Penyanyi Aina Abdul, 30, mengakui ada rasa cemburu apabila melihat penyanyi lain yang mempunyai album fizikal sendiri. Kini sibuk dengan projek album solo dan konsert, pelantun lagu Sumpah itu bagaimanapun sedar bahawa tren pada masa kini adalah tampil dengan single terlebih dahulu sebelum menghasilkan album penuh.
Katanya, album yang sedang diusahakannya itu akan siap sebelum konsert solo mega yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 15 November depan. "Saya cemburu juga dengan penyanyi yang ada album fizikal. Saya mahu peminat beli album fizikal itu kerana saya sangat teruja untuk menerbitkannya. "Setakat ini, projek album solo yang memuatkan 10 lagu ini sudah siap sebanyak 40 peratus. Saya mahu peminat menyukai album penuh ini, bukan saja lagu, tetapi kulit album, pembungkusan dan sebagainya. "Sebab itu, cetakan pertama album fizikal ini adalah terhad iaitu kurang dari 5,000 unit. Kalau ada permintaan, barulah pihak kami akan buat cetakan kedua," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Ali Zahra Holdings Sdn Bhd dan lagu Kembara Nabawi dendangannya di sebuah hotel di ibu kota, baru-baru ini.
Mengenai persiapan untuk konsert, Aina berkata, setakat ini semuanya berjalan lancar seperti direncanakan.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.051911 second(s), 33 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.