CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Potong Rantai Leher Kanak-Kanak, Wanita 6 Rekod Jenayah Lampau Diberkas

4-6-2023 07:27 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2572| Komen: 33

Description: Shah Alam: Wanita tempatan yang mempunyai enam rekod jenayah lampau diberkas selepas mencuri rantai leher seorang kanak-kanak di tapak Karnival Jom Heboh Stadium Seksyen 13, petang semalam.Ketua Polis ...
Shah Alam: Wanita tempatan yang mempunyai enam rekod jenayah lampau diberkas selepas mencuri rantai leher seorang kanak-kanak di tapak Karnival Jom Heboh Stadium Seksyen 13, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, tangkapan dibuat ke atas suspek susulan rakaman dan laporan oleh seorang wanita di lokasi terbabit.

Suspek (arah anak panah) memotong rantai leher seorang kanak-kanak. FOTO tular

"Pengadu yang mengunjungi tapak karnival itu merakamkan kejadian semasa suspek yang mengambil rantai leher dengan cara memotong dengan sesuatu objek dan menarik rantai leher daripada kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

"Laporan polis dibuat pada malam tadi sejurus selepas kejadian curi rantai leher terbabit jam 5.40 petang.

"Siasatan awal mendapati suspek mengambil kesempatan mencuri rantai leher kanak-kanak itu disebabkan lokasi berkenaan dikunjungi ramai," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Mohd Iqbal berkata, suspek yang berumur 35 tahun ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 6 Jun nanti.

Katanya, siasatan mendapati suspek wanita terbabit mempunyai enam rekod lampau membabitkan kes kecurian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

"Sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes Sarjan Mohd Norazizi Samsuri (014-9472881).

"Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati semasa mengunjungi tempat kunjungan ramai dan elakkan memakai barang berharga," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai video yang dirakamkan oleh pengadu berhubung kejadian kecurian rantai leher itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote awanearisu 4-6-2023 07:57 PM
Mujur masih bernyawa anaknya.

Tolong jadikan pengajaran ya. Nak bagi anak pakai barang kemas, upahkan seorang pengawal peribadi sekali.
Quote pooh~key 4-6-2023 07:59 PM
Apa bowdow buat kerja tak clean dekkk?

Even kalau tak terekod dek semakphone pon, jelas kita boleh nampak yang budak tu perasan jah rantai sheols kena rentap dek.
Quote pooh~key 4-6-2023 07:59 PM
awanearisu replied at 4-6-2023 07:57 PM
Mujur masih bernyawa anaknya.

Tolong jadikan pengajaran ya. Nak bagi anak pakai barang kemas, upahk ...

Birahnya budak2 dah berbatang kemas sissy. Akak nampak typo kau sis.
Quote sharlenetexas 4-6-2023 08:01 PM
pooh~key replied at 4-6-2023 07:59 PM
Birahnya budak2 dah berbatang kemas sissy. Akak nampak typo kau sis.

Kak pooh warga shah ale tak gi tgk jomheboh ke?


Quote awanearisu 4-6-2023 08:01 PM
pooh~key replied at 4-6-2023 07:59 PM
Birahnya budak2 dah berbatang kemas sissy. Akak nampak typo kau sis.

Ah, kak pooh-key sangat pantas.
Bahana kita gelojoh menaip.


Quote pooh~key 4-6-2023 09:25 PM
sharlenetexas replied at 4-6-2023 08:01 PM
Kak pooh warga shah ale tak gi tgk jomheboh ke?

Tak apalah sissy sharlene. Zaman akak berjom heboh berebut mintak sign tanter siska bawang putih bawang merah dah berlalu sissy.
Quote Firenzza 4-6-2023 09:32 PM
Agaknya dh brp kilo emas yg dia dh ragut ye?  Senang betul keja cmni
Quote airfilterkotor 4-6-2023 09:42 PM
Bawa dak² kecik nengok Jom Heboh.
Waktu musim membahang.
Anak pakai rantai leher tempat yg ramai orang.

Bapak golongan sunat laser gak ke?
Quote mawarika 4-6-2023 10:22 PM
Dah biasa buat ni.. dasar pencurik.. mudahnya kita2 ni tertipu dgn  penampilan muslimah. baik pakai spender granny leona dr pencurik muslimahh. ni yg ioilss ckp jgn ukur org dr tudung litup. choiiii perangai!
Quote Carcosa 4-6-2023 10:25 PM
Edited by Carcosa at 4-6-2023 10:27 PM

Yg mencuri tu mmg dah sah2 betina sangkak berperangai anjing
Yg mak budak tu nak panggil apa pulak?
". PPRT Sangkak bebal takde akal, berangan nk jadi Urban tapi So Kampung"? Apa bodoh wei, pakaikan anak brg kemas mcm tu?? Nak ambik gambar, acah2 kaya, then upload dkt FB la, gitu? Dgn harapan kwn2 bebal seangkatan dgn dia merasa cukup kagum dan teruja menghayati gambar2 tu? Gitu? Sambil ckp "Wah, kayanya dia, anak girl dia berantai emas".
Zaman tgh ramai org terdesak ni, toksahla KG.Com sgt perangai tu ya, mak2 sekelian. Kena snatch dgn jantan2 haprak naik motor kang, haaaa... Anak kau tersembam, kepala terhentak jalanraya, ha time tu, kau nak upload OOTD anak kau ke mana, upload OOOOOTOLONGDAAA ke mana
Quote cap_ayam 4-6-2023 10:31 PM
Ada lagi jom heboh? Kalau bukan kes budak ni kena ragut, kaka tak tau pun wujud lagi jom heboh ni.
Quote MarryPottet 4-6-2023 11:51 PM
Owh warga tempatan rupanya tapi dia cakap cam indon
Tengok kat ig, dia tag team dengan emak dia ya buat kerja haram jadah ni
Dia ragut then pass rantai kat maknya.
Pastu maknya terus MIA. berejam dia kat balai try contact maknya sampai sudah tak dapat
Quote sailormars 5-6-2023 12:09 AM
hati2 ye semua bile berada di tempat awam yg ramai org...
Quote faraway1 5-6-2023 12:13 AM
Sopan nya pencuri tu. Dengan tudung, pakai mask gitu ikut skop kesihatan...
Quote Cekgushilla 5-6-2023 12:29 AM
Baru lepas tgk kt tiktok
Org dewasa lelaki dan perempuan yg keliling budak tu bukan famly member budak kecik tu pon
4 org tu satu team
Yg mak dok biar anak dduk dkt dgn stranger dh kenapa
Aku igt apak budak tu beg merah tu
Blkng tu nenek dia
Rupanyaaaa bukan
Quote hokeypokey 5-6-2023 08:03 AM
dh byk rekod jenayah lampau ye.. tak serik2 pun, yg sblm2 ni punya kes kena hukuman ke tak
Quote midori888 5-6-2023 08:07 AM
mawarika replied at 4-6-2023 10:22 PM
Dah biasa buat ni.. dasar pencurik.. mudahnya kita2 ni tertipu dgn  penampilan muslimah. baik pakai  ...


kebykkan akan dress up to blend well dgn public, muka pun nampak baik jer, kita tgk pun takkan rasa dia tu pencuri...
Quote azeri 5-6-2023 08:27 AM
Dah ada rekod 6 kes kecuriaan rupanya.
Baru tau dah kena tangkap. Ingatkan bila dah pakai topeng muka dan selamat.

Semoga insaf lah lepas ni.
Quote SalenaGomez 5-6-2023 09:46 AM
faraway1: Sopan nya pencuri tu. Dengan t ...


Tudung tu mo nak nampak baik, bkn sebab takut tuhan

Mask tu nak cover muka supay org x cam muka nya

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.057428 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top