Beijing: Tiga angkasawan China yang bekerja di stesen angkasa negara itu sudah kembali dengan selamat ke Bumi, lapor media kerajaan Ahad yang menyifatkan misi itu sebagai berjaya. Kapsul kapal angkasa Shenzhou-15 mendarat di tapak pendaratan di wilayah Mongolia dalam, utara China, menurut agensi berita Xinhua.
Angkasawan Fei Junlong, Deng Qingming dan Zhang Lu keluar dari kapsul dalam keadaan fizikal yang baik, lapor Xinhua. "Misi ini berjaya," katanya. Rakaman menunjukkan pegawai perubatan memakai 'jumpsuit' putih dan bertopeng muka dalam selimut biru dan dibawa keluar dari tapak mendarat itu. Ketiga-tiga mereka menghabiskan masa enam bulan di stesen angkasa Tiangong, menjalankan aktiviti berjalan angkasa dan pelbagai eksperimen saintifik.
China minggu lalu menghantar tiga lagi angkasawan - termasuk orang awam pertamanya di orbit - ke stesen angkasa sebagai sebahagian daripada misi pengganti Shenzhou-16. Negara itu mengepam berbilion dolar ke dalam program angkasa lepas kendalian tenteranya dalam usaha 'mengejar' Amerika Syarikat dan Rusia. Beijing menyasarkan untuk menghantar misi kru ke Bulan menjelang 2030 dan merancang untuk membina pangkalan di permukaan bulan. Sumber: Harian Metro |
Ketiga-tiga mereka menghabiskan masa enam bulan di stesen angkasa Tiangong, menjalankan aktiviti berjalan angkasa dan pelbagai eksperimen saintifik.
Bipolajourney replied at 4-6-2023 06:12 PM
kalau sorang tu berperangai persis @dudaberhias pasti hari hari ketawa
dudaberhias replied at 4-6-2023 06:13 PM
selamat kembali acik @Bipolajourney jangan lupa makan ubat mungkin tarikan graviti di angkasa membua ...
Bipolajourney replied at 4-6-2023 07:33 PM
katanye gundu, risau tak muat sut je nanti. mustahil estronut bersaiz gundu. Try again
CiliPadiSedap replied at 4-6-2023 08:10 PM
kalau main lesung batu kt angkasa lepas confirm terapung kan?
Lagubestbest replied at 4-6-2023 07:11 PM
kalau I dok atas tu 6 bulan, sampai bumi I tak jejak kaki dah mengengsot disabled terus. I bukan raj ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.054520 second(s), 39 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.