Pasangan suami isteri bebas melakukan hubungan kelamin, namun jangan main terjah sahaja! Ada larangan dan hukum yang perlu diketahui ya.
Laman web Mufti Wilayah Persekutuan baru-baru ini menyiarkan soalan daripada seorang individu mengenai hukum 'bermain' dengan kemaluan pasangan.
"Assalamualaikum ustaz. Minta maaf jika bertanya soalan begini sebab memang nak tahu. Apa hukum oral seks? Hukum suami atau isteri menjil*t kemaluan pasangan? Minta maaf lagi sekali atas persoalan ini," ujarnya.
Para ulama Syafieyyah menggariskan bahawa suami diharuskan untuk menikmati secara seksual setiap bahagian tubuh isterinya dengan dua pengecualian.
1. Makruh bagi suami untuk melihat kepada faraj dan bahagian dalamnya lebih dimakruhkan. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Melihat kepada faraj itu mewarisi kebutaan.”
Begitu juga hadis daripada Aisyah R.Anha bahawa dia berkata:
Maksudnya: “Aku tidak pernah langsung melihat alat sulit Rasulullah SAW.”
2. Diharamkan bagi suami untuk menyetubuhi isterinya pada dubur [Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie]. Ini berdalilkan hadis Khuzaimah bin Tsabit RA bahawa Rasulullah SAW:
Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran maka janganlah kalian mendatangi isteri pada dubur mereka.” (Riwayat al-Nasaie)
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Orang yang dilaknat itu adalah seorang yang mendatangi wanitanya pada duburnya.” (Riwayat Ahmad)
Para ulama juga menyatakan bahawa harus hukumnya bagi seorang suami untuk menyentuh dan bermain-main dengan alat sulit isterinya, secara seksual dan makruf, bukan dengan cara yang merosakkan.
Perkara ini disebut oleh Syeikh Zainuddin al-Malibari, murid Imam Ibn Hajar al-Haitami, dalam kitabnya Fath al-Mu`in:
Maksudnya: “Diharuskan bagi seorang suami itu menikmati secara seksual akan tubuh isterinya, selain daripada lubang dubur (liwat), sekalipun dengan menghis*p biji kelent*tnya.”
Berdasarkan kenyataan ini, kami cenderung untuk menyatakan bahawa hukum bermain-main secara seksual dengan menggunakan mulut dan lain-lain adalah diharuskan oleh syarak dengan syarat tidak membawa kepada penyakit dan masalah kesihatan.
Selain itu ia perlu dilakukan secara konsensual atau suka-sama-suka, tidak membawa kepada kerosakan dan dilakukan dengan penuh adab. Begitu juga bagi isteri terhadap suami.
Apatah lagi pada zaman sekarang yang terdedah dengan pelbagai fitnah syahwat seperti penzinaan, pelacuran dan pornografi, sebarang teknik untuk menambahkan lagi kualiti hubungan seksual antara suami dan isteri amatlah wajar dilakukan, selagi mana tidak melibatkan perkara yang haram seperti liwat dan menelan najis.
Walau bagaimanapun, Seksyen 377A Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan bagi kesalahan seorang lelaki yang memasukkan alat sulitnya ke mulut orang lain, sekalipun dengan isterinya.
Sumber: mStar