CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Sampai Sekarang Saya Masih Bankrap Dengan Jumlah Yang Sama' - Fizo

26-5-2023 06:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8003| Komen: 95

Description: Sembilan tahun berlalu namun isu diisytihar muflis pada suatu ketika dahulu masih belum menemui titik noktah.Selebriti dan usahawan, Fizo Omar berkata, dia masih memegang status orang bankrap dengan j ...
Sembilan tahun berlalu namun isu diisytihar muflis pada suatu ketika dahulu masih belum menemui titik noktah.

Selebriti dan usahawan, Fizo Omar berkata, dia masih memegang status orang bankrap dengan jumlah yang sama iaitu sebanyak RM8 juta.



IG

“Belum lagi selesai. Sampai sekarang saya masih lagi bankrap dengan jumlah yang sama.

“Dah masuk tahun ke-9 saya diisytiharkan bankrap. Tapi saya sentiasa percaya, apa sahaja semangat yang saya ada sekarang adalah hasil daripada dugaan tersebut

“Sebagai manusia biasa, bila kita ‘tersepit’, kita akan cari jalan bagaimana untuk berjaya,” kongsi Fizo kepada XTRA.

Fizo ditemui ketika sambutan rumah terbuka Jom Raya Setikar bersama iQIYI di sebuah hotel di ibu kota, baru-baru ini.

Biarpun dihimpit dengan masalah tersebut, Fizo akui kehidupannya kini bertambah baik sekali gus membuatkan dirinya keluar dari zon selesa untuk meneruskan kelangsungan hidup.


“Pada saya, status bankrap masih lagi ada, bernilai jutaan ringgit tapi Alhamdulillah, Tuhan datangkan rezeki yang berlainan kepada saya hingga hari ini.

“Kehidupan saya juga bertambah baik, bahagia bersama keluarga dari segi rezeki keluarga, kerjaya, perniagaan, syukur rezeki tidak putus.

“Perkara tersebut buatkan saya keluar daripada zon selesa saya dan berusaha membina perniagaan saya sehingga saya rasa kehidupan kini lebih baik,” ujarnya.

Ditanya adakah masalah tersebut tidak memberi kesan kepada kehidupan, Fizo menganggap kebankrapan adalah hanya sebuah pemikiran sahaja sebaliknya hanya beserah kepada rezeki tuhan.

“Tipulah kalau ia tidak memberi kesan kepada hidup saya, tapi pada saya yang telah lalui perkara ini, ia hanya sekadar sebuah kertas. Dimana ia hanyalah duniawi.

“Kalau kita percaya dengan rezeki Allah, Allah tidak pernah memilih sesiapa yang bankrap ataupun tidak dalam memberi rezeki.



“Bila kita dilanda ujian, ia sebuah cabaran untuk kita berusaha lebih. Bankrapsi pada saya adalah pemikiran sahaja. Bila saya faham mengenai bankrapsi, sebenarnya ia tidak memberi cabaran kepada saya,” tutup Fizo.

Untuk info, Fizo diisytihar bankrap sejak tahun 2014 akibat ditipu ketika menjadi pengarah di sebuah syarikat.


SUmber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 26-5-2023 06:51 PM
kenapa jumlah still sama?
Quote dudaberhias 26-5-2023 06:52 PM
hujung2 dengan bekas bini pun bangkrap di sebabkan ko... tu la sekadar jual air liur... tapi bisnes sendiri pun bangkrap...

ye ye je ketika menjadi pengarah di sebuah syarikat penyebab bangkrap... padahal bisnes2 ko sebelum tu pun semua terkambuih...

hidup hanya reti salahkan orang...

Quote miss_perfect 26-5-2023 07:03 PM
Ingatkan dia dah tulis buku Bangkit Bila Bankrap tu sebab dah tak bankrap sekarang... Kot la dia share cara2 keluar dari kebankrapan. Bukan ke...
Quote sleepandream 26-5-2023 07:05 PM
bankrap2 pun kereta sport heols tak kene lelong pon
Quote timah03 26-5-2023 07:06 PM
Aik... Ingat dah settle... Mcm pernah dgr ex settle kan...
Quote dudaberhias 26-5-2023 07:11 PM
sleepandream replied at 26-5-2023 07:05 PM
bankrap2 pun kereta sport heols tak kene lelong pon

letak nama mak la tu kan... choiii...entah2 dok melambung sampai ke syiling dengan bini pun mesti mak ada kat tengah... lagi lah choiii...

tengah2 malam mak tolong hulur air coway sejuk untuk minum bila haus... lepastu sambung...




Quote akies 26-5-2023 07:17 PM
Laaa status muflis lg ke?
Quote Lagubestbest 26-5-2023 07:21 PM
akies replied at 26-5-2023 07:17 PM
Laaa status muflis lg ke?

untung jd muflis ni. nak buat riba pun tak boleh dah.
Quote menjad 26-5-2023 07:23 PM
Takan 8juta tak luak2 bayarrrr ler sikit2...tgk khm tuhhh hutang berjuta dari 4 juta lebih dah tinggal 2 juta lebihhhh jer. Tuh org yg nak bayar lah. Status camnih xtau lah pulak
Quote anony-mous 26-5-2023 07:27 PM
Aik tp hidup mewah ngalahkn yg keje tetap xde hutang. Muka xmalu betul ni
Quote Binodino 26-5-2023 07:41 PM
Lagubestbest replied at 26-5-2023 07:21 PM
untung jd muflis ni. nak buat riba pun tak boleh dah.

Tapi main forex boleh pulak ye
Quote akuHavocczz 26-5-2023 07:47 PM
Laaaa ingat dah bebas bankrupt. Lifestyle tengok kemain.
Quote Fly_over 26-5-2023 07:47 PM
rupanya masa jual ailio, jual buku tu masih bangkrap la… plot twist btl
Quote jihyomelly 26-5-2023 07:50 PM
apsal x bayar hutang guna duit forex? bukan rajin promote forex ke?
Quote likilu 26-5-2023 07:59 PM
dudaberhias replied at 26-5-2023 07:11 PM
letak nama mak la tu kan... choiii...entah2 dok melambung sampai ke syiling dengan bini pun mesti  ...

Mertua sama taraf ngan ibu sendiri la bak kata pentaksub ps
Quote cokelatrawkz 26-5-2023 08:00 PM
dia bankrut bisa jalan sana sini.. kita yg takde keje, melangut dok umah.
Quote kashaz 26-5-2023 08:00 PM
Orang bankrap ni tak dipantau ke sumber duit masuk dia? Sbb dia still nampak mewahhhhhh je. Tak wajib bayar sikit2 ke?
Quote Rogue98 26-5-2023 08:06 PM
Hmmm patut lah mawar bengang dgn dia.
Fizo kahwin dgn mawar Nov 2013..dia bankrap 2014.. dia dah tau ada problem tu sejak 2011. Tapi dia jadi penjamin utk RM2m jer...camner skrg jadi RM8m pulak. Tapi releks jer dia pi umrah..pi London...pi tgk world cup kat Oman...etc
Quote cheezel 26-5-2023 08:15 PM
Rogue98 replied at 26-5-2023 08:06 PM
Hmmm patut lah mawar bengang dgn dia.
Fizo kahwin dgn mawar Nov 2013..dia bankrap 2014.. dia dah tau ...

Aik bukan ke kalau status bangkrap xleh g luar negara?

Lihat semua komen(95)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.047795 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top