CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Murid-Murid Darjah Tiga Bergaduh Dalam Kelas- Main Ejek-Mengejek Hina Kawan Miskin

26-5-2023 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 628| Komen: 15

Description: Seorang guru berkongsi kisah anak-anak muridnya yang baru darjah tiga berbalah di dalam kelas.
Seorang guru berkongsi kisah anak-anak muridnya yang baru darjah tiga berbalah di dalam kelas.

Menurut guru itu, kejadian bermula apabila anak muridnya berbalas ejekan.

Gambar Hiasan


"Aku hampir menitiskan air mati tadi dalam kelas. Anak murid saya yang darjah tiga main ejek-ejek dan kemudian keadaan jadi semakin panas.

"Salah seorang daripada mereka terlepas cakap, dia sentuh sesuatu yang personal tentang kawan dia tu. Dia cakap budak tu miskin.

"Terus menangis budak tu," kata guru tersebut yang tidak mendedahkan identitinya.

"Saya panggil budak tu untuk datang cakap personal dengan saya. Dia terus menangis. Dia cakap tak apa cikgu, saya dah biasa kena, saya okay je.

"Saya tak marah murid yang cakap dia miskin tu sebab walaupun keluarga dia lebih berkemampuan, tapi dua-dua salah dalam hal ni, dua-dua saling ejek-mengejek.


"Tapi saya keraskan sikit teguran dekat murid tu sebab ejekan yang dia bagi terlalu personal dan dia sendiri pun rasa bersalah," ujar guru itu.

Guru tersebut seterusnya membiarkan dua anak muridnya itu berdamai sambil diperhatikan olehnya.

"Saya biarkan mereka cakap antara satu sama lain dan sambil-sambil tu saya nasihatkan mereka.

"Tapi saya sebak betul apabila nampak budak tu menangis. Penat jadi guru ni sebenarnya, kita nak mengajar sahaja tapi memang akan terlibat secara emosi dengan anak murid.

"Kita pun emosi jadi tak stabil," kata guru tersebut.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya memahami perasaan anak murid yang diejek sebagai 'miskin' itu.

"Kita ingat kanak-kanak tak faham tapi mereka sebenarnya faham yang kata-kata boleh mengguris hati. Dan mereka sedar sebenarnya apa yang mereka cakap itu adalah salah.

"Tugas kita untuk mendidik mereka. Saya pun pernah berada dalam tempat seorang 'budak miskin', memang sakit hati kalau orang target yang itu.

"Tak dapat disangkal budak-budak sekarang memang mulut puaka. Sangat berseni dalam mematahkan hati.

"Kalau saya jadi cikgu tu, saya terus minta budak-budak tu tukar sekolah," kata sebahagian warga maya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 26-5-2023 01:43 PM
Didikan makAyah la tu kulur kilir flex kasta. Mau xmenurun kt ank².
Sama mcm budak² mulut cabul,dh itu zikir dia rajin dgr kt umah.
Quote azimodin 26-5-2023 02:18 PM
Benda ni bukan benda baru. Masa pergi kelas tambahan dulu aku pakai tshirt buruk, seluar track and selipar buruk. Pastu anak ajk tertinggi pibg bisik2 dengan member dia aku & cakap style aku macam traffict light berjalan. Siap kutuk2 aku busuk. Aku mengaku la aku x pakai deodorant sebab keluarga x mampu. Pakai sabun pon xleh nak cover bau sebab jalan kaki pergi sekolah.
Quote tikusmontok 26-5-2023 02:34 PM
Thunderclouds replied at 26-5-2023 01:43 PM
Didikan makAyah la tu kulur kilir flex kasta. Mau xmenurun kt ank².
Sama mcm budak² mulut cabul,dh ...

Memang dah dari kerejaan pun mengkasta2kan rokyat...bifoti la titwenti la pimati la..sudah serupa hindu ...kasta brahmin kasta paria
Quote pokokmeranti 26-5-2023 02:41 PM
zaman kanak2 dah biasa kena ejek kerana kemiskinan. antaranya digelakkan baju sekolah lama, basikal buruk elok buang, muka xde harapan....tapi yg ejek tu la lepas SPM dah gatal burit nak nikah, belajar separuh jalan x habis, adan uke la dipikirkan.......
Quote zehra2 26-5-2023 02:50 PM
cepatnya budak2 jd dewasa kan.
baru tahun 3..
Quote venom1 26-5-2023 02:53 PM
azimodin replied at 26-5-2023 02:18 PM
Benda ni bukan benda baru. Masa pergi kelas tambahan dulu aku pakai tshirt buruk, seluar track and s ...

traffic light bergerak? fuh tinggi betul imaginasi
Quote noor2 26-5-2023 02:54 PM
Kat Malaysia ke ni...celaka betul mak ayah x didik anak dgn baik...siap ejek org lain miskin....
Quote azimodin 26-5-2023 03:23 PM
venom1 replied at 26-5-2023 02:53 PM
traffic light bergerak? fuh tinggi betul imaginasi

Tudung x matching dengan baju, seluar, selipar & bag. Zaman 2000 kan dak2 pakai converse/vans/roxy gitew. Anak ajk pibg tu pakai juicy couture, kira level ado2 la
Quote zuriey 26-5-2023 03:25 PM
Budak yg dok ejek ank org miskin tu bkn dari keluarga kaya raya pun
Kebanyakan hanya m40 hutang keliling pinggang
Hari2 dok tgk makpak berlagak kaya flex sana flex sini tu yg terikut perangai makpak [em:4:]
Quote sangbara2020 26-5-2023 03:31 PM
betul cabaran jd cikgu ni ank murid RAPAT DGN ANK MURID DRP MAK bapak
sbb ank aku pun gtu..iolls respek la cikgu2 anak2 iolls
Quote Thunderclouds 26-5-2023 04:15 PM
azimodin replied at 26-5-2023 03:23 PM
Tudung x matching dengan baju, seluar, selipar & bag. Zaman 2000 kan dak2 pakai converse/vans/roxy ...

Circa 2000 ni ai baru jejak kaki ke menara gading.
Baju² suma hand me downs aka Preloved.
Nampak sgt bukan saiz iols.
But konpiden matter nyahh..
Ai flip ja tudung bawal
Kessaaahhhh
Quote Thunderclouds 26-5-2023 04:17 PM
tikusmontok replied at 26-5-2023 02:34 PM
Memang dah dari kerejaan pun mengkasta2kan rokyat...bifoti la titwenti la pimati la..sudah serupa  ...

And rakyat pon seemed content dikastakan.
Quote PULANGKAN 26-5-2023 05:24 PM
noor2 replied at 26-5-2023 02:54 PM
Kat Malaysia ke ni...celaka betul mak ayah x didik anak dgn baik...siap ejek org lain miskin....

yup, Malaysia

baru semalam budak tu tweet

alih2 masuk sini, tidak mau dinyatakan pulak namanya
Quote antikorok 26-5-2023 07:36 PM
Budak2 terpaling fefeeling kaya spoiled brat! Kalo kaya pung yang kaya tuh parents ko bukannya ko, dasar menumpang reta mak bapak yg ko tu goyang tulur jahhh, spenda pung mak bapak yg beli ada hati nak kutuk orang lain semekin! Yihhh!
Quote blue_blur 26-5-2023 07:54 PM
tapi darjah 3 dah tau miskin kaya tu apa ek... zaman den dulu, ejek pun sebab gigi rongak la, mata juling la, pendek la, gemok la... lepas tu gado2 guling2 pukul pakai tangan je... datang ustaz semua kena lempang... demn...

Lihat semua komen(15)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

3-6-2023 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.091379 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top