CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 Wanita Geng Pecah Tabung Masjid Ditangkap

4-6-2023 12:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 558| Komen: 7

Description: Seremban: Kumpulan jenayah pecah tabung surau dan masjid di sekitar daerah ini didalangi tiga wanita berjaya dilumpuhkan berikutan tertangkapnya semua suspek.Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komis ...
Seremban: Kumpulan jenayah pecah tabung surau dan masjid di sekitar daerah ini didalangi tiga wanita berjaya dilumpuhkan berikutan tertangkapnya semua suspek.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang lelaki mendakwa tabung surau dipecahkan dan semua wang dilarikan.



Difahamkan, dalam kejadian terbaru kira-kira jam 6.30 petang 26 Mei lalu, suspek dikatakan menyamun wang dari tabung sebuah surau di Taman Dato Wan, dekat Paroi, di sini.

"Pada jam 8.56 malam Rabu lalu, pihak kami menerima laporan polis daripada ahli jawatankuasa (AJK) surau di Taman Dato Wan yang menyatakan tabung dipecahkan. Laporan hanya dibuat selepas lima hari kejadian.

"Hasil siasatan mendapati suspek memotong mangga pada tabung dan mengambil semua wang di dalamnya," kata Arifai dalam satu kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, hasil siasatan lanjut dijalankan dan beberapa siri tangkapan dibuat membabitkan tiga suspek wanita berusia 26 hingga 28 tahun dari 1 Jun hingga semalam.

"Dengan tertangkapnya suspek dalam kes ini, pihak polis berjaya menyelesaikan tiga kes pecah tabung masjid dan surau di sekitar Seremban.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dalam bangunan. Semua suspek direman sehingga 5 Jun bagi membantu siasatan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mh17 4-6-2023 04:31 PM
astaga!memalu kn kaum wanita btol para betina ni
Quote mh17 4-6-2023 04:32 PM
hahahaha
Quote _blackbird 4-6-2023 04:50 PM
charlie's angel?
Quote Bipolajourney 4-6-2023 05:56 PM
paduan antara @dudaberhias  @stingergrumpy dan @oyo_miow (sebelum maut akibat digigit kerengga) ?
Quote dudaberhias 4-6-2023 06:02 PM
Bipolajourney replied at 4-6-2023 05:56 PM
paduan antara @dudaberhias  @stingergrumpy dan @oyo_miow (sebelum maut akibat digigit kerengga) ?

3 wanita... salah sorangnya mesti pesakit mental pelbagai cabang keje makan mekdi dan kena cerai... lepastu gigih ganggu orang yang pernah ganggu hidup dia siap tag2 nick orang tu kat pelbagai post... yihhh... siap delusional cop orang multinick... yihhh lagi...

Quote Bipolajourney 4-6-2023 06:06 PM
dudaberhias replied at 4-6-2023 06:02 PM
3 wanita... salah sorangnya mesti pesakit mental pelbagai cabang keje makan mekdi dan kena cerai.. ...

makan mekdi pun salah ?
kena cerai pun salah ?
tag pun salah ?
tolong sesiapa bantu @dudaberhias mendapatkan penilaian psikiatri berdasarkan komen komen meraban yang dikemukakan selama ini dan ternyata hari ini tercabar keponenannya setelah di tag. Dirinya khuatir jika disamakan dengan @oyo_miow yang ada masalah halusinasi.
Quote dudaberhias 4-6-2023 06:15 PM
Bipolajourney replied at 4-6-2023 06:06 PM
makan mekdi pun salah ?
kena cerai pun salah ?
tag pun salah ?

memng salah sebab ko kacau hidup orang.. .takkan tu pun bodoh bingai tak di ajar dari sekolah rendah...
dah la yang kau kacau ni tak pernah kacau hidup kau pun... patut la manak tu serang ko sampai ko meroyan begini sekali dok cop2 aku multinik si hanat tuh.... sekian...

keponen pondan mental pelbagai cabang sakit mental dah tercabar dan terkebil2 la tu nak reply tapi tak berdaya sebab slow...


Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.046508 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top