CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Buru Lelaki Curi Tabung Derma, Telefon Bimbit Di Kedai Makan

26-5-2023 07:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 313| Komen: 1

Description: Seorang individu dipercayai terlibat dalam kes curi tabung derma orang ramai dan sebuah telefon bimbit di sebuah kedai makan di Pekan Sekinchan pada Rabu, kini dalam buruan polis.Ketua Polis Daerah Sa ...
Seorang individu dipercayai terlibat dalam kes curi tabung derma orang ramai dan sebuah telefon bimbit di sebuah kedai makan di Pekan Sekinchan pada Rabu, kini dalam buruan polis.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, seorang wanita tampil membuat laporan polis selepas menyedari kedai terbabit dipecah masuk.



Tangkap layar berhubung kes tular dipercayai seorang lelaki memecah masuk kedai makan di Pekan Sekinchan pada Rabu. Gambar kecil: Agus Salim

Menurut beliau, mangsa kemudiannya membuat pemeriksaan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati terdapat seorang lelaki memecah masuk kedai berkenaan.

"Mangsa memeriksa keseluruhan kedai dan dapati telefon bimbit jenis Vivo dan tabung sumbangan orang ramai yang jumlahnya tidak pasti telah hilang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau memberitahu, polis menggerakkan usaha mengesan suspek terlibat dalam kes itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini tular di Facebook yang meminta orang ramai berhati-hati berikutan kejadian kes curi tabung dan telefon bimbit di kedai makan berkenaan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 27-5-2023 10:53 AM
so polis nk buru sendiri ke nk minta maklumat orang ramai ni?? gambar pun tutup muka

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.294053 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top