CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Iman Zulkarnain Kembali Ikut Program Dakwah Selepas 18 Tahun Tinggal, Malu Kerana Banyak Dosa

5-6-2023 02:48 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1623| Komen: 13

Description: Pelakon Iman Zulkarnain, 32, terlibat dalam program agama sedemikian merupakan cara untuk merawat hati selepas lebih 18 tahun meninggalkannya.Dia meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri se ...
Pelakon Iman Zulkarnain, 32, terlibat dalam program agama sedemikian merupakan cara untuk merawat hati selepas lebih 18 tahun meninggalkannya.

Dia meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri sebuah majlis agama sekaligus dianggap kembali mendekati jalan dakwah.



Menerusi Instagram, kata Iman, dia sudah lama memasang impian untuk sama-sama terlibat dalam program agama seperti itu namun merasakan diri tidak layak menyertainya.

"Akhirnya, setelah 18 tahun meninggalkan kerja dakwah, sekali lagi Allah menjemput saya untuk sama-sama menikmati kurniaan yang terlalu istimewa ini.

"Allah takdirkan pula berjumpa dengan hamba-Nya yang mulia serta soleh untuk menyantuni saya. Merawat hati dan jiwa dengan santunan terpuji.

"Sebenarnya sudah lama saya merindui untuk keluar di jalan Allah. Tetapi mengenangkan diri yang kotor dan hina ini, saya rasa tidak layak untuk turut sama dengan mereka yang bersih dan mulia.


"Satu perasaan yang tidak mampu saya ungkapkan dengan kata-kata selain Alhamdulillah," ujarnya.

Dia dilihat menghadiri majlis ilmu berkenaan yang diadakan di Pulau Perhentian, Terengganu, baru-baru ini.


Sedar akan kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini, Iman juga tidak menyangka hatinya terdorong untuk sekali lagi mengikuti majlis agama seperti itu.

"Sejujurnya saya tidak tahu apa yang Allah pandang pada pendosa tanpa noktah yang hina ini.

"Mana mungkin pendosa seperti saya ini layak untuk berdiri dan berjalan bersama mereka yang mulia melakukan," ungkapnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 5-6-2023 03:02 PM
who iz yuhhhh... nampak herlok so terus iols google gittuh...

sekaligus terus nak positif dan doakan baik2 supaya di permudahkan urusan heols dengan istiqomah...

kalau tak herlok confirm lain pula persepsinya... silap2 bakal di kecam serhoper penyanyi dik qimqim dengan bini penebuk tin dia tu...

Quote heythere123 5-6-2023 03:11 PM
dudaberhias replied at 5-6-2023 03:02 PM
who iz yuhhhh... nampak herlok so terus iols google gittuh...

sekaligus terus nak positif dan doaka ...

gambar bawah tu herlok kan. Gambar atas bot tu so-so sajork
Quote dudaberhias 5-6-2023 03:16 PM
heythere123 replied at 5-6-2023 03:11 PM
gambar bawah tu herlok kan. Gambar atas bot tu so-so sajork

alamak ye... gambar atas tu macam mum jokmok bekas tunang anjuling yang tak sempat renovate habis pagar rumah tu jah...
yang bawah ok la nampak la berupa... sekaligus iols kena selek...




Quote heythere123 5-6-2023 03:26 PM
dudaberhias replied at 5-6-2023 03:16 PM
alamak ye... gambar atas tu macam mum jokmok bekas tunang anjuling yang tak sempat renovate habis  ...



sampai hati kakadud samakan dengan ex anju
Quote exclusive_vvip 5-6-2023 03:39 PM
dudaberhias replied at 5-6-2023 03:02 PM
who iz yuhhhh... nampak herlok so terus iols google gittuh...

sekaligus terus nak positif dan doaka ...

haha..baru ni iols tgk ryanfahmi nyer content ig pasal husnuzon pada penjenayah muka hensem..terus teringat kat sis duda


Quote dudaberhias 5-6-2023 03:48 PM
exclusive_vvip replied at 5-6-2023 03:39 PM
haha..baru ni iols tgk ryanfahmi nyer content ig pasal husnuzon pada penjenayah muka hensem..terus ...

Hahahaha, iols la makcik2 selek tu...

Asalkan herlok kita kena la husnuzon dan maafkan walaupun orang tu penjenayah bakor2 anak orang... Lelaki boleh berubah gittew....

Tapi kalau rhoper macam si kopok losong kertu, tauke jambu, ali itam...

Sebelum di sabitkan bersalah pun iols dah buat petisyen suruh sumbat dalam rumah si bainon tu bagi dia siram jebawok tu pakai air coway panas... Kalau theyols eksiden tepi iols pun iols pura2 tak nampak sambil catwalk ala2 para mendosa pergi COD innai nunha dan paksa2 kawan beli sebelum kambuih belakang rumah... Gittuh...

Quote slyfynx 5-6-2023 04:27 PM
Chop, ni yang hr tu bercerai ke?
Quote exclusive_vvip 5-6-2023 04:47 PM
dudaberhias replied at 5-6-2023 03:48 PM
Hahahaha, iols la makcik2 selek tu...

Asalkan herlok kita kena la husnuzon dan maafkan walaupun o ...

sadis!
Quote lucky_peace 5-6-2023 05:17 PM
Kiranya kecil2 dulu dia berdakwah? Sampai umur 14 thn lps tu stop?
Quote fadz84 5-6-2023 07:29 PM
lucky_peace replied at 5-6-2023 05:17 PM
Kiranya kecil2 dulu dia berdakwah? Sampai umur 14 thn lps tu stop?


Sekolah tahfiz mungkin.. join tabligh ke.. hehe.. cite pasal tabligh ni, masa duk hostel masa uni dulu, bdk2 uni ala2 tabligh ni suka dtg ketuk2 bilik ajak g surau.. dan2 tu ckp ada hal la apa la.. aduyaii bila ingat balik..
Quote lucky_peace 5-6-2023 08:24 PM
fadz84 replied at 5-6-2023 07:29 PM
Sekolah tahfiz mungkin.. join tabligh ke.. hehe.. cite pasal tabligh ni, masa duk hostel masa uni  ...

Betul. Masa kt matrix pon ada, kt u pon ada. Dtg mlm2, kdg kita nak kuar dinner, nak bt assignment, kena la layan dorg dulu.
Quote selipar_hijau 5-6-2023 09:31 PM
Sape pulak ni ingatkan azwan kombosss
Quote wirazam 5-6-2023 10:20 PM
Whoareyussss ..
Pls la tt

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.048548 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top