CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yogi Babu Pilih Ipoh Jadi Lokasi Penggambaran

4-6-2023 07:39 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 959| Komen: 12

Description: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberikan penghargaan kepada pelakon terkenal India, Yogi Babu dan kru produksi yang memilih bandar raya ini sebagai lokasi penggambaran filem terbaharu.Datuk Bandar Ipoh, ...
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) memberikan penghargaan kepada pelakon terkenal India, Yogi Babu dan kru produksi yang memilih bandar raya ini sebagai lokasi penggambaran filem terbaharu.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, berkata penghargaan itu diberikan kerana secara tidak langsung telah mempromosikan bandar raya Ipoh dan Perak di India serta dunia.


Pengarah Kerja dan Bangunan MBI, Ir Ts Arif Mohd Zainudin mewakili Datuk Bandar Ipoh menyampaikan cenderamata kepada Yogi Babu di Ipoh, semalam. - FOTO MBI

"Pihak produksi telah memilih Little India sebagai lokasi pengambaran yang sinonim dengan penjualan barang-barang perhiasan, baju dan rempah ratus untuk kaum India membeli-belah.

"Kami turut mencadangkan beberapa lokasi di bandar raya ini untuk dijadikan lokasi penggambaran seperti di Kampung Baru Buntong, sekali gus dapat menjana pendapatan dan ekonomi kacang putih di kawasan terbabit," katanya.


Rumaizi berkata, kira-kira 90 kru produksi dari India berkampung di bandar raya ini selama hampir 35 hari dan akan mengetengahkan filem genre komedi romantis yang dibarisi pelakon terkenal, Vijay Sethupathi.

Semalam, Pengarah Kerja dan Bangunan MBI, Ir Ts Arif Mohd Zainudin mewakili Datuk Bandar Ipoh menyampaikan cenderamata kepada Yogi Babu serta kru penggambaran di Little India.

Antara filem terkenal lakonan Yogi Babu ialah Maan Karate, Komban, Kaaki Sattai, Pokkiri Raja, Jackson Durai, Atti and Sathriyan. 


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 4-6-2023 08:24 PM
Bakalan dapat ' dato' macam saruk khan jugak ke?
Quote dudaberhias 4-6-2023 08:31 PM
maaflah chuols sape nokkkk... babu tu maksudnyaaa pembantu ke hamba gittuhh tapi untuk perempuan la... chuols hamba dari kerajaan chola yang di hantar ke melaka untuk pulihkan hubungan ke apa gittuhh....

terima kasih la pilih malaysia gittuh iols nak ucapkan dan selamat maju jaya... filem2 tamil memang best2 pun...

Quote KarinaKapur 4-6-2023 08:32 PM
Wow dpat jumpa yogi babu..pelakon komedi terkenal kat india niii
Quote PULANGKAN 4-6-2023 08:41 PM
eh aku suka movie Mandela dia



setiap undi adalah penting gituuu

movie ni jauh lebih berisi berbanding kebanyakan produk tempatan

unsur satira dia baik punya  
Quote becir 4-6-2023 08:45 PM
PULANGKAN replied at 4-6-2023 08:41 PM
eh aku suka movie Mandela dia



Mine too..ulang 3x tak muak
Quote dudaberhias 4-6-2023 09:07 PM
PULANGKAN replied at 4-6-2023 08:41 PM
eh aku suka movie Mandela dia

iols dah tengok movie ni kaka memang best... tapi kenapa iols tak perasan pelakonnya tu heols ahahahaha...secara random iols play kat netflix masa tu hujung2 layan...




Quote opie5662 4-6-2023 09:27 PM
Igtkan aliputeh susun tadi...
Quote sailormars 5-6-2023 12:11 AM
kaka pun suka cite mandela dan kaka suka babu nie berlakon...
Quote orkidorkido 5-6-2023 12:54 PM
Yogi Babu ni comedian tamil. Dia banyak berlakon dengan aktor aktor terkenal. Orang lama juga la dalam industri
Quote takayama 5-6-2023 02:47 PM
Yogi Babu aje ker? Vijay Sethupathi kan dtg sekali shooting dgn dia
Yogi ni kira pelapis comedian utk kollywood, ada sorg tu x igt nama dah meninggal jd sekrg mmg merata yogi ni berlakon
lakonan dia kt Mandela mmg mantap
Quote asfaz 5-6-2023 03:06 PM
takayama replied at 5-6-2023 02:47 PM
Yogi Babu aje ker? Vijay Sethupathi kan dtg sekali shooting dgn dia
Yogi ni kira pelapis comedian ut ...

VS ..emppphhh..suka tgk dia senyum . Selalu gak jadi jahat kan.
Penjahat yg susah nak dibenci sebab suka
Quote asfaz 5-6-2023 03:07 PM
takayama replied at 5-6-2023 02:47 PM
Yogi Babu aje ker? Vijay Sethupathi kan dtg sekali shooting dgn dia
Yogi ni kira pelapis comedian ut ...

Yg kurus tu ke? Selalu berlakon dgn yogi

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.092443 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top