Penyanyi Sarah Suhairi mendedahkan dia pernah menolak tawaran menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak kerana ingin menyertai program realiti Big Stage musim pertama pada 2018.
Bagaimanapun katanya, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan bapanya. Sarah, 23, berkata, dia membuat keputusan menolak tawaran sambung belajar kerana ketika itu dia sudah pun mengikat kontrak bersama syarikat rakaman sebelum akhirnya memutuskan mengejar impian dalam bidang seni. "Ketika itu saya sudah mengikat kontrak dengan label dan pihak pengurusan hantar saya pergi uji bakat Big Stage dan ayah juga beri sokongan untuk mencuba. Alhamdulillah dapat. "Mula-mula ingatkan komitmen program itu tak banyak, jadi bolehlah sambil-sambil itu saya pergi kuliah tapi apabila tengok jadual, memang saya kena lepaskan salah satu. "Saya beritahu ayah dan dia izinkan saya sertai Big Stage sebab katanya saya boleh sambung belajar selepas itu nanti," katanya kepada mStar.
|
dudaberhias replied at 5-6-2023 12:42 PM
tapi persembahan ko haukk dekkk... baik la ko masuk uitm jadi cikgu jerr sebab ciri2 cikgu tu dah ad ...
Bipolajourney replied at 5-6-2023 03:52 PM
Motif nak tercirit setakat tulis di forum ?
***********************
miszclassique replied at 5-6-2023 12:41 PM
Dik, sila la sambung belajar
QS ni banyak orang cari sekarang, tapi gaji starting taktau la ciput ke ...
sleepandream replied at 6-6-2023 12:33 AM
sheols bukan kah anak orka... tak pandang pun uitm tu... anytime sheols boleh masuk taylor ke mana2 ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.046573 second(s), 41 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.