Pengurusan Awesome TV sebelum ini menuntut permohonan maaf daripada Norlia Ghani berhubung bayaran tertunggak membabitkan siri sitkom lakonannya. "Saya hanya tuntut hak sebagai pelakon kerana masih belum dapat bayaran sebanyak RM14,000 yang sepatutnya dilunaskan dua bulan lalu.
"Saya bekerja bukan untuk seronok atau buat kerja 'free' (percuma) kerana dah tak perlu nak glamor pun," katanya kepada Harian Metro. Menurut Norlia, berikutan tersebar berita itu dia akhirnya dihubungi pihak produksi sitkom terbabit yang memaklumkan bayaran tertunggak itu akan dibuat selewat-lewatnya pada awal Jun ini. "Selepas cerita ini tersiar, saya sudah dimaklumkan oleh pihak produksi berkaitan yang berjanji akan membuat pembayaran pada awal Jun ini," katanya. Tambah Norlia, dia juga sedia memohon maaf jika benar ada menguris hati mana-mana pihak.
Norlia yang sudah lebih lima dekad berkecimpung dalam bidang seni berharap perkara ini akan menjadi iktibar semua pihak. "Artis ni nampak sahaja hidup glamor tetapi kami sebenarnya sama sahaja seperti orang biasa yang bekerja untuk bayar bil, rumah dan sebagainya. "Alhamdulillah, pada usia sekarang, saya bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus berlakon kerana ia sudah menjadi minat dan darah daging sejak dulu," katanya. Terdahulu media melaporkan, pihak pengurusan Awesome TV menasihatkan Norlia dan pelakon Azrel Ismail untuk memohon maaf kerana sudah memburukkan imej stesen terbabit secara tidak adil. Dalam satu kenyataan dikeluarkan stesen TV itu memaklumkan tindakan Norlia dan Azrel menggunakan media massa dan media sosial mempersoalkan mengenai bayaran secara tidak langsung mengheret pihak stesen dalam kemelut itu dan mencalarkan imej serta reputasi mereka. -CARI Sumber: Harian Metro
|
jalfa replied at 26-5-2023 05:21 PM
Sapa belakang tabir trisome ni...nek zaidah awang aritu gaduh dgn boss trisome terus kena lucut jaw ...
sleepandream replied at 26-5-2023 07:17 PM
kalini mmg salah produksi la khen... bukan stesen tv awesome tu...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
28-5-2023 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.089054 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.