Budak lelaki ditembak polis Mississippi di rumahnya pada Sabtu lalu selepas menerima panggilan gangguan domestik yang dibuat kanak-kanak itu. Anggota polis yang tiba di rumahnya telah menembaknya pada dada mangsa, menurut ibunya.
“Anak saya sempat bertanya kepada anggota polis itu, “apa yang saya buat?” sejurus ditembak. Aderrien Murry, 11, telah dibenar keluar hospital, kata keluarganya. Susulan kejadian tersebut, anggota polis berkenaan telah diberi cuti kerana kes masih dalam siasatan Biro Siasatan Mississippi. Kanak-kanak lelaki itu semakin pulih selepas menerima rawatan dari hospital tempatan akibat kecederaan pada paru-paru, tulang rusuk patah dan hati. Ibunya, Nakala Murry, mendesak anggota polis berkenaan didakwa.
Pada sidang akhbar pada hari Isnin di luar Dewan Bandaraya Indianola, Murry berkata, dia meminta anaknya menghubungi polis selepas bapa kepada seorang lagi anaknya muncul di rumah mereka dalam keadaan marah. Apabila anggota polis Indianola itu tiba, bertindak mengacu pistolnya di pintu depan sambil meminta semua orang di dalam untuk keluar. Ketika anaknya membelok ke satu sudut lorong, anggota polis itu melepaskan tembakan lalu terkena dada Aderrien, katanya. “Kata-katanya ialah: ‘Mengapa dia menembak saya? Apa yang saya lakukan? dan dia mula menangis,” cerita Murry. Aderrien kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Mississippi. Sumber: MalaysiaGazette
|
Skuau replied at 26-5-2023 07:48 PM
tembak kt bahu...meninggal.
tembak kt dada...selamat la pulok dia...
noell replied at 26-5-2023 08:07 PM
taser gun kot kalo real gun dh lama ke alam barzakh
She rushed to help her son, putting her hands on his wound to try to stop the blood flowing out. The officer also tried to render aid, and police called an ambulance. Aderrien was taken to a hospital, where he was put on a ventilator. His injuries include a collapsed lung, a fractured rib and a lacerated liver, Murry said.
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
9-6-2023 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.094123 second(s), 36 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.