CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Antarabangsa Lihat artikel

Giliran Rumah Tangga Opick Dilanda Badai?

26-5-2023 05:31 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 349| Komen: 0

Description: Bukan di tanah air sahaja, malah rumah tangga selebriti Indonesia turut dilanda badai.Selain penyanyi Virgoun dan pelakon Ari Wibowo, nampaknya nama penyanyi kerohanian, Opick turut naik disebut-sebut ...
Bukan di tanah air sahaja, malah rumah tangga selebriti Indonesia turut dilanda badai.

Selain penyanyi Virgoun dan pelakon Ari Wibowo, nampaknya nama penyanyi kerohanian, Opick turut naik disebut-sebut.



IG

Rumah tangganya dengan Bebi Silvana didakwa bergolak selepas isterinya itu membuat hantaran di media sosial seolah-olah memberi gambaran rumah tangga mereka dilanda badai.

Bebi antaranya memberitahu telah keluar dari rumah bersama anak-anaknya dan dikatakan berada di kediaman keluarganya di Bandung.


IG

Selepas beberapa hari khabar tersebut menimbulkan spekulasi dalam kalangan masyarakat, Opick akhirnya memberi pencerahan.


Opick menjelaskan kepada pihak media, rumah tangganya berada dalam keadaan baik.



“Saya tidak mahu komen kerana kalau cakap, saya dapat rezeki. Anak-anak semua baik,” katanya ringkas seperti dilaporkan Detik.com.

Bercakap mengenai isterinya keluar daripada rumah bersama anak-anak, Opick menjelaskan mereka pulang ke kampung untuk menziarah ibu mertuanya yang tidak sihat.



“Dia pulang kampung, ibunya tidak sihat selepas menjalani pembedahan.

“Tidak ada masalah, jadi saya terkejut kenapa hal ini (rumah tangga bergolak) pula muncul? Ini yang saya tidak faham,” katanya lagi.



Sementara itu Bebi diketahui sudah menghapuskan hantaran yang dibuat sehingga menimbulkan spekulasi rumah tangga dengan Opick sedang bermasalah.

Dia sebaliknya meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan rumah tangga mereka di Insta Story.

"Mohon doa juga supaya kami berdua (saya dan suami) bisa saling introspeksi diri dan terus mencoba memperbaiki keadaan supaya lebih baik. Amiin YRA," tulis Bebi Silvana dalam Instagram Story miliknya.



Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

31-5-2023 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.122698 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top