CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Jaclyn Victor Rakam Lagu Baharu Di New York

4-6-2023 11:07 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 415| Komen: 2

Description: Penyanyi Jaclyn atau Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 44, mengakui terkejut apabila dilamar untuk bekerjasama dengan Gerald Sellan dan Andrian Puan menerusi lagu baharu berjudul Kembalilah.Disebabkan ke ...
Penyanyi Jaclyn atau Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 44, mengakui terkejut apabila dilamar untuk bekerjasama dengan Gerald Sellan dan Andrian Puan menerusi lagu baharu berjudul Kembalilah.

Disebabkan kedua-dua individu itu berada di New York, penghibur yang mesra disapa sebagai Jac itu 'terbang' ke sana bagi memenuhi dan merealisasikan impian mereka.


“Mula-mula tu saya memang terkejut apabila Gerald dan Adrian approach saya dan beritahu yang mereka nak saya nyanyikan lagu hasil karya mereka.

"Kedua mereka ni berada di New York! Jadi, saya pun terbang ke sana untuk merealisasikan impian mereka dan juga diri saya sendiri," katanya.

Kongsi Jaclyn, dia bagaimanapun mula menyukai lirik lagu Kembalilah itu semasa proses pembikinan dan menghafal lirik lagu berkenaan.


Katanya, setiap lirik Kembalilah mempunyai mesej yang mendalam kerana menyentuh menyentuh tentang iman, harapan, cinta abadi, peluang kedua dan juga kelahiran semula.

"Melodi lagu ini sememangnya mendayu dan penuh bermakna. Bayangkan betapa terujanya saya dapat menyanyikan lagu ini kerana pembikinan lagu ini sahaja memakan masa lebih 10 tahun. Ini yang dinamakan peluang kedua.

"Walaupun mengambil masa yang lama tetapi ia pasti datang dan jangan sekali-kali berputus-asa!" katanya lagi.

Sementara itu, Gerald selaku komposer dan penulis lirik lagu ini memberitahu bahawa dia peminat tegar penyanyi bersuara mantap itu.

Malah dia juga telah lama menyimpan cita-cita untuk berkerjasama sebelum Jaclyn menyertai Malaysian Idol lagi.

"Bekerja dengan Jaclyn adalah seolah-olah impian menjadi kenyataan! Ketika menulis lirik Kembalilah suara Jaclyn yang berlegar-legar di dalam kepala saya! Bayangkan betapa minatnya saya dengan vokal beliau," ujarnya.

Manakala Adrian selaku komposer lagu Kembalilah menganggap Jaclyn sebagai bintang legenda dan satu pengormatan dapat berkerjasama dengannya.

“Memang bertuah dan seperti satu penghormatan apabila dapat bekerja dengan seseorang yang berkaliber dan dihormati ramai. Bagi saya, tiada siapa yang layak untuk menyanyikan lagu Kembalilah kecuali Jaclyn!" jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bunnyj3lly 4-6-2023 01:16 PM
Go go go, Acik Jaclyn!!

Quote dudaberhias 4-6-2023 01:25 PM
go gooooo....
iols memang suka lagu2 jac....
paling memoreable adalah opening untuk manjalara... satu harapan...

manakalah penyanyi bernombor... haram iols tak hengat lagu2 ost ke opening sheolsss... spa q tu pun sipi2 jah hengat... tu pun rasa hauk...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.040242 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top