CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Air Keruh, Arus Deras Sukarkan Misi Kesan Kanak-Kanak Disyaki Lemas Di Tanjung Malim

5-6-2023 10:57 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 280| Komen: 1

Description: Ipoh: Air keruh dan arus deras menyukarkan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman untuk mengesan kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas di sungai berdekatan Teratak River View Lu ...
Ipoh: Air keruh dan arus deras menyukarkan anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman untuk mengesan kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, Tanjung Malim, Sabtu lalu.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pada jam 4 pagi semalam, hujan lebat sehingga 7 pagi menyebabkan arus deras, selain lubuk kawasan yang ditumpukan kesemuanya keruh.

Beliau berkata, bagaimanapun didapati cuaca baik pada hari ini dengan air lebih jernih dan arus tidak deras berbanding semalam.

Operasi SAR mencari kanak-kanak yang hilang dikhuatiri lemas di sungai berdekatan Teratak River View Lubuk Hantu, Simpang Empat, diteruskan pagi ini. - Foto fail NSTP/Ihsan JBPM

"Ini sungai berjeram, maka bukan sepanjang sungai ini dalam. Jadi dia ada lubuk tertentu sahaja, kita pun bukan nak menyelam semua tempat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Penggunaan khidmat anjing pengesan (K9) bagi membantu mengesan mangsa juga diteruskan pagi ini, secara keseluruhan melibatkan 52 anggota lain-lain agensi.

Beliau berkata, pihaknya turut mewujudkan "trap point" dalam strategi dan taktikal menyelamat sejauh 2.5 kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

"Tubuh badan manusia ini kalau lemas, dalam tempoh 24 jam dia akan timbul. Malam tadi, kita risau dia (mangsa) dah lebih 24 jam, mungkin dia timbul," katanya.

Pada masa sama, Sabarodzi berkata mangsa Edward Grang Anak Jenggut yang berusia lapan tahun dan berasal dari Sarawak adalah anak kedua daripada tiga beradik.

Menurutnya, mangsa ke lokasi itu untuk berkhemah bersama keluarganya sempena cuti sekolah minggu lalu, dan sepatutnya pulang pada petang hari kejadian.

Pada Sabtu, bomba menerima maklumat mangsa dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai dengan berpakaian set baju renang berwarna hitam bertompok hijau ketika hilang pada 5.06 petang. 


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lentera 6-6-2023 12:25 AM
Lemas ke atau pun dikidnap nenek kebayan?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.050259 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top