CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sesak Nafas Sampai Ada Yang Masuk Hospital Sebab Ada Penumpang Gatal Tangan Buka Pintu Kecemasan Sebelum Mendarat

26-5-2023 07:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1333| Komen: 15

Description: Penumpang dan kru kapal cemas apabila seorang penumpang membuka pintu keluar kecemasan dalam penerbangan Asiana Airlines ketika ia bersedia untuk mendarat pada Jumaat.Syarikat penerbangan itu kepada A ...
Penumpang dan kru kapal cemas apabila seorang penumpang membuka pintu keluar kecemasan dalam penerbangan Asiana Airlines ketika ia bersedia untuk mendarat pada Jumaat. 

Syarikat penerbangan itu kepada AFP bahawa pesawat itu mendarat dengan selamat tetapi beberapa orang dimasukkan ke hospital.



Pintu pesawat Asiana Airlines yang dibuka penumpang. - FOTO Reuters/Yonhap

Pesawat itu membawa hampir 200 penumpang ketika menghampiri landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Daegu di Korea Selatan, kira-kira 240 kilometer tenggara Seoul, dalam penerbangan domestik.

Apabila pesawat berada sekitar 200 meter di atas tanah, seorang penumpang yang duduk berhampiran pintu keluar kecemasan "membuka pintu secara manual dengan menyentuh tuil", wakil syarikat penerbangan itu memberitahu AFP.

Insiden itu menyebabkan beberapa penumpang mengalami kesukaran bernafas, dan beberapa orang dibawa ke hospital selepas mendarat, kata Asiana.


Katanya, tiada kecederaan atau kerosakan besar dilaporkan berlaku.

Polis Daegu memberitahu AFP bahawa mereka telah membawa masuk seorang lelaki berusia 30-an untuk disoal siasat berhubung kejadian itu.

Kementerian pengangkutan Korea Selatan berkata 12 orang telah dibawa ke hospital selepas pesawat itu mendarat untuk menangani "masalah ketidakselesaan dan pernafasan".

Kementerian mengesahkan pintu pesawat itu sengaja dibuka oleh seorang penumpang ketika pesawat itu masih dalam penerbangan.

"Polis bersama kementerian darat dan pengangkutan menyoalnya berhubung pelanggaran undang-undang keselamatan penerbangan.

"Di bawah undang-undang ini, seseorang yang membuka pintu pesawat tanpa kebenaran boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun," katanya dalam kenyataan.


Lelaki yang membuka pintu kecemasan pesawat Asiana Airlines ditahan dan dibawa ke balai polis di Daegu. - FOTO Reuters/Yonhap

Video pendek insiden yang dirakam oleh penumpang di dalam pesawat Airbus A321-200 disiarkan oleh Agensi Berita Yonhap Korea Selatan.

Rakaman itu menunjukkan angin merobek pintu terbuka di udara, dengan kain sandaran tempat duduk dan rambut penumpang berterbangan ketika beberapa orang menjerit ketakutan.

Satu lagi video yang dikongsi di media sosial menunjukkan penumpang duduk di barisan keluar kecemasan di sebelah pintu terbuka ditiup angin kencang.

Kedua-dua penumpang lelaki itu, yang memakai tali pinggang keledar, mengerutkan kening apabila angin bertiup di sekeliling mereka, sambil mereka memegang tempat letak tangan dan cuba berpaling dari pintu.

Seorang penumpang berusia 44 tahun memberitahu Yonhap bahawa ia "kekacauan" dalam penerbangan selepas pintu dibuka.

"Ia huru-hara dengan orang yang berhampiran dengan pintu kelihatan pengsan seorang demi seorang dan pramugari memanggil doktor di dalam pesawat manakala yang lain berlari ke lorong dengan panik," kata penumpang itu.

"Saya fikir pesawat itu meletup. Saya fikir saya akan mati seperti ini."

Seorang pegawai kementerian pengangkutan dalam pasukan keselamatan penerbangan memberitahu AFP bahawa ini adalah "kejadian pertama" yang mereka ketahui dalam sejarah penerbangan Korea.

Industri penerbangan Korea Selatan mempunyai rekod prestasi yang kukuh untuk keselamatan, kata pakar.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noell 26-5-2023 08:23 PM
mesti dia tak sabaq nak turun sambil cakap bijaknya akuuuuu
Quote shamsadis 26-5-2023 08:39 PM
aku bet, warga Tanah Besar
Quote gold_teeth 26-5-2023 08:39 PM
Stewardess ternganga kelu ke x tahan dia
Quote kepompong 26-5-2023 08:43 PM
adodoiii… kalau setting tak boleh bukak langsung, time kecemasan semua org tak boleh keluar

ni sama lah analogy dgn ada grill kat rumah . pasang grill bila kecemasan mmg mati kering lah dlm tu. Kalau grill yg boleh bukak katup utk emergency , pencuri pulak yg sukahati bukak
Quote ninja boy 26-5-2023 09:51 PM
Sib baik ketika mau mendarat kalau di atas awan camana
Quote mojarean_X 26-5-2023 09:57 PM
ninja boy replied at 26-5-2023 09:51 PM
Sib baik ketika mau mendarat kalau di atas awan camana

Pintu x kan  bole dibuka disebabkan tekanan udara
Quote belilies 26-5-2023 10:00 PM
Video video video. Videonya mana????
Quote sharlenetexas 26-5-2023 10:26 PM
belilies replied at 26-5-2023 10:00 PM
Video video video. Videonya mana????


[ig]https://www.instagram.com/reel/Css682Wt_sV/?igshid=MzRlODBiNWFlZA==[/ig]


Quote Dwdrum 26-5-2023 10:46 PM
Kasihan passenger lain kena rasa seperti buat skydiving tanpa helmet
Quote sharfox 27-5-2023 12:35 PM
Entah2 ni kaki uat content punya kerja...dah on Tik Tok apa lagi? Hah bukak pintu flight la...mana tau kot2 live dia dpt Naga ke, singa ke...
Quote antikorok 27-5-2023 12:54 PM
Mesti sejenis jantan keparat yg cuba nk create panik sebab terhibur tengok gelagat penumpang panik sampai sesak napas bagai kannnnn
Quote sukacactus 27-5-2023 03:11 PM
Dr gua mana datangnya si 'babo' ni?
Quote Decaffeinated 27-5-2023 03:25 PM
mojarean_X replied at 26-5-2023 09:57 PM
Pintu x kan  bole dibuka disebabkan tekanan udara

at 200 m pressure luar dan dalam dah macam naik bas ja kot. Cuma angin ja.
Quote Decaffeinated 27-5-2023 03:27 PM
gold_teeth replied at 26-5-2023 08:39 PM
Stewardess ternganga kelu ke x tahan dia

mungkin ini emergency exit yg kat tepi seat tu. Crew duduk jauh.

p/s: komen tanpa tengok video.


Quote noell 27-5-2023 03:43 PM
Decaffeinated replied at 27-5-2023 03:27 PM
mungkin ini emergency exit yg kat tepi seat tu. Crew duduk jauh.

p/s: komen tanpa tengok video.

neh exit tepi sebelah sayap...kalo bukak bole catwalk atas sayap tp selalu dok baca kalo sapa dpt seat pintu emergency stewerdess akan bagi tunjuk ajar cara bukak kalo ada kecemasan so maybe mamat neh nak buat praktikal kot betapa senangnya nak bukak

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.058862 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top