CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gara-Gara 'Show Off' Bunyi Ekzos, Penunggang Motosikal Kena Tahan Polis

4-6-2023 03:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 874| Komen: 15

Description: Ampang Jaya: Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menjalankan Op Motosikal dan Op Samseng Jalanan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik ( ...
Ampang Jaya: Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menjalankan Op Motosikal dan Op Samseng Jalanan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bermula jam 11 malam tadi di sekitar Jalan Ampang, Jalan Putra dan Bukit Ampang Saujana.


Tindakan sekumpulan penunggang motosikal berkumpul di Bukit Ampang, di sini, ingin menunjuk-nunjuk dan memperdengarkan bunyi bising ekzos masing-masing mengundang padah apabila mereka ditahan polis, semalam.

Antara motosikal yang diperiksa dalam Op Motosikal dan Op Samseng Jalanan. FOTO Ihsan Polis

Katanya, pihaknya menyita 23 motosikal Yamaha LC135, Yamaha 125Z dan Yamaha Lagenda 110 yang ditunggang remaja berusia antara 16 hingga 20 tahun.

"Kebanyakan alasan diberi mereka yang datang ke Ampang semata-mata mahu ke Bukit Ampang kerana ingin menunjuk kepelbagaian bunyi letupan ekzos serta boleh mengeluarkan percikan api sebelum singgah untuk makan.


"Semua motosikal ini disita kerana pengubahsuaian ekzos, tiada brek belakang serta penunggang yang tidak mempunyai lesen," katanya.

Mohamad Farouk berkata, tindakan sitaan itu dibuat mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 6(4) akta sama.

"Semua motosikal yang disita dibawa ke Balai Trafik IPD Ampang untuk proses panggil pemilik dan tindakan tukar serta merta struktur kenderaan yang diubah suai.

"Operasi selama enam jam itu turut mengeluarkan 164 saman atas pelbagai kesalahan trafik seperti nombor pendaftaran kenderaan 'fancy', tiada cermin sisi serta cukai jalan tamat tempoh," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan individu yang diperiksa dalam operasi itu bukan berasal dan tinggal di kawasan Ampang termasuk dari Cheras, Sungai Buloh, Gombak, Rawang dan Kajang.

"Operasi ini dijalankan bertujuan membendung aktiviti tidak sihat terutama dalam kalangan remaja.

"Perbuatan tidak berfaedah ini bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam dan penduduk setempat malah turut mengundang bahaya kepada diri sendiri serta pengguna jalan raya lain," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 4-6-2023 06:20 PM
harap2 @Bipolajourney dah di ikat jamin... gittuhhhh...

takde hal jangan cari hal yach....

orang lain hidup aman2 chuolss pun patut hidup aman2...

Quote Bipolajourney 4-6-2023 06:33 PM
dudaberhias replied at 4-6-2023 06:20 PM
harap2 @Bipolajourney dah di ikat jamin... gittuhhhh...

takde hal jangan cari hal yach....

yang pasti komen chu ol ni bukan saka balas. Saka chuol dah settle ke masalah tu ? (sekadar speku)
Quote dudaberhias 4-6-2023 06:36 PM
Bipolajourney replied at 4-6-2023 06:33 PM
yang pasti komen chu ol ni bukan saka balas. Saka chuol dah settle ke masalah tu ? (sekadar speku)

saka gapooo?

tak payah la saka2... chuols nak kata manak ke stinger ke oyo miow tag je macam iols @stingergrumpy @oyo_miow


dah memang itu pun yang chuols meratib kat pelbagai thread siap tag2 nama iols yang tak pernah ganggu hidup chuols...


rindu la tu kan kat 2 eko kekasih gelap chuols tuhh sampai aku yang ko gigih kacau...


yihhhh... yang pasti kena power lagi yach... baru 2-3 reply chuols iols dah dapat balas berpuluh2... ingatkan power sangat...



Quote Ucop-Cunningham 4-6-2023 08:28 PM
Tiada brek belakang? Wow.
Quote Kitty_catz 4-6-2023 08:57 PM
geng2 sunat laser + kote kecik
remaja berusia antara 16 hingga 20 tahun


Quote dekmieDandy 7-6-2023 09:33 AM
pernah nampak, tapi tak pernah dengar

sebab iolls mementingkan visual gittew
Quote doubleharmonic 7-6-2023 09:57 AM
padan muka ko babi
Quote midori888 7-6-2023 09:59 AM
Kitty_catz replied at 4-6-2023 08:57 PM
geng2 sunat laser + kote kecik



term baru yer..sunat laser...haha
Quote syamzana 7-6-2023 10:13 AM
mmg takde kerja ye bdk2 ni malam2 buta setakat tayang ekzos then p makan. sah2 la baya2 gini dok dgn makpak lagi. yg sek pun sakan laa berembun malam2 gayanya tak menyempat nak jadi dewasa.
Quote apam 7-6-2023 10:17 AM
Edited by apam at 7-6-2023 10:18 AM

Grup supercar buat exzos bising tengah2 jalan tak kena pulak ek. Takda pulak dgr cercaan maerhain sbb bising di tgh jalan.
Quote venom1 7-6-2023 11:49 AM
apam replied at 7-6-2023 10:17 AM
Grup supercar buat exzos bising tengah2 jalan tak kena pulak ek. Takda pulak dgr cercaan maerhain sb ...

geng2 hyper T20 ni tak memekak kat kawasan residential area. Selalu test kat F1 sepang
Quote krustykrab 7-6-2023 11:55 AM
midori888 replied at 7-6-2023 09:59 AM
term baru yer..sunat laser...haha

Aku baca kt tiktok..tk faham

Sunat laser auto bodoh ke caner
Quote Kitty_catz 7-6-2023 06:59 PM
midori888 replied at 7-6-2023 09:59 AM
term baru yer..sunat laser...haha

haa ye sis

lepas ni kena berbalik ke sunat kerambit atas batang pishangg
Quote kakikuDibibirmu 7-6-2023 09:31 PM
venom1 replied at 7-6-2023 11:49 AM
geng2 hyper T20 ni tak memekak kat kawasan residential area. Selalu test kat F1 sepang

Nak kasi tak bunyi pun boleh

[youtube]_31MLFG3Q2Y[/youtube]
Quote venom1 8-6-2023 07:45 AM
kakikuDibibirmu replied at 7-6-2023 09:31 PM
Nak kasi tak bunyi pun boleh {:mlwa ...

Thanks bro. terhibur aku pagi2 sebelum kerja ni

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.054472 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top