CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Diabai Anak Tunggal Selepas Gaduh Dengan Menantu

5-6-2023 11:16 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3474| Komen: 121

Description: Kuala Selangor: Seorang warga emas tidak menyangka anak tunggalnya yang ditatang dengan penuh kasih sayang sebelum ini sanggup ‘membuangnya’ ke rumah jagaan orang tua.Segalanya bermula apabila wanit ...
Kuala Selangor: Seorang warga emas tidak menyangka anak tunggalnya yang ditatang dengan penuh kasih sayang sebelum ini sanggup ‘membuangnya’ ke rumah jagaan orang tua.

Segalanya bermula apabila wanita dikenali Kak Mai, 64, me­nerima rawatan di sebuah hospital selama dua minggu tahun lalu akibat komplikasi kesihatan.


Gambar hiasan.

Kak Mai yang juga pesara kerajaan kecewa apabila anak tunggal perempuan berusia lingkungan 40-an tidak mahu mengurus dan menjaganya yang sedang uzur.

“Hati mana tidak berkecai kerana dia sahaja anak yang saya ada selepas suami meninggal dunia pada tahun 2014.

“Rentetan itu, saya mengambil keputusan untuk menghabiskan hidup di rumah orang tua sejak setahun lalu,” katanya.

Menurutnya, semuanya berlaku disebabkan perselisihan faham dan masalah dalaman antaranya dan keluarga menantunya.


Namun, dia tetap berdoa supaya dapat bertemu semula de­ngan anak, cucu serta menantunya sebelum dijemput Ilahi.

“Saya tahu mereka sayangkan saya. Saya berdoa agar kami berbaik semula,” katanya.

Sementara itu, lelaki dikenali Abu Samah, 54, memberitahu, dia terpaksa tinggal di pusat ja­gaan tersebut kerana enggan menyusahkan ahli keluarganya selepas terlibat kemalangan.

“Saya sakit kencing manis sehingga tidak mampu menguruskan diri sendiri. Silap sendiri sibuk bekerja sehingga tidak berumah tangga. Lagi pun di sini ramai kawan. Ini atas pilihan saya sendiri,” ujarnya.


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote koko2 5-6-2023 02:10 PM
sian acik ni...tapi nak buat mcm mana..anak perempuan kena taat suami melebihi ibu kandung sendiri...kalo suami tak izin jaga mak sendiri tetap tak boleh jaga juga...
Quote koko2 5-6-2023 02:14 PM
mcm kakak aku..ada anak JANTAN sorang..tu la satu satunya anak yg ada...tapi anak jantan LEBIH syg bini  melebihi mak sendiri...sian kakak aku..mengngis dlm hati...

DUNIA ni teda yg indah punnn...
ada laki ...bini...anak2...belum tentu bahagia..semuanya UJIAN..
Quote capiloton 5-6-2023 02:31 PM
suruh beranak ramai2 tak mau

suruh la bos dan company ko dulu tu jaga masa tua
Quote JunkMail 5-6-2023 02:48 PM
koko2 replied at 5-6-2023 02:10 PM
sian acik ni...tapi nak buat mcm mana..anak perempuan kena taat suami melebihi ibu kandung sendiri.. ...

Mana ada sis... Kalau suami kata jgn taat kat mak kau.. kau boleh ingkar sis. Suami yang baik mana pilih pilih mak mentua ke mak sendiri. Kena layan sama rata...adil. kat situ dah bukti somi tu bukan somi yg baik.
Quote asamfish 5-6-2023 02:50 PM
kena dengar dari pihak anak jugak...kadang2 mak ni yang suka bawak diri...
Quote zuriey 5-6-2023 02:55 PM
Apa yg sedih dok rmh org tua
Kalau semua keperluan terjaga ok la dok sana
Dah tua ko larat lagi ke nak hadap perangai ank2 menantu cucu2
Aku pun dah plan nak ke rmh org tua atau madrasah
Tak kuasa nak hadap perangai ank menantu nanti
Bior la diorng uruskan hidup diorng
Quote itik_magic 5-6-2023 03:01 PM
sbb tu lah aku x heran seorng ibu n bapa boleh besorkn anak 10 org. tp 10 org anak x leh jaga seorg ibu bapa. sbb bila ada 'law' dlm hidup ank mmg akan mula payah. sbb sngt mencbr utk jd somi/isteri n anak yg baik dlm satu masa adakalanya.
Quote Tinot7 5-6-2023 03:13 PM
Apa salahnya dok kat rumah jagaan ongtua? Apa stigma masyarakat melayu berkaitan rumah ongtua?
Quote asamfish 5-6-2023 03:21 PM
Tinot7 replied at 5-6-2023 03:13 PM
Apa salahnya dok kat rumah jagaan ongtua? Apa stigma masyarakat melayu berkaitan rumah ongtua?

ramai yang beranggapan anak2 adalah 'duit pencen' makpak...dan anak2 adalah org jagaan makpak...which in my opinion is not right!  tinggal di rumah org2 tua adalah lebih menyelesakan diri, punya teman untuk berbual, bergaduh (make the brain works), activity, makan minum terjaga ....

Quote zehra2 5-6-2023 03:33 PM
elok ler dok rumah org tua dari dok rumah anak tp jd bibik jaga cucu.
duit pencen tu sebaik nya jgn bg anak pulak
Quote itik_magic 5-6-2023 03:43 PM
asamfish replied at 5-6-2023 03:21 PM
ramai yang beranggapan anak2 adalah 'duit pencen' makpak...dan anak2 adalah org jagaan makpak...wh ...

kita fikir mcm tu. tp bila aku dh tua ni, terfikir knp org tua x nk tinggal rumah tua, atr sbb x bebas. sbb tu org tua lg suka duk sendiri walau sorg2.
duk umah org tua2 duk cam asrama.
Quote syamzana 5-6-2023 03:43 PM
ape laa dok buat cite sedih mcm teruk nau dok umah org tua. smpai bila nak menyusahkan anak2. ada pencen dok umah org tua ramai kawan ok la tu. sesekali anak menantu mai melawat. yg dok buat gaduh ngan anak menantu tu pasaipe??
alaaa serupa kita la dok anto anak2 ke kindy asbab bekerja  so bila kita tua patah balik laa apa yg kita buat kat anak2.
lgpun dibuatnya anak jaga kita ujung2 kita plak kene jaga cucu dah la tua2 bknnya larat sgt. cucu ni balik sesekali mmg la meriah, kita seronok.cuba dok hadap tetiap hari
sejenis mmg hadap anak menantu cucu jaga bila dah tua mcm ni la, dok la sedih manjang.
Quote Tinot7 5-6-2023 03:43 PM
asamfish replied at 5-6-2023 03:21 PM
ramai yang beranggapan anak2 adalah 'duit pencen' makpak...dan anak2 adalah org jagaan makpak...wh ...

Ramai kenalan iols anggap anak2 ni investment.. tapi tang buat extra utk anak2 takleh pulakk.. tang investment sekadar, iols dah veranakkan hang, maka hang kena bayaq dgn darah bilamasa iols tua.. giteww..

Bg iols, anak tu bknnnya investment.. itu tanggungjawab..
Quote Tinot7 5-6-2023 03:45 PM
itik_magic replied at 5-6-2023 03:43 PM
kita fikir mcm tu. tp bila aku dh tua ni, terfikir knp org tua x nk tinggal rumah tua, atr sbb x b ...

Tgk org la.. ada org suka dok asrama.. ada org suka dok solo.. kalau dok dgn anak dan menantu cucu bagai, umpama dok asrama jugakk.. sama jahh..
Quote ninja boy 5-6-2023 03:53 PM
Edited by ninja boy at 5-6-2023 03:58 PM

Parent tak reda selagi kau tak berhenti kerja taw, parent pembawa syurga. Hidup hanya utk parent gitu, parent sangat gembira hidup kau musnah, kereta kena tarik rumah kena lelong epf sedikit sbb berhenti kerja fokus jaga parent sakit
Quote hotmak 5-6-2023 04:09 PM
ni rumah org tua berbayar ke, mcm ada satu rumah kat ampang, mesra home tu, teringin juga nak tau, klu berbyr brp kena byr, boleh lah masing2 sediakan duit untuk duduk rumah gini nanti, takde menyusahkan sapa2
Quote kechikchomel 5-6-2023 04:19 PM
koko2 replied at 5-6-2023 02:14 PM
mcm kakak aku..ada anak JANTAN sorang..tu la satu satunya anak yg ada...tapi anak jantan LEBIH syg b ...

Iolss teringat citer apa ntah yg acik fadilah mansor berlakon. Jadi mak izzue Islam. Izzue tu ikut sgt cakap bini dia sampai bini dia tuduh mak dia curi barang pun izzue percaya. Sampai dihalau la mak dia tu.
Last² mak dia meninggal, pastu izzue tangkap sendiri bini dia scandal dgn orang lain.

Quote Lagubestbest 5-6-2023 04:19 PM
Edited by Lagubestbest at 5-6-2023 04:21 PM
itik_magic replied at 5-6-2023 03:01 PM
sbb tu lah aku x heran seorng ibu n bapa boleh besorkn anak 10 org. tp 10 org anak x leh jaga seorg  ...

sebab ramai mak pak dah tua2 pun masih nak anak2 "sembah" diorang. nasib baik anak2 yang dah besar mampu sangat melawan redhakan je mengenangkan orang tua sendiri, nasib tak baik mmg kena "buli balik".
Quote eLiaD 5-6-2023 04:20 PM
u will never know their value until u lose them..

RiP

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.084300 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top