CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Jentera Berat Bantu Cari Adam

4-6-2023 12:30 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 854| Komen: 8

Description: Kuala Berang: Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hasmerra Hassan berkata, hari ketiga operasi mencari Muhammad Adam Shazwan Mokhtar, 15 disertai 77 petugas dari pelbagai agensi d ...
Kuala Berang: Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Hasmerra Hassan berkata, hari ketiga operasi mencari Muhammad Adam Shazwan Mokhtar, 15 disertai 77 petugas dari pelbagai agensi dan penduduk kampung.


Selain Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), tiga jentera berat turut digunakan untuk mencari dan menyelamat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu, di Kampung Dusun, sejak Jumaat lalu.

Jentera berat digunakan dalam operasi mencari dan menyelamat Muhammad Adam Shazwan Mokhtar yang dikhuatiri lemas. FOTO Nazdy Harun

Menurutnya, operasi hari ini tertumpu di kawasan lubuk di sungai berkenaan, selain mengalihkan tunggul kayu dan rimbunan buluh hanyut yang di dalam lubuk berkedalaman lebih lima meter itu.

"Pihak kami tidak menolak kemungkinan mangsa tersangkut pada tunggul kayu dan rimbunan buluh berdasarkan penggunaan kaedah anjing pengesan sebelum ini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.


Menurutnya, tiga unit jengkaut dan jentolak itu tiba petang semalam dan aktif digunakan pagi ini.

Dalam kejadian petang Jumaat lalu, mangsa dikhuatiri lemas selepas mandi di sungai berkenaan bersama rakannya Putra Azim Fahmi Azmi, 16.

Bagaimanapun, ketika berenang untuk ke tebing, paras sungai semakin meningkat dan arus semakin deras mengakibatkan mangsa hanyut.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 4-6-2023 12:49 PM
Mudah2an dengan Rahmat dan Kasih Sayang Allah, mangsa dapat ditemukan. Inshaallah. Amin..
Quote msxx 4-6-2023 01:31 PM
Semoga dipermudahkan urusan pihak berkuasa dan penduduk kg utk mencari ko nak… Kesian pada keluarga yang sedang menunggu hiba.
Quote dudaberhias 4-6-2023 02:06 PM
semoga di permudahkan urusan dan di temui dalam keadaan baik... amin

@Bipolajourney
Quote Bipolajourney 4-6-2023 02:38 PM
dudaberhias replied at 4-6-2023 02:06 PM
semoga di permudahkan urusan dan di temui dalam keadaan baik... amin

@Bipolajourney

alhamdulillah hidup lagi setakat ni

(bukti betapa delusional nye he ols setelah mengalami kecederaan narsissistik)

Inilah dikatakan kalau pondan sentap lebih bahaya dari perempuan
Quote dudaberhias 4-6-2023 02:40 PM
Bipolajourney replied at 4-6-2023 02:38 PM
alhamdulillah hidup lagi setakat ni

(bukti betapa delusional nye he ols setelah mengalami keceder ...

tu la...

gitu bila orang gila meroyan memang bahaya...
di tag2 nya orang kulu kilir gittuhh... mengalahkan pondan lari ke ostolia gittuhh... lemah..


Quote Supersirap 4-6-2023 02:53 PM
Semoga dipermudah urusan
Quote Decaffeinated 4-6-2023 03:53 PM
BOMBA Kuala Berang takde unit menyelam ka?

Quote sailormars 4-6-2023 06:54 PM
moga Allah permudahkan usaha pencarian dan semua urusan yang terlibat

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.052956 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top