CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Hampir 10 Orang Beli Racun Sianida Untuk Bunuh Diri

26-5-2023 06:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 135| Komen: 0

Description: Di kala mangsa pembunuhan bersiri berkaitan sianida meningkat, lebih 100 kilang di Thailand disyaki menjual racun tersebut secara haram.Thaiger melaporkan, Timbalan ketua polis Thailand, Surachate Hak ...
Di kala mangsa pembunuhan bersiri berkaitan sianida meningkat, lebih 100 kilang di Thailand disyaki menjual racun tersebut secara haram.

Thaiger melaporkan, Timbalan ketua polis Thailand, Surachate Hakparn bertemu Pengarah Jabatan Kerja Perindustrian, Pornyot Klangkrong bagi membincangkan perkara tersebut semalam.



Surachate mendakwa peruncit menjual sianida kepada Sararat secara haram. - Matichon

Kilang-kilang itu didapati menjual sianida secara haram kepada ramai pelanggan termasuk Sararat ‘Am’ Rangsiwuthaporn dan kira-kira lapan atau sembilan lagi mangsa bunuh diri, lapor laman berita Matichon. 

Penjualan sianida di Thailand hanya dibenarkan dengan lesen atau operasi kilang. Surachate bagaimanapun mendapati operasi jabatan itu ‘cuai’.

Antara kelemahannya adalah peruncit tidak perlu meminta kebenaran daripada jabatan itu selagi pembeli mengaku ingin membelinya atas tujuan yang disebutkan.


“Sebuah kilang telah menempah 1,600 botol sianida secara sah. 100 botol dijual secara haram kepada enam peruncit termasuk yang dijual semula kepada Sararat,” kata Surachate.

Selepas berunding dengan Pornyot, Suratchate percaya pihaknya memiliki bukti yang mencukupi untuk mendakwa kilang tersebut.


SUmber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-6-2023 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.068596 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top