CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Lelaki Peranakan Baba Nyonya Kini Vokalis Utama May

3-6-2023 09:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 986| Komen: 12

Description: Kumpulan rock popular, May memperkenalkan penyanyi utama baharu mereka yang merupakan lelaki berketurunan peranakan Baba Nyonya bernama Kelvin Thein sekali gus menggantikan vokalis lama, Muss. Pemain ...

Kumpulan rock popular, May memperkenalkan penyanyi utama baharu mereka yang merupakan lelaki berketurunan peranakan Baba Nyonya bernama Kelvin Thein sekali gus menggantikan vokalis lama, Muss.


Pemain bass kumpulan itu, Yus berkata, pemilihan lelaki berusia 29 tahun itu sesuai dengan survival May yang setia mengorak langkah setelah lebih 4 dekad sebagai sebuah kumpulan.


Kumpulan May bersama vokalis baharu mereka, Kelvin yang menggantikan posisi penyanyi utama lama, Muss. - FAIZ ALIF ZUBIR


“Ramai orang mempersoalkan mengapa pilih lelaki berketurunan Cina sedangkan ramai lagi penyanyi berbangsa Melayu.“


Bagi saya Kelvin ada bakat yang besar. Dia boleh menyanyi, komited, berkarisma dan paling penting, dia ada karakter sebagai seorang rocker.


“Kalau tanya soal kemampuan, Kelvin boleh menyanyi lagu-lagu May dengan gayanya yang tersendiri. Dia juga diperkenalkan kepada kami oleh seorang legenda rock,” katanya yang ditemui Kosmo! Online usai sidang media Konsert Lagenda Rock Vol 1 di sebuah hotel, di sini, baru-baru ini.


Selain May, konsert anjuran Mutiara Optimum Sdn. Bhd. itu turut menampilkan kumpulan rock era 1980-an dan 1990-an seperti XPDC, Rusty Blade dan Babylon.


Sementara itu, Kelvin berkata, dia sangat meminati kumpulan sedari kecil dan tidak sangka dapat menyertai kumpulan rock tersebut.


“Bapa saya juga mempunyai latar belakang dalam bidang muzik. Saya masih ingat ketika kecil, dia selalu pasangkan lagu-lagu rock dan dari situ, saya mula mengenali lagu dendangan May seperti Sendiri,” katanya.


Kelvin menjelaskan, jurang usianya yang masih muda berbanding ahli-ahli lain tidak menghalang dirinya mencipta sinergi bagi meneruskan jenama muzik kumpulan ternama itu.


“Saya terima untuk menyertai May sebab mereka semua (ahli kumpulan) layan saya dengan baik.


“Sejak sesi uji bakat lagi, saya sudah rasa selesa dengan anggota May, sekali gus menjadikan semua berjalan lancar.“


Sekarang, 50 peratus lagu May saya sudah hafal,” kata Kelvin lagi.


Konsert Lagenda Rock Vol 1 akan berlangsung di di Megastar Arena Sg Wang Plaza, Kuala Lumpur pada 16 Julai depan.



Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Piramida 3-6-2023 10:00 PM
Kepam nya semua
Quote KirazMevsimi 3-6-2023 10:19 PM
muss ada konflik ke dengan kumpulan may sebelum ni?
Quote azurro 3-6-2023 11:17 PM
Edited by azurro at 3-6-2023 11:31 PM
KirazMevsimi: mus ada konflik ke dengan kum ...
dulu masa dlam may Mus rasa dirinya laku keras sbb kerap dijemput menyanyi solo pada ketika itu sehingga besar kepala sehingga mengabaikan may ketika itu, padahal dia lupa dia solo pun menyanyi lagu dari may juga. Sekali abu dn yus tak benarkan lg dia nyanyi lagu may sbb bkn ahli lg, sbb lpas keluar may pn dia terus nyanyi lagu-lagu may, dia keluar may dngan alasan tak mampu nyanyi nada tggi, tp aku tngk gaya nyanyian dia, nada dia sama ja mcm dulu. Aku yakin mus pasti kesal dngn perbuatan dia tggalkan may. Itu yang aku tahulah. Apatah lg lpas covid banyak yg hilang job.
Quote Jajuli 4-6-2023 06:53 AM
azurro:  Edited by azurro at 3-6-2023  ...
baru tahu kebayakkan lagu2 popular may masa recording part gitar seasonist yg main mcm tu elok lagi exist first album pun dia orang sendiri yg main walaupun masa tu dia orang budak lagi
Quote dudaberhias 4-6-2023 01:39 PM
acik2 tak kisah pun bangsa yang jadi penyanyi utama tu....
cina ke india atau melayu...

cumanya awat semua kepam gaytohhhh....

ingatkan ada la upgrade ke haperrrr...

dah 2023 dah ni nokkkk... rhoper2 penyanyi rock gittuhhh orang dah humban tepi jalan jah.... awie pun dah potong rambut pendek dan kemain herlok gittuh...

Quote dekmieDandy 7-6-2023 09:36 AM
puas aku nak teka mana satu, walaupun bezxa umur puluh-puluh tahun
Quote doubleharmonic 7-6-2023 10:03 AM
Pemain bass kumpulan itu, Yus berkata, pemilihan lelaki berusia 29 tahun itu sesuai dengan survival May yang setia mengorak langkah setelah lebih 4 dekad sebagai sebuah kumpulan.


so yang mana satu umur 29 tahun dalam gambar tu? semua nampak tua dan kepam jahhh?
Quote beta_carotene 7-6-2023 10:15 AM
dudaberhias replied at 4-6-2023 12:39 PM
acik2 tak kisah pun bangsa yang jadi penyanyi utama tu....
cina ke india atau melayu...

awie herlokk celah pepet mana nye kaka dude?
haritu awie dgn geng2 preng2 dia dtg makan kat area office meols.. kepam sungguh

ofis mate meols la yg terhegeh2 turun bawah nk jumpa awie masa office hour..
meols aman2 jah kt opis, malas nk makan gaji haram
Quote dudaberhias 7-6-2023 10:17 AM
beta_carotene replied at 7-6-2023 10:15 AM
awie herlokk celah pepet mana nye kaka dude?
haritu awie dgn geng2 preng2 dia dtg makan kat area o ...

choiii hahaha... harus la rhoperrrr pontianak jugak si yob tu macam gampunk...cuma herlok sikit nampak heols berambut pendek gaytohh kaka khen... berbanding rambut zaman rock yang dah so yesteryears



Quote beta_carotene 7-6-2023 10:23 AM
dudaberhias replied at 7-6-2023 09:17 AM
choiii hahaha... harus la rhoperrrr pontianak jugak si yob tu macam gampunk...cuma herlok sikit na ...

entah2 muss ni rasa kecik hati sbb muka dia iras2 keluarga manurung..
Quote Burong_Hantuk 7-6-2023 02:22 PM
prefer muss....vocal dia powerr
Quote supernaturalee 7-6-2023 03:32 PM
selain muss, oney dgn yantzen join may best jgk

i love soooo much lagu jemu tu

kdg perasan jgk oney tu jd backup singer awie

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.055092 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top