CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Lelaki Ditahan Bantu Siasatan Kes Lelaki Maut Dengan 4 Kesan Tembakan Di Kepala

25-5-2023 09:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 220| Komen: 0

Description: Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang ditemui maut dengan empat kesan tembakan berhampiran Balai Polis Sungai Jarom, di sini, pada 18 Mei lalu.Ketua Polis Daerah Ku ...
Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan kes seorang lelaki yang ditemui maut dengan empat kesan tembakan berhampiran Balai Polis Sungai Jarom, di sini, pada 18 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, kedua-dua lelaki tempatan itu ditahan di sekitar pekan Banting pada jam 6.30 petang pada Selasa lalu .



Gambar hiasan

"Tangkapan dua suspek berusia 19 dan 32 tahun itu dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat.

"Mereka kini dalam tahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan kes bunuh terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih giat mengesan dua lagi individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222," katanya.


Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam pada 18 Mei lalu, mangsa berusia 39 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dengan kesan empat tembakan di kepala.

Pemeriksaan pasukan forensik polis Kontinjen Selangortelah menemui lima kelongsong peluru.

Semakan mendapati mangsa mempunyai 13 rekod lampau atas pelbagai kesalahan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:59 PM GMT+8 , Processed in 0.045616 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top