CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mulianya Hati Siti Aisyah

4-6-2023 03:39 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1061| Komen: 11

Description: Jakarta: Siti Aisyah berkata, dia menjaga anak majikannya, Sha Wang, 26, yang dilahirkan sindrom Down di Taiwan selama enam tahun.Biarpun tiada pertalian darah dan berlainan agama, namun wanita ini, s ...
Jakarta: Siti Aisyah berkata, dia menjaga anak majikannya, Sha Wang, 26, yang dilahirkan sindrom Down di Taiwan selama enam tahun.

Biarpun tiada pertalian darah dan berlainan agama, namun wanita ini, sanggup membela anak majikannya yang dibawa dari Taiwan ke Indonesia.


Selepas tempoh perkhidmatannya tamat, dia meminta izin untuk pulang ke tanah air, namun bapa pemuda itu, bingung kerana tiada siapa boleh menjaga anaknya.

(Gambar kiri) Siti Aisyah bersama Sha Wang. (Gambar kanan) Sha Wang bersama bapanya. FOTO TribunnewsBogor

"Memahami kesulitan itu, saya menawarkan diri membawa Sha Wang memandangkan majikan dan isterinya sudah berpisah serta ibu Sha Wang tidak mahu menjaganya kerana anak ini memerlukan penjagaan rapi.

"Bapa Sha Wang menangis ketika melepaskan pemergian anaknya, namun dia tiada pilihan kerana tiada siapa lagi boleh menjaganya," katanya dipetik daripada TribunnewsBogor.com.


Siti Aisyah berkata, biarpun ibu dan abang Sha Wang membuang pemuda itu, namun bapanya sangat menyayanginya.

"Bapa Sha Wang sudah tua, namun dia masih kuat bekerja sebagai pengawal keselamatan perumahan untuk menyara keluarganya termasuk menanggung kos pengajian abang Sha Wang dan membayar gaji saya.

"Ketika anaknya dibawa ke Indonesia, bekas majikan saya masih berhubung untuk mengetahui keadaan Sha Wang dan memberikan wang keperluan anaknya.

"Namun, kami terputus hubungan selepas dia meninggal dunia kira-kira dua tahun kami pulang ke Indonesia ," katanya.

Katanya, kini dia menanggung Sha Wang sendirian kerana ibu pemuda itu enggan berkomunikasi dengannya lagi dan menyekat semua panggilan dan mesej.

"Keperluan Sha Wang menelan belanja besar.

"Selain makanan, Sha Wang juga memerlukan pelbagai keperluan lain seperti lampin pakai buang serta ubat-ubatan khas," katanya.

Terdahulu wanita ini tular selepas seorang ahli perniagaan dan aktivis pekerja asing, Faisal Soh berkongsi kisah mereka di TikTok miliknya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 4-6-2023 04:10 PM
Klu betullah cerita ni, bagus betul Siti Aisyah. Susah nak jumpa Indon baik mcm ni
Quote NazRysha 4-6-2023 05:01 PM
Allahu baiknya
Quote FlexyFox 4-6-2023 05:34 PM
Sedihnya kisah anak ini dan mulianya hati Siti Aishah. Semoga kedua mereka mendapat kebaikan dan  ramai yg membantu
Quote dudaberhias 4-6-2023 06:08 PM
memang mulia hatinya tak macam @Bipolajourney orang yang tak pernah kacau hidup dia pun dia tergamak busuk hati pergi kacau orang tu... hati memang busuk tak terkata...

Quote ezacbee 4-6-2023 06:11 PM
Baiknya dia..
Quote Bipolajourney 4-6-2023 07:35 PM
dudaberhias replied at 4-6-2023 06:08 PM
memang mulia hatinya tak macam @Bipolajourney orang yang tak pernah kacau hidup dia pun dia tergamak ...

dah bau ke ? kalau tulisan boleh dibau pasti kebusukannya @dudaberhias mengatasi bau diri ini. Mohon sembur dengan dettol.
Quote dudaberhias 4-6-2023 07:37 PM
Bipolajourney replied at 4-6-2023 07:35 PM
dah bau ke ? kalau tulisan boleh dibau pasti kebusukannya @dudaberhias mengatasi bau diri ini. Moh ...

dah bau... memang busuk sebusuknya bagai najis dan bangkai...
orang yang tak pernah kacau hidup dia ke atau ganggu hidup dia... dia pergi kacau... sebab sedih kekasih gelap dia si @oyo_miow atau @stingerbumpy ceraikan dia gittuh bertahun2 lalu...


kenapa tak move on lagi gittuhh... orang tu takmau orang hati busuk suka ganggu orang2...



Quote Belibis 4-6-2023 08:35 PM
Rasanya dia dah terjebak..masa bapak budak tu ada,dapat gaji..bila dah mati terus jadi mangsa keadaan.
Quote Skuau 4-6-2023 08:46 PM
makanya rakyat Malaysia yang baik baik silalah menderma untuk membantu Siti Aisyah ni.Pujian anda tidak mampu 'bertukar menjadi rupiah' untuk membeli keperluan bocah ini....ayuh dong....
Quote hokeypokey 5-6-2023 08:25 AM
bagi balik kt kerajaan taiwan..
Quote Samerosie 5-6-2023 09:00 AM
Sha wang ni bukan ada down's syndrome.  Down's syndrome lain physical and tak mcm terencat sangat mcm ni.  definitely bukan turner syndrom sebab tu mostly girls ni.
Ni tak tau syndrome apa.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.057763 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top