul: Akibat membaca dan menonton rancangan mengenai pembunuhan seterusnya rasa ingin tahu perasaan sebagai pembunuh, seorang wanita berusia 23 tahun bukan sahaja menyamar sebagai pelajar sekolah mal ...
Seoul: Akibat membaca dan menonton rancangan mengenai pembunuhan seterusnya rasa ingin tahu perasaan sebagai pembunuh, seorang wanita berusia 23 tahun bukan sahaja menyamar sebagai pelajar sekolah malah membunuh 'tutornya' di Busan, Korea Selatan.


Menurut polis, wanita berkenaan Jung Yoo-jung, dilaporkan mendaftar untuk aplikasi mudah alih yang menghubungkan pihak ibu bapa dengan tutor persendirian.

Yahoo! News melaporkan Jung pada mulanya menyamar kononnya sebagai ibu kepada seorang pelajar Gred 9 dan berhubung dalam talian dengan wanita lain iaitu tutor Bahasa Inggeris yang berusia 20-an.


Jung kemudian menjadualkan rundingan untuk 'anaknya' pelajar Gred 9 itu dengan tutor Bahasa Inggeris berkenaan di rumah mangsa.

Pada 26 Mei lalu, Jung muncul di rumah wanita itu dengan berpakaian seragam sekolah yang diperolehnya dalam talian.

Sebaik Jung berada di dalam rumah mangsa, dia didakwa menikam mangsa hingga mati dengan pisau sebelum memotong badan wanita itu.


"Jung bertubuh pendek, dan dengan pakaian seragam, mangsa mungkin menyangka dia sebagai pelajar sekolah menengah," kata jurucakap polis Busan, menurut The Chosun Ilbo.

Polis percaya bahawa jenayah itu dirancang kerana mereka menemui beg tong besar dan peluntur yang digunakan untuk menyembunyikan pembunuhan itu.

Jung didakwa meletakkan beberapa bahagian badan mangsa di dalam beg pakaian selain mengumpulkan telefon bimbit, dompet dan kad pengenalan wanita itu untuk menjadikannya kelihatan seperti 'mangsa sudah hilang'.

Dia kemudian menaiki teksi ke tebing Sungai Nakdong untuk membuang beg pakaian yang berlumuran darah itu.

Pemandu teksi memaklumkan kepada polis mengenai tingkah laku wanita itu yang mencurigakan, menyebabkan pihak berkuasa mencari mayat mangsa di tepi sungai dan di rumah Jung.

Menurut polis, Jung ditangkap pada Rabu dan dia mengaku melakukan jenayah itu serta mengakui bahawa rasa ingin tahunya untuk membunuh tercetus daripada membaca dan menonton rancangan berkenaan pembunuhan.

"Jung didapati merencanakan jenayah yang didorong oleh keinginan untuk membunuh seseorang selepas dia menjadi taksub dengan pembunuhan dari program televisyen dan buku.

"Jung juga berkata, dia berasa kesal dengan apa yang dia lakukan. Kami sedang menjalankan ujian untuk melihat sama ada dia seorang psikopat," kata seorang jurucakap polis.

Jumaat lalu, Jung didakwa atas kesalahan membunuh.

Menurut polis, Jung, yang tinggal bersama keluarganya pada tempoh pembunuhan adalah seorang yang suka menyendiri dan menganggur sejak menamatkan pengajian dari sekolah menengah, lima tahun lalu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 5-6-2023 03:51 PM
Ingatkan penjenayah slalunya rupa cam penyangak.. sangkaan iols meleset..
Quote sharlenetexas 5-6-2023 03:56 PM
Bagus pemandu teksi ni.


Quote syamzana 5-6-2023 05:54 PM
patut la org ckp cerita dlm tv/penulisan blh mempengaruhi penonton/pembaca.
ada org naluri nak 'merasai' tu tinggi
Quote dua_chzy 5-6-2023 06:01 PM
Lawa juga pembunuh ni persis retis kpop yang belum alter muka kasik runcing dagu.
Quote Carcosa 5-6-2023 09:34 PM
Bangang. Membanyakkan kerja. Nak stalk, nak pretend, nak bunuh, nak kerat, nak dispose.
Yihhhhh. Baik aku layan Netflix.
Quote asmurai 5-6-2023 10:53 PM
Bodo lahh. Cuba cakap kat acik tu nak tak rasa perasaan dibunuh tu macamana. Baru padan muka dia.
Quote helicornia 5-6-2023 11:13 PM
Sapa yg ckp filem ganas tk berita kesian kpd penonton? Alah tu filem je...
Quote anakkerengga 5-6-2023 11:58 PM
Daripada bunuh org.. baiklah bunuh cicak.. kalau rs nak potong daging.. beli lah daging lembu, pastu potong lah sebyk mn nak.. pelik2 betul manusia zmn skrg..
Quote sailormars 6-6-2023 12:07 AM
kalau dia tngok drama melayu, mesti dia nak merasa mcm mana jd penyondol kan sbb drama kite asyik2 berebut jantan je tak habis2...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:21 PM GMT+8 , Processed in 0.054763 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top