CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebab Nak Hidup Bebas Sanggup Reka Cerita Diculik, Minta Tebusan RM100,000 Pada Keluarga

3-6-2023 05:47 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 597| Komen: 9

Description: Petaling Jaya: Ingin hidup bebas dan tidak mahu dikongkong, seorang remaja wanita sanggup mereka cerita dirinya konon diculik dengan meminta wang tebusan RM100,000 daripada keluarganya.Difahamkan, wan ...
Petaling Jaya: Ingin hidup bebas dan tidak mahu dikongkong, seorang remaja wanita sanggup mereka cerita dirinya konon diculik dengan meminta wang tebusan RM100,000 daripada keluarganya.

Difahamkan, wanita itu menipu ahli keluarga dengan menaip sendiri mesej sebelum mengirimnya melalui WhatsApp.



Bagaimanapun, tindakan wanita itu terbongkar selepas pihak polis menahan remaja perempuan tersebut pukul 10 malam, kelmarin untuk siasatan lanjut.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari semalam, remaja berusia 19 tahun itu pada mulanya keluar bersama keluarganya di pusat beli-belah di Ampang sebelum memberitahu mahu ke tandas.

Sumber berkata, selepas dua jam menunggu, remaja itu tidak kelihatan menyebabkan bapanya mencari di seluruh pusat beli-belah itu namun tidak menemuinya.

“Tidak lama kemudian mereka menerima mesej WhatsApp daripada telefon bimbit anaknya meminta supaya menyerahkan wang tunai RM100,000 jika mahu anaknya selamat.


“Ibu bapanya yang bimbang dengan keselamatan remaja itu kemudian tampil membuat laporan polis.

“Hasil siasatan polis mendapati kehilangan wanita itu bukanlah kejadian culik sebaliknya mangsa menghilang diri ketika ke tandas, sebelum tinggal di rumah kawan lelakinya di Shah Alam,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kejadian itu dan suspek direman dua hari bermula hari ini.


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lanacondor 3-6-2023 10:54 PM
Ko knp dik..Sian keluarga ko
Quote che-cikL 4-6-2023 01:45 AM
So suspek yg kena tahan tu, dia sendirilah kan? Suspek culik diri sendiri. Aduyaii ni semula level wartawan Cari kelas belakang belakang ni.
Quote kucing_gebu 4-6-2023 06:02 AM
Apasal bodoh tahap tertinggi ko ni dik...ko xterfikir ke benda ni blh jd kes polis? Kesian family ko dpt anak menyusahkan mak bapak mcm ni. Ko menyedap2 dgn jantan lps tu ugut minta tebusan. Kalau adik aku confirm mkn tapak kaki aku ni. Kuanggg hajo
Quote lattehazelnut 4-6-2023 06:35 AM
Bajet wild things movie la ni.. sorry la dik takat sekolah xhabis pastu da gatal bijik.. xpasal2 masuk jail..
Quote JunkMail 4-6-2023 06:43 AM
Budak budak zaman Tiktok ni apa dalam kepala otak diorang eh? Umur dah 19 kot oiiiii...nak kata budak pun tak boleh. Kau ingat polis tu bodoh ke dik?? Memalukan betol lah perangai kau ni
Quote 3chanceno 4-6-2023 07:06 AM
Diharap polis tahan lebih lama & masuk ke dalam kerja berat  Bodoh tak berlimit, kat shopping mall tu ada cctv & ikut boyfren apa faedah kalau setakat masih sekolah

Kesian mak bapak dapat anak cam gini yg tak tahu erti kasih sayang ibubapa & pengorbanan mereka
Quote Samerosie 4-6-2023 07:32 AM
100 ribu je nilai kau letak diri kau?  Parents lepas ni boleh lah bungkuskan barang2 dia kat rumah tu dgn beg samoah hitam lepas tu susun depan pintu rumah cakap kat dia dont let the door hit you on your way out gitu.
Quote ninja boy 4-6-2023 07:41 AM
Kos sara budak umur 1-19 rm 200k taw, lagi mau minta 100k, mak bapak patut jgn beranak ramai la, dah jimat 200k boleh pergi umrah dan travel setahun 2x
Quote Cokoro 4-6-2023 08:06 AM
Kesian mak pak. Mcm manalah dia nak hadap muka parents dia nnti.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:19 PM GMT+8 , Processed in 0.230842 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top