CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengedar Syabu Lepasi Kawalan Keselamatan Asia Tenggara - PBB

3-6-2023 11:29 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 179| Komen: 0

Description: New York: Pengedar dadah menemui cara baharu menyeludup dadah jenis methamphetamine kristal atau syabu keluar dari Asia Tenggara bagi pelanggan dengan bayaran tinggi di luar rantau itu, menurut lapora ...
New York: Pengedar dadah menemui cara baharu menyeludup dadah jenis methamphetamine kristal atau syabu keluar dari Asia Tenggara bagi pelanggan dengan bayaran tinggi di luar rantau itu, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Kumpulan penjenayah memindahkan lebih banyak dadah melalui laut bagi mengelak rondaan darat oleh pihak berkuasa di Thailand dan China, menjadikan ia lebih sukar untuk dikesan.

Pejabat PBB mengenai Dadah dan Jenayah, berkata kumpulan itu belajar "untuk menjangka, menyesuaikan diri dan cuba memintas" penguatkuasaan undang-undang.

Dadah jenis methamphetamine kristal dikenali sebagai ais. - Foto REUTERS

Memetik laporan BBC, dadah itu dijual di Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.

Agensi PBB itu memberi amaran, perdagangan besar methamphetamine dan dadah lain, yang kebanyakannya dihasilkan di makmal besar di beberapa bahagian Myanmar, turut tidak menunjukkan tanda-tanda akan perlahan.


Negeri Shan di Myanmar adalah lokasi dipercayai ramai sebagai perdagangan dadah terbesar di dunia.

Pengedar menghantar dadah keluar melalui sempadan Laos, Kemboja dan Thailand, kawasan yang dikenali sebagai Segitiga Emas.

"Pada 2022, kami melihat mereka bekerja lebih di sekitar sempadan Thailand, berbanding sebelum ini.

"Penjenayah meneruskan penghantaran dalam jumlah yang besar melalui Laos dan utara Thailand, namun pada masa sama mereka menghantar bekalan yang besar melalui Myanmar tengah ke Laut Andaman, di mana sedikit yang memerhati," kata wakil serantau agensi PBB berkenaan, Jeremy Douglas.

Methamphetamine datang dalam dua bentuk utama, iaitu pil yang dikenali sebagai "yaba" atau methamphetamine kristal yang sangat menyebabkan ketagihan (syabu).

Sejak beberapa tahun lalu, polis Thailand dan China, dengan sokongan pasukan negara jiran, meningkatkan operasi di Segitiga Emas.

Kumpulan penjenayah menggunakan Thailand sebagai negara transit untuk mendapatkan dadah itu yang bernilai tinggi ke negara ketiga seperti Australia atau New Zealand, yang mana nilai jalanan dadah itu boleh mencecah 10 kali ganda lebih tinggi, berbanding di Bangkok.

Pada tahun lalu, pihak berkuasa Thailand dan China menyaksikan penurunan yang ketara dalam rampasan dadah.

Polis di seluruh Asia Timur dan Asia Tenggara merampas hampir 151 tan methamphetamine pada 2022, turun daripada rekod 172 tan pada 2021.

Harga satu kilogram (kg) methamphetamine kristal berada pada paras terendah sepanjang masa, yang menunjukkan bekalan dadah itu masih tinggi.

Pihak berkuasa di seluruh wilayah turut merekodkan rampasan 27.4 tan ketamin pada 2022, yang menjadi ubat bius yang disalahguna sebagai dadah rekreasi, peningkatan 167 peratus berbanding tahun sebelumnya. 


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.116600 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top