CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Air Mata Lisdawati Tumpah Di Tanah Suci

4-6-2023 02:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1632| Komen: 28

Description: Berlinangan air mata pelakon terkenal, Lisdawati yang sebak ketika kongsikan luahan sarat dengan emosi mengenai impiannya selepas menjejakkan kaki di Tanah Suci sebagai antara 31,600 Dhuyufurrahman da ...
Berlinangan air mata pelakon terkenal, Lisdawati yang sebak ketika kongsikan luahan sarat dengan emosi mengenai impiannya selepas menjejakkan kaki di Tanah Suci sebagai antara 31,600 Dhuyufurrahman dari Malaysia pada Musim Haji 1444H/2023M.


Isteri kepada pelakon, Fauzi Nawawi itu mengaku masih banyak ilmu perlu ditimbanya bagi terus mendalami Islam, termasuk dengan menghadiri kelas agama, di samping terpanggil untuk menyelami kesungguhan beberapa selebriti dan individu lain yang istiqamah melakukan perubahan ke arah menjadi hamba-Nya yang lebih baik.


"Perkara yang paling saya fokus ialah apabila saya mulai faham bahawa kita adalah hamba yang kena kembali kepada-Nya.

"Jadi sebagai pendosa, saya memang mengharapkan pengampunan Allah SWT dan mendapat haji mabrur. Saya juga mendoakan semua rakan yang berniat menunaikan haji, supaya bersungguh-sungguh memasang niat itu. Insya-Allah, akan dimakbulkan Allah SWT."


"Saya masih mencari... jadi saya memohon kepada Allah SWT agar saya terus istiqamah, diberikan peluang untuk berubah, dan dikurniakan hidayah serta iman yang tetap supaya sentiasa berada di jalan Allah SWT yang betul dan tidak berikut-ikut sebab takut pada zaman sekarang, ada banyak 'simpang-siur'," katanya ketika ditemui pemberita di bangunan penginapan jemaah haji Malaysia di Makkah, Hotel Rehab Al Jinadiria.

Pemilik nama sebenar, Nisdawati Nazaruddin berusia 45 tahun itu memaklumkan, beliau berlepas ke Tanah Suci bersama ibu, Risda Chalidi, 67, pada 22 Mei lalu selepas diizinkan Fauzi yang tidak menerima tawaran menunaikan haji pada musim ini.

Biarpun sudah berpengalaman ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah sebanyak empat kali sebelum ini, Lisdawati berkata, banyak lagi ilmu harus dipelajari bagi menyempurnakan ibadah haji.

Justeru sebagai persediaan, katanya, beliau mendapatkan bantuan ustaz bertauliah untuk mendalami kursus haji dengan terperinci secara peribadi, selain turut mengikuti kursus anjuran Lembaga Tabung Haji (TH).


"Apabila mendapat tawaran ke Tanah Suci, terasa seperti tidak percaya. Betulkah saya dipilih (menunaikan haji)... saya ada banyak dosa... dosa-dosa lama. Malah setiap hari, saya hendak melakukan solat taubat.

"Saya juga fikir sudah cukupkah (persediaan) untuk datang ke Tanah Suci... terasa takut pun ada. Oleh itu, saya banyak bertanya untuk membuat persediaan, termasuk berkursus. Selain itu, saya banyak berdoa memohon Allah SWT memberi kekuatan serta memudahkan urusan.

"Kalau boleh, biarlah saya dapat menunaikan haji sekali seumur hidup dan mendapat mabrur. Memang terasa takut dan risau tetapi Alhamdulillah, mak sentiasa ada untuk membantu. Mak sudah menghadiri banyak kelas agama sejak dulu. Mak adalah kekuatan saya, dia sangat yakin dengan Allah SWT.

"Apabila yakin, cinta kepada Allah SWT dan percaya bahawa Allah SWT akan memberi kasih sayang, kita akan tenang. Alhamdulillah, saya amat bersyukur menerima panggilan ke Tanah Suci... perasaan saya itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata," katanya.

Lisdawati berkata, beliau mendaftar haji pada 2008 dan menempuhi 'perjalanan panjang' dengan pelbagai dugaan jatuh bangun, sakit perit serta tersungkur, sebelum akhirnya menerima panggilan ke Tanah Suci.

Dalam pada itu, beliau turut kongsikan bicara menyentuh perasaan dengan dua anaknya yang baru berusia lima dan sembilan tahun di tanah air.

"Anak-anak faham... mereka kata: mama nak 'jumpa' Allah SWT, mama nak solat di sana (Tanah Suci), mama buat (beribadah) baik-baik... tetapi anak-anak juga kata mereka rindu dan menangis. Saya juga menangis serta berpesan kepada mereka supaya rajin solat dan mengaji, insya-Allah boleh datang ke sini (Tanah Suci) nanti," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cap_ayam 4-6-2023 04:17 PM
Alhamdulillah semoga dapat haji mabrur.
Quote dudaberhias 4-6-2023 04:59 PM
still tak boleh lawan icon menangis porum gittuhh...

kaka tengok pun insaf yach... rasa nak join menangis sekali...

lepastu dah balik.... kita sambung balik pedajal suri rumah dan agen2 untuk bagi diri kita kaya... gaytohhhh





Quote dudaberhias 4-6-2023 05:01 PM
scene menangis ni lagi nampak real yach dari ending menangis suri hati mr pilot di mana jah duduk berkurung dalam rumah di balik pintu gittuhhh...


Quote Piramida 4-6-2023 05:27 PM
dudaberhias replied at 4-6-2023 05:01 PM
scene menangis ni lagi nampak real yach dari ending menangis suri hati mr pilot di mana jah duduk be ...

Geli geleman tengok muka dua ekoq ni berdoa lagu tu. ..
Quote bedahmenjuyah 4-6-2023 06:55 PM
dudaberhias replied at 4-6-2023 05:01 PM
scene menangis ni lagi nampak real yach dari ending menangis suri hati mr pilot di mana jah duduk be ...

Iols tak follow sgt jahlop ni. Tp siapa yg snap plus dia terus publish ke? Byk plak ms dia tgh dlm kerja haji tu. Pelik sungguh.
Quote dudaberhias 4-6-2023 06:57 PM
bedahmenjuyah replied at 4-6-2023 06:55 PM
Iols tak follow sgt jahlop ni. Tp siapa yg snap plus dia terus publish ke? Byk plak ms dia tgh dlm ...

tak silap iols masa ni acik arang lombong pergi haji dengan sheols dan mak sheols...
mungkin acik arang batu tu lah kot yang snap...

yang pasti acik arang batu dah selamat di tepis oleh kak nab sebab cuba untuk merampas si rebonding rhoper macam sotong kering tu....


Quote bedahmenjuyah 4-6-2023 06:57 PM
Buat lisda tahniah moga dpt haji mabrur. Seronok dpt pergi dgn mak seniri. Lisda masih muda jd dpt la tengok2kan mak dia.
Quote Qmrnycb 4-6-2023 07:07 PM
Semoga beroleh haji mabrur..jarang2 jumpa retis pi haji melalui TH
Quote newyork 4-6-2023 08:09 PM
Selamat menunaikan rukun islam yang ke 5..
Quote 3chanceno 4-6-2023 08:17 PM
Rezeki dapat menunaikan ibadah haji bersama ibu  Pengalaman yg sangat istimewa
Semuga semua jemaah yg melakukan ibadah haji mendapat haji yg mabrur..
Quote LadyCarefree 4-6-2023 08:18 PM
muntah hijau
Quote heythere123 4-6-2023 11:00 PM
dudaberhias replied at 4-6-2023 06:57 PM
tak silap iols masa ni acik arang lombong pergi haji dengan sheols dan mak sheols...
mungkin acik  ...

arang batu tu sape kakadud? ex PA jahlop ke?
Quote dudaberhias 4-6-2023 11:02 PM
heythere123 replied at 4-6-2023 11:00 PM
arang batu tu sape kakadud? ex PA jahlop ke?

arang batu tu acikkk bekas vini eislan ucop tu kaka...yang hanak2 comey herlok tuhh.... eeeee tak sangka pacik tua rhoper jenglot dengan rambut rebonding tu pun sheols nak yach... eiuwwwwww.... harus iols menopos jah bila tengok laki datin badan peti ais dua pintu tu...




Quote heythere123 4-6-2023 11:25 PM
dudaberhias replied at 4-6-2023 11:02 PM
arang batu tu acikkk bekas vini eislan ucop tu kaka...yang hanak2 comey herlok tuhh.... eeeee tak  ...

lah makcik tu pernah nak rampas atok rebonding ke??? tapi tu sebelum sheols kawen dengan ex-YB tu la kan

tak sangka mamatut masih kena berjaga-jaga di usia senja, ingatkan dah boleh bernafas lega bila makin tua
Quote dudaberhias 4-6-2023 11:28 PM
heythere123 replied at 4-6-2023 11:25 PM
lah makcik tu pernah nak rampas atok rebonding ke??? tapi tu sebelum sheols kawen dengan ex-YB tu  ...

yer kaka... sungguh terkejut yach gosip masa tu...mesti semua dah pakat2 lupa yang pacik sotong kering dengan rambut rebonding tu pernah nak di sondol dek janda cantik from kerajaan hindu maratha gittuh (sebelum bertukar menjadi negara pakistan)...

adoiii mujur kak nab cawan pecah pun kena ganti tapi sofa hancing bau bangkai tu sheols sanggup cuci yang tolong interframe dan hambat janda tu dari menyondol si sotong kering....


Quote heythere123 4-6-2023 11:58 PM
dudaberhias replied at 4-6-2023 11:28 PM
yer kaka... sungguh terkejut yach gosip masa tu...mesti semua dah pakat2 lupa yang pacik sotong ke ...

yang penting acik arang batu tu memang istiqamah yach menyondol. Current husband pon hasil sondolan jua kan.

Agaknya sheols memang ada kepakaran untuk menyondol gittew
Quote dudaberhias 5-6-2023 12:02 AM
heythere123 replied at 4-6-2023 11:58 PM
yang penting acik arang batu tu memang istiqamah yach menyondol. Current husband pon hasil sondola ...

yer kaka... dah orangnya pun cantik khennn...
yang dapat sondol baru2 ni pun bukan calang2 malah lagi kayos dari sotong kering tu...
meskipun dapat yang terung kecut jugak...


Quote heythere123 5-6-2023 12:06 AM
dudaberhias replied at 5-6-2023 12:02 AM
yer kaka... dah orangnya pun cantik khennn...
yang dapat sondol baru2 ni pun bukan calang2 malah l ...

kalau dari segi rupa tu 2x5 je kakadud

tapi dari segi connection memang untung yang shuben sheols jua la. Plus, madu sheols pon tak hansuang cam mamatut. Kalau dapat mamatut as madu, penat la nak hadap sskjp clan
Quote orkidorkido 5-6-2023 01:00 PM
Alhamdulillah dapat panggilan tunaikan haji diusia muda bersama ibu lagi. Semoga mendapat haji yang mabrur. aminnn

Ps: kalau isteri dapat, suami boleh buat rayuan dekat TH, biasanya akan dapat juga. Takpelah mungkin betul-betul belum rezeki lagi si suaminya tu

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.051054 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top