CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jual Tanah Dan Lembu Untuk Tunai Haji, Atuk 119 Tahun Tak Nak Pakai Kerusi Roda Di Makkah

26-5-2023 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 492| Komen: 9

Description: Demi mengerjakan haji, seorang jemaah sanggup menjual lembu serta tanahnya bagi membiayai kos menunaikan rukun Islam kelima itu.Harun Senar yang berusia 119 tahun berkata, dia baru pertama kali ingin ...
Demi mengerjakan haji, seorang jemaah sanggup menjual lembu serta tanahnya bagi membiayai kos menunaikan rukun Islam kelima itu.

Harun Senar yang berusia 119 tahun berkata, dia baru pertama kali ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci selepas mendaftar pada 2017.



Detik

Katanya, perjalanannya untuk menunaikan rukun Islam kelima itu bukanlah suatu yang mudah.

"Ketika mendaftar, saya terpaksa menjual tanah dan dua ekor lembu," katanya ketika ditemui detikJatim di Asrama Haji Embarkasi Surabaya (AHES), semalam.

Berkongsi rahsia sihat bertenaga, warga emas itu berkata, setiap hari dia fokus beribadah, bertani dan kini hanya menjual ayam sebagai mata pencarian.

"Alhamdulillah, pada umur macam ini saya masih sihat cuma sesekali sakit kerana sudah uzur, paling penting makan makanan sihat dan sayuran.

"Nanti apabila di Makkah, saya ingin berjalan tak mahu menggunakan kerusi roda.


"Saya akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin dengan kudrat yang ada," katanya yang berangkat ke Tanah Suci bersama anak saudaranya, Mudi serta jirannya.

Dia yang menetap di Proppo, Bangkalan hidup sendirian tanpa isteri kerana mereka sudah meninggal dunia.

"Saya sudah lima kali bernikah dan semua isteri sudah meninggal dunia.

"Saya mempunyai enam anak dan 28 cucu manakala adik beradik saya sudah meninggal dunia," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 26-5-2023 03:33 PM
lima kali bernikah semua wife dah meninggal.............umur 119 tahun masih kuat.
Quote alesandra 26-5-2023 03:45 PM
Kalo kt malaysia x lps onyang ni.dahla baru daftar 2017.kalo sini  berjanggut berpuluh  thn tunggu turn
Quote supernaturalee 26-5-2023 03:49 PM
"Saya sudah lima kali bernikah



natasya hudosn tersenyum sinis

Quote prince_marhaen 26-5-2023 04:14 PM
kalau umur panjang sempat balik negara sendiri nanti tak takut ke melarat semua dah jual??
Quote harisbee 26-5-2023 04:22 PM
Org Islam sejati seboleh2 mau melengkapkan rukun Islam..Islam acah2 modern liberal...x mampoo x payah susah2 ..bukan isu mampu x mampu..isunya mcm ada kesah?
Quote s@s@ 26-5-2023 04:26 PM
harisbee replied at 26-5-2023 04:22 PM
Org Islam sejati seboleh2 mau melengkapkan rukun Islam..Islam acah2 modern liberal...x mampoo x paya ...

biar je lah geng liberal x nak pegi, kurang sikit saingan
Quote penmerah 26-5-2023 04:31 PM
Bersih suci muka atok
Moga dipermudahkan Dan mendapat Haji mabrur

Mungkin atok ni beranggapan umur dah hujung2
Biarlah abes harta Di dunia peluang pergi Haji bukan mudah nak dpt

Kang Asek pikir harta dunia je... Mati itu pasti tak bawak reta Dalam kubur

Suka tengok muka bersih Dan happy atok ni
Moga selamat semuanya ye tok
Quote dudaberhias 26-5-2023 04:35 PM
alhamdulilah semoga di permudahkan urusan... dah 119 tahun kira haji tu sangat bermakna untuk dia...

harap2 jangan agen haji puak2 non liberal bidaah pegi tipu heols sudah .. orang tu dah la terpaksa jual harta demi nak pergi haji...
Quote Firenzza 26-5-2023 06:57 PM
Atuk ni mmg jenis xnak tinggal reta pusaka kt anak2 gamaknya.....ada sesetengah org mmg gitu le....dia ckp susah payah cari reta ujong2 umur bagi enjoy guna reta sendiri....anak2 ko punya pasal la, nak kaya nk senang usaha sendiri

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.054319 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top