CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Budak 13 Tahun Genggam Ijazah Sains Komputer Dan Keselamatan Siber

26-5-2023 04:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 98| Komen: 1

Description: Kolej Komuniti Oklahoma City menyerahkan Ijazah Bersekutu Sains Komputer dan Keselamatan Siber kepada remaja berusia 13 tahun yang muncul sebagai graduan termuda.Berdasarkan agensi di bawah ABC News, ...
Kolej Komuniti Oklahoma City menyerahkan Ijazah Bersekutu Sains Komputer dan Keselamatan Siber kepada remaja berusia 13 tahun yang muncul sebagai graduan termuda.

Berdasarkan agensi di bawah ABC News, KOCO, Elijah Muhammad dilaporkan berkata, dia memiliki beberapa pensijilan termasuk 10 sijil IBM, satu sijil IT Google dan sedang melanjutkan pengajian sarjana muda di Oklahoma State University.



Elijah Muhammad menerima ijazah dari Oklahoma City Community College. FOTO Jay Wiggins.

"Ayah mengendalikan program 'homeschool' yang dikenali Pro One Collegiate Academy dan ia mempercepatkan pembelajaran terhadap perkara yang kita minati.

"Memandangkan saya minat dalam bidang keselamatan siber, ia mempercepatkan proses pembelajaran, sekali gus membolehkan saya masuk ke kolej lebih awal," katanya kepada Good Morning America.

Elijah berkata, dia sering menjadi perhatian pelajar lain dalam kursus di kolejnya.


"Ramai anggap saya dijaga oleh orang dewasa dalam kelas itu.

"Saya terpaksa menjelaskan kepada mereka, yang saya belajar dalam kelas itu hingga membuatkan mereka terkejut.

"Mereka juga tidak sangka, saya kerap bertanya soalan dan berinteraksi dalam kelas," katanya.

Katanya, sepanjang pengajian, dia juga meluangkan masa untuk aktiviti lain termasuk berenang dan bermain bola keranjang, selain menjadi penceramah motivasi untuk memberi dorongan kepada orang lain.


Elijah Muhammad (kiri). FOTO Jay Wiggins

Sementara itu, kakaknya, Shania Muhammad berkata, Elijah individu paling bijak yang dia kenali.

"Elijah mendapat inspirasi daripada saya yang menamatkan pengajian dari Universiti Langston pada usia 15 tahun," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 26-5-2023 04:24 PM

Lihat semua komen(1)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-6-2023 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.078659 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top