CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Aqish, Baik Cakap Ini Salah Faham Dan Jelaskan Secara Terbuka' - Qistina

26-5-2023 09:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5995| Komen: 57

Description: "Saya sangat terkejut (kenyataan Puteri Balqis) sebab sebelum ini saya memang tak pernah langsung ada masalah dengan dia."Demikian pengakuan pelakon remaja Qistina Raisah apabila timbul dakwaan kononn ...

"Saya sangat terkejut (kenyataan Puteri Balqis) sebab sebelum ini saya memang tak pernah langsung ada masalah dengan dia."

Demikian pengakuan pelakon remaja Qistina Raisah apabila timbul dakwaan kononnya wujud perselisihan faham antara dia dengan Puteri Balqis, baru-baru ini.



IG

Enggan isu ini terus berpanjangan, Qistina atau Nur Qistina Mohd Kamarol Azri, 15, memohon Balqis tampil menceritakan perkara sebenar supaya tidak timbul salah faham berhubung konflik berkenaan.

"Saya mahu Balqis cakap yang ini salah faham dan jelaskan secara terbuka sebab ia memalukan sehingga ramai orang fitnah saya.

"Kalau boleh saya tak mahu isu ini berpanjangan sebab selepas ni mungkin kami akan berjumpa lagi... tapi kalau tak mahu tak apa," katanya kepada mStar.



Meskipun Balqish sebelum ini tidak menyebut nama, mendakwa seorang pelakon remaja telah menyindirnya menerusi satu rakaman video, netizen mula membuat spekulasi bahawa Qistina orang dimaksudkannya itu.

Dalam perkongsiannya itu, Balqis atau nama sebenarnya Puteri Balqis Azizi berkata, pelakon itu sering membanding-bandingkan kecantikkan dirinya dengan orang lain.

Kata Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Televisyen Asia 2014 itu, pelakon itu sering membanding-bandingkan kecantikkan dirinya dengan orang lain selain meluah rasa meluat kerana individu berkenaan kerap menayang teman lelakinya.


Hantaran Aqish

Qistina mengakui konflik tercetus apabila wujud pertelingkahan antara dia dengan salah seorang sahabat, namun mesej yang ditulis di media sosial disalah anggap pengikut yang menyangka ia ditujukan kepada Balqis.


IG

"Benar saya ada bergaduh dengan seorang rakan, tapi individu tersebut bukan Balqis... siapa yang tahu, tahulah!

"Tapi kami sudah pun bermaafan, dah selesai tapi pelik pula tiba-tiba Balqis ingat saya tujukan kepadanya di media sosial.

"Saya pun tidak tahu bagaimana dia boleh terasa perkongsian saya sebelum ini ditujukan kepadanya," luahnya.

Qistina yang tidak mahu isu itu meleret bagaimanapun menyatakan kesediaannya bekerjasama dengan Balqis dalam mana-mana projek kelak. - CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 26-5-2023 09:19 PM
ya ampun baru 15 tahun tapi rhoperrrr dah tua sebelum usia... ko ada pakai produk2 dari the melvin ke nyah...

kan acik2 porum dah berbuih mulut bagitahu jangan...

penat yach kaka meratib suruh acik2 beli esteloder hujung2 ko beli jugak produk kg dot com yang ponder memasing semua muka tua sebelum usia...

adoiii baik aku berenti berporum je lah kalau gini...

Quote Kakopi 26-5-2023 09:20 PM
adik fokus belajar dulu dik...
Quote Goodluckdontcry 26-5-2023 09:27 PM
Maafkan den sbb high taste walau diri sendiri nan hado...den selalu tercari2 dimana kecantikan yg disebut2 org..org ni cantik..org tu cantik...cantik tu adalah tp tidaklah sampai den jd terpana..mcm budak 2 ketul ni..smp gaduh konon dibandingkan kecantikan..celah mana dik??? Mgkin la mata den kero 360 darjah... kehkehkeh harktuihh perangai sama jer..sempudal 2 ketul ni...
Quote Nt-ViruS 26-5-2023 09:42 PM
saja nak lari topik sikit tapi aku dah lama perati mak dua orang ni attention seeker betul. Banyak kali dah aku tengok ig si Qistina ni mak dia yg live. mu live la guna account sendiri kenapa live account anak padahal live benda tak berkaitan dgn anak pun.
Quote babyLON. 26-5-2023 09:46 PM
dua dua tak lawa. baiii
Quote timah03 26-5-2023 10:32 PM
Kakopi replied at 26-5-2023 09:20 PM
adik fokus belajar dulu dik...

Buat apa focus study kalau skrg boleh buat duit ribu2...
Budak skrg ramai kejar duit...
Quote innocentsangat 26-5-2023 11:39 PM
Aku suka Qistina berlakon. Comel.
Quote hanihan16 26-5-2023 11:43 PM
mcm mana si aqish ni boleh terperasan budak ni perli dia? her world does not revolves around u only lah
Quote anony-mous 26-5-2023 11:43 PM
Adui syg la dia ni. I suka dia sbb kecik2 pon lawa tp jd gini plus bila mekap ni nmpk kertu n biasa muka dia. Masa muka polos lawa bg i utk budak umur she
Quote she 26-5-2023 11:48 PM
Macik ok je deme bergaduh
Biasalah bebudak tak sekolah eh bebudak masih sekolah

Dedua nama Qis
Dedua mak parasit
Bezanya Qis ni dia ok juga ajak berdiskusi
Macik ok kalau dengan orang jenis nak bincang bagi sete
Quote tom2 27-5-2023 12:10 AM
Bagusla qis ni mintak clearkan. Lagipun xde pulak baca dia mencarut jubxx ke ape. Yang balqis ni dah kenapa perasan pulak. Menang award tetap x menaikkan taraf kau satu lagi tinggi dari orang lain. Kau pernah di bawah tapi kau guna dana orang utk main forex la, gi british council tapi x gi sekolah.  Orang maafkan sebab kau budak lagi dulu walaupun aku sampai sekarang x tau kau sakit apa hariti.

Gigih ye aku tengok bersamamu sampai habis semata2 nak memahami kehidupan kau.
Quote edayildiz 27-5-2023 01:39 AM
i pernah jumpa dak qistina ni masa beli groceries...mmg acah cun weh...ok la ada rupa tp idok la cantik nauu
Quote Lelli 27-5-2023 02:11 AM
Cringe nya tngk bila bercakap buat memek muka cmtu..
Vibes bdk kelas belakang n mean girl sngt..
Quote Sazreena 27-5-2023 02:17 AM
Ko cari duit buat cara cari duit la..ini yg aku nampak ko gigih cari jantan..dapat lak muka hauk nauzubillahminzalik. Takkan la tak leh dapat boipren berjenis sket..yg semenggah..layak la jugak nak dimegah-megah..
Quote matjerk 27-5-2023 02:35 AM
hanihan16 replied at 26-5-2023 11:43 PM
mcm mana si aqish ni boleh terperasan budak ni perli dia? her world does not revolves around u only  ...

Ye tu yg aku nak tau gak... bukan ka aqish ni sejenis yg kononnya x kisah hal org...  buat hal sendiri... x kacau org.... cemana tiba2 meroyan smpai drag habis jubo org.... n boipren org......

Terus aku nampak aqish ni busuk hati..

Qistina ni pulak sapo?
Quote sharlenetexas 27-5-2023 02:40 AM
Kenapa ko menuakan muka yg masih muda tu dik?


Quote samshik 27-5-2023 07:38 AM
Bljr la dulu kowang2 yg muda ni.. Satni tua2 jd retis merempat, ko slhkn industri balikk.. Cliche naw
Quote jambatannetizen 27-5-2023 07:53 AM
edayildiz replied at 27-5-2023 01:39 AM
i pernah jumpa dak qistina ni masa beli groceries...mmg acah cun weh...ok la ada rupa tp idok la can ...

Beza umur you dgn budak qis ni berapa since qis 15 tahun? Tp budak2 kan what so u expect hahahaHa. Nnt dah besa kenal dunia luar, makin rendah diri kot kot lah hahaha
Quote miamiot 27-5-2023 07:58 AM
Qis ni x sekolah ke dgn rambut karat mcm ni atau pakai tudung gi sekolah ? Lain la Putri Balqis tu mmg terang2 x sekolah...

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.050648 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top