CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hampir Tinggalkan Muzik

4-6-2023 02:32 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 555| Komen: 5

Description: Sudah terbiasa gelisah apabila didekati kanak-kanak, sebuah momen terindah berjaya mengubah hidup penyanyi Airliftz, 25, baru-baru ini.Airliftz atau nama sebenarnya Alif Aolani berkata, buat pertama k ...
Sudah terbiasa gelisah apabila didekati kanak-kanak, sebuah momen terindah berjaya mengubah hidup penyanyi Airliftz, 25, baru-baru ini.

Airliftz atau nama sebenarnya Alif Aolani berkata, buat pertama kali dalam hidupnya dia merasakan dirinya mendapat pengesahan sebagai penyanyi di mata anak kecil.



"Ia satu perasaan yang sangat-sangat indah. Kerana waktu saya membesar, dan menjadi saya, sangat sukar untuk kanak-kanak cuba mendekati.

"Mereka mesti akan terfikir kenapa rupa saya macam ini, macam itu? Tapi budak 10 tahun itu datang dan beritahu dia adalah peminat terbesar saya.

"Insiden itu mengubah hidup saya. Kerana beberapa tahun ini, apa yang saya inginkan adalah pengesahan dari anak kecil bahawa mereka menyanjung saya," katanya.

Penyanyi hip hop dan R&B terbabit mengakui dia sebenarnya berdepan waktu paling sukar dalam hidupnya beberapa tahun ini dan dilanda dilema sama ada perlu terus jadi anak seni.


"Budak itu jadikan penantian saya berbaloi. Ini kerana sejujurnya saya berada pada titik terendah, pindah ke Pulau Pinang untuk beri ruang kepada diri, hampir tinggalkan muzik.

"Budak itu cetus harapan dan buka peluang buat saya. Saya akan kenang momen itu sampai hujung nyawa saya," katanya.

Airliftz berkata, insiden itu berlaku sewaktu dia menjayakan sebuah konsert membabitkan penyanyi Amerika Syarikat iaitu Joji pada Februari lalu.

"Betul-betul jadi sewaktu saya buat persembahan untuk Joji. Saya cuma berjalan-jalan di pusat beli-belah, kemudian budak itu datang tegur," katanya.

Baru-baru ini, Airliftz melancarkan lagu baharunya berjudul Princess Bubblegum, sebuah karya sulungnya menggabungkan bahasa Inggeris dan Melayu.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 4-6-2023 04:21 PM
hasil carian spotify, sedap suara dia
Quote dudaberhias 4-6-2023 04:31 PM
who iz yuhhhh... tapi kan heols ni iols rasa pernah nampak... gf2 sheolss semua lawa2 jugak ye.... anak2 orang berada ker....

macam sorang lagi penyanyi rhoper istimewa macam heols tu lagu sedap jugak... tapi suara je la no komen...

Quote dudaberhias 4-6-2023 05:03 PM
whimsicalmusic replied at 4-6-2023 04:21 PM
hasil carian spotify, sedap suara dia

khen... sedap juga lagu2 dia macam sorang lagi penyanyi tapi iols lupa nama heols...
meskipun wajah theyols macam kena hempuk dek lesung batu...

ampunnn larikkkkkk



Quote opie5662 4-6-2023 06:48 PM
Aku kenal bdk ni... Adik kawan aku... Die mmg dilahirkan mcm tu.. Tu pon dh beberapa kali operate muka die. Tp x pernah lg dgr suara dia.. Hehehe
Quote codenamedream 4-6-2023 08:58 PM

Lagu2 heols best jugaklah

Meols pestime dgr heols dgn lagu ni
[youtube]aJxl70zokiA[/youtube]

Ni lagu latest heols
[youtube]68Qu4fAwv8s[/youtube]

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.149294 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top