CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Maut Motosikal Rempuh Kereta Buat Pusingan U

4-6-2023 03:56 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1135| Komen: 20

Description: Georgetown: Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta di simpang lampu isyarat di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu berdekatan Astaka Seagate di sini, jam 4.30 pagi ...
Georgetown: Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta di simpang lampu isyarat di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu berdekatan Astaka Seagate di sini, jam 4.30 pagi tadi.


Muhammad Akid Mat Rozi, 18, yang merupakan pekerja swasta mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu Persona, remaja lelaki berusia 18 tahun cedera di tangan kiri.


Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata siasatan polis mendapati mangsa dari arah Batu Maung dipercayai melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh kereta yang membuat pusingan U di laluan berkenaan.

"Siasatan menunjukkan pemandu kereta itu menuju ke arah restoran nasi kandar di Jalan Tengah dari Queens Waterfront. Apabila kereta itu tiba di lampu isyarat Astaka Seagate, ia telah membelok ke kanan kerana lampu bertukar hijau.


"Tiba-tiba motosikal itu datang dari arah bertentangan dan melanggar kereta. Akibatnya, pemandu kereta itu mengalami kecederaan di tangan kiri manakala penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Polis memandang serius sebarang pelanggaran undang-undang dan peraturan berkaitan lalu lintas dan menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan sedia ada," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul berkata polis turut menyiasat sama ada mangsa mungkin terlibat dalam kegiatan perlumbaan haram sebelum kemalangan itu berlaku.

Beliau berkata, pihak polis akan mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) serta menjejaki saksi untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan bedah siasat akan dilakukan selepas keputusan ujian COVID-19 diperoleh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LoveSungmin 4-6-2023 05:14 PM
salah sendiri so i tak kesian..

semalam dekat lampu isyarat tiong nam, 2 biji motor langgar lampu merah dan keduanya penunggang wanita.. yang lelaki elok tunggu lampu hijau
Quote ctaz 4-6-2023 05:47 PM
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un


mati katak je...langgar lampu merah

Quote Bipolajourney 4-6-2023 05:50 PM
semoga @dudaberhias baik baik sahaja
Quote dudaberhias 4-6-2023 06:01 PM
Bipolajourney replied at 4-6-2023 05:50 PM
semoga @dudaberhias baik baik sahaja

semoga @Bipolajourney baik2 saja... takut dia mengamuk kan dia hempuk2 orang masuk ke dalam... lepastu bagi kad oku lepas...


Quote asfaz 4-6-2023 07:06 PM
[ig]https://www.instagram.com/reel/CtEMDGuAjRh/?igshid=MmJiY2I4NDBkZg==[/ig]

Terang lagi bersuluh,mmg family pun tak boleh nafi.
Salam takziah buat ahli keluarga . Screenshot_2023-06-04-19-06-32-65_a23b203fd3aafc6dcb84e438dda678b6.jpg
Quote Kitty_catz 4-6-2023 08:45 PM

salam takziah ye macittt

macitt kenal anak macitt
Quote apalancut 5-6-2023 12:26 AM
viral dkt tiktok.. kawan2 si Akid ni gigih buat video alfatihah pada beliyau.. malangnya rata2 dalam komen, ramai yang menzahirkan kesian kepada driver dan komen yang sinis pada aruwah
Quote EriaDoritis 5-6-2023 01:11 AM
Kesian kat driver persona tu. Dah la kereta kena langgar, payah tangan pula
Quote kemaruk 5-6-2023 01:16 AM
Bangkem letak emoji gelak je kat fesbuk
Quote otai_g 5-6-2023 01:22 AM
Kali ni driver kereta yg jd mangsa bkn rider motor. Abes driver kete nak claim kat sapa kerugian?
Quote airfilterkotor 5-6-2023 03:26 AM
Rugi rxz RM70k.
Quote capiloton 5-6-2023 08:18 AM
meninggal masa tengah racing lagi,
tengah buat gaya superman

untong la, selamat ke alam brazzers
Quote LautBiru52 5-6-2023 08:30 AM
Tak pasal2 mati katak ko dek
Quote prizadane 5-6-2023 08:38 AM
Lah, berita pun misleading. Aku ingatkan yang mangsa ni baru balik kerja jam 4.30am. Dalam berita, bukan main sebut pekerja swasta. Rupanya berlumba n accident. Semoga dimudahkan urusan pemandi kereta. Dialah mangsa yang sebenar
Quote blue_blur 5-6-2023 10:31 AM
wuah.... dia sondol superman... sah patah tengkok terus mati on the spot..... bazir duit dan masa je mak pak besarkan 18 tahun ni,baik simpan pergi melancong luar negara...
Quote kucing_gebu 5-6-2023 10:40 AM
Superman terbang terus ke alam barzakh
Quote airfilterkotor 5-6-2023 10:46 AM
Kuat impaknya tu.
Dari vid tu... umpama tegak rempuh tembok konkrit.
Quote matamata 5-6-2023 10:50 AM
Si mati bukan balik dari kerja....lumba haram
Kereta tu tak U-Turn...lampu utk laluan dia hijau...so dia belok kanan nak masuk simpang

Gila teruk punya wartawan
Quote anakmak 5-6-2023 10:53 AM
Kalau nak mati dalam kenikmatan pon janganlah buat naya org lain
Kau mati dalam keinzalan bersuperman
Driver kereta tu pulak kena hadap kesusahan akibat keinzalan malaun2 haprak mcm kau
Wajar disaman malaun dan mak bapak dia

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:13 AM GMT+8 , Processed in 0.054691 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top