CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suspek Kes Samun Ditemui Mati Di Lereng Bukit

5-6-2023 11:01 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 987| Komen: 13

Description: Georgetown: Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kes samun dan pecah rumah ditemui mati di kawasan lereng bukit berdekatan Taman Jesselton, di sini, semalam.Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapa ...
Georgetown: Seorang lelaki disyaki terbabit dalam kes samun dan pecah rumah ditemui mati di kawasan lereng bukit berdekatan Taman Jesselton, di sini, semalam.

Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati kematian lelaki terbabit berpunca daripada kecederaan kepala akibat terjatuh dari tempat tinggi dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin, berkata mayat lelaki tanpa dokumen pengenalan diri itu dijumpai berada dalam keadaan tertiarap pada jam 4.40 pagi.


"Polis turut menjumpai sebuah beg galas di sebelah mayat lelaki itu yang mengandungi beberapa keratan dawai berwarna hijau selain beberapa barangan seperti alat pemotong, pemutar skru dan sarung tangan.

"Peralatan itu disyaki digunakan untuk tujuan pecah rumah selain polis turut menemui sebilah pisau pemotong daging dalam beg berkenaan," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.


Kok Chin mendedahkan, sebelum penemuan itu sepasukan polis dari Bahagian D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) dari batalion 1 dan 18 telah menjalankan Op Rantau Dawai di kawasan berkenaan.

Katanya, dalam operasi kira-kira jam 12.30 malam pasukan pemerhati telah terserempak dengan tiga lelaki mencurigakan dan mengarahkan mereka berhenti namun kesemuanya melarikan diri.

"Mereka melarikan diri ke arah yang tidak diketahui dalam suasana gelap dan pasukan pemerhati kemudiannya melakukan pencarian di sekitar kawasan berkenaan.

"Kita tidak menolak kemungkinan suspek bersama dua lagi rakannya yang telah meloloskan diri itu terlibat dalam jenayah samun dan pecah rumah membabitkan kediaman elit di Taman Jesselton," katanya.

Beliau berkata, cap jari dan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) telah diambil untuk mengesan identiti mayat lelaki itu.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 5-6-2023 09:51 PM
Padan muka kau! Semoga masa kau nazak nak mampos tu, kau rasa sakit2 sbb jatuh patah riuk, tapi tak boleh bangun. HA HA HA. Puas hatiku
Quote B40tastePosh 5-6-2023 09:58 PM
Kena buang camtu je dgn member

Quote Tinot7 6-6-2023 07:28 AM
Nak ucap takziah ke apa ni ha?
Pisau pemotong daging tu nak wat apa?
Quote venom1 6-6-2023 07:48 AM
Tinot7 replied at 6-6-2023 07:28 AM
Nak ucap takziah ke apa ni ha?
Pisau pemotong daging tu nak wat apa?

nak ugut mangsa la tu..jangan melawan atau menjerit
Quote she 6-6-2023 07:50 AM
Elok lah mati
Dari dikelarnya leher tuan rumah
Quote emera 6-6-2023 08:16 AM
Padan muka. Elok laa mampos dr kena tangkap masuk jail pas tu rakyat msia tanggung dia.
Quote midori888 6-6-2023 08:20 AM
good news!!
Quote doubleharmonic 6-6-2023 08:22 AM
padan muka ko babi
Quote Tinot7 6-6-2023 08:41 AM
venom1 replied at 6-6-2023 07:48 AM
nak ugut mangsa la tu..jangan melawan atau menjerit

Ingatkan nak cincang2 tuan rumah pastu wat sup supaya takde dna utk dikaitkan deme mcm kes hong kong tu..
Quote venom1 6-6-2023 09:20 AM
Tinot7 replied at 6-6-2023 08:41 AM
Ingatkan nak cincang2 tuan rumah pastu wat sup supaya takde dna utk dikaitkan deme mcm kes hong ko ...

diaorang tak ada masa nak buat camtu..paling kuat ikat tangan ngan mulut je penghuni rumah. dapat apa yg diaorang nak terus lari
Quote kepompong 6-6-2023 09:29 AM
2 org lagi yg terlepas tu… belum dpt tangkap
Quote KamikuP 6-6-2023 11:45 AM
Mti dlm keadaan hina dina bagus
Quote Tinot7 6-6-2023 04:57 PM
venom1 replied at 6-6-2023 09:20 AM
diaorang tak ada masa nak buat camtu..paling kuat ikat tangan ngan mulut je penghuni rumah. dapat  ...

Kalau mcm tu, bawak parang besye2 pun ok jahh..

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.055567 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top