CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yonnyboii, Guccimith Bergabung Menerusi Flash & Dash

3-6-2023 10:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 332| Komen: 5

Description: Tidak mengenal erti penat, penyanyi rap semakin meningkat naik, Yonnyboii kembali dengan sebuah lagi karya berjudulFlash Dash. Istimewa kali ini juga, Yonnyboii berkolaborasi bersama bintang rap dari ...

Tidak mengenal erti penat, penyanyi rap semakin meningkat naik, Yonnyboii kembali dengan sebuah lagi karya berjudul Flash & Dash.


Istimewa kali ini juga, Yonnyboii berkolaborasi bersama bintang rap dari bumi Kenyalang, Sarawak, Guccimith untuk menghidupkan lagi karya tersebut.



“Saya rasa lagu ini lebih segar serta menyeronokkan. Belum ada lagu dengan gaya seperti ini. Malah secara peribadi,  ia sesuatu yang saya sendiri tidak pernah buat.


”Ia boleh dianggap eksperimental untuk diri saya yang belum pernah mencuba gaya sebegini,” ujar Yonnyboii.


Flash & Dash merupakan lagu ciptaan Yonnyboii serta SonaOne, Wolfy dan  Guccimith sendiri yang mempunyai kelainan daripada segi penyampaian.



Yonnyboii berkata, judul lagu tersebut hasil inspirasi daripada siri animasi Anime Jepun yang pernah popular pada 90-an.


“Pesan yang kerap dipaparkan dalam siri kartun tersebut adalah bagaimana watak-watak utamanya sentiasa ingin berusaha menjadi juara dan pemenang.


“Sesiapa yang pernah menonton siri Anime Flash & Dash pasti tahu apa yang saya maksudkan dan mengerti perasaannya.


”Kita semua ingin jadi yang terbaik namun kesuntukan masa jadi halangan. Kita tidak mungkin dapat mengejar waktu. Jadi berusahalah secepatnya jika mahu berjaya,” katanya.


Selepas mengambil keputusan untuk menyiapkan projek ini, Yonnyboii berkata, dia sendiri berhasrat mahu menampilkan rakan seindustri, Guccimith.


Walaupun berada di Kuching, kebetulan semasa sesi rakaman lagu ini dia berada di Kuala Lumpur.


”Jadi dia terus datang ke rumah saya untuk proses rakaman dan tidak sampai tiga jam, lagu ini siap dirakam,” kongsinya.



Yonnyboii turut melahirkan keterujaan menerusi penggambaran video muzik yang disertakan dengan gerakan kereta drift.


“Ini kali pertama saya buat penggambaran video dengan gerakan kereta drift yang begitu laju. Sangat menyeronokkan. Malah, semua yang terlibat memberi kerjasama yang baik termasuk Guccimith sendiri,” katanya.


Single dan video muzik boleh dilayari di platform penstriman digital termasuk YouTube Music sejak  dilancarkan 26 Mei  lalu.



Sumber: Utusan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 3-6-2023 11:00 PM
aku ingatkan si ame ahnaf tu tadi
Quote MistrezHermanaz 3-6-2023 11:00 PM
Nasib xde gambo wajib yonni boi setiap kali sepul cari bukak thread.. Kalau x, urut dada je la chuols
Quote slyfynx 3-6-2023 11:06 PM
Mane gmbr rambut pink.
Bukan korang wajib ke letak gmbr tu supaya semua org kutuk die?
Quote hokeypokey 4-6-2023 12:20 PM
bini dh beranak ke blum? tanak buat lagu utk anak bini ke
Quote dudaberhias 4-6-2023 01:28 PM
lagu2 dik yonnyboiii ni best2...
tapi tu la rhoperrr macam mintak pendengar2 kena sumpah jadi andartu...
harap2 heshe ubah penampilan pakai topeng jadi bandi amuk gittuh...

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.040888 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top