CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Mengaku Salah 4 Pertuduhan Seks Diperintah Jalani 100 Jam Khidmat Masyarakat

25-5-2023 08:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1042| Komen: 16

Putrajaya: Rayuan seorang remaja lelaki berjaya mengetepikan perintah mahkamah sebelum ini supaya dia dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun atas empat pertuduhan berkaitan seks.

Ini selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk M. Gunalan dan Datuk Lim Chong Fong membenarkan rayuan remaja tersebut namun memerintahkan supaya dia menjalani perintah khidmat masyarakat selama 100 jam.

Lim yang menyampaikan keputusan mahkamah berkata perintah sewajarnya diberikan kepada remaja itu yang kini berusia 18 tahun supaya dia melakukan khidmat masyarakat di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan menambah bahawa ia juga termasuk kaunseling serta pendidikan agama dan moral.


"Kami mengakui perintah yang dikenakan terhadap perayu mungkin tidak sesuai dan ideal untuk semua orang. Kami lebih suka meletakkan kepercayaan kepada perayu bahawa dia telah belajar daripada episod ngerinya dan tidak akan mengulanginya," kata beliau.


Lim berkata perintah Mahkamah Majistret yang bersidang sebagai Mahkamah Bagi Kanak-Kanak untuk menghantar remaja itu ke Sekolah Henry Gurney, yang terletak di bawah bidang kuasa Ketua Pengarah Penjara, berdasarkan laporan percubaan adalah menyalahi undang-undang kerana tiada penjelasan pegawai kebajikan dalam laporan itu menunjukkan remaja tersebut tidak sesuai untuk dipulihkan di sekolah yang diluluskan.

Beliau berkata dalam menjatuhkan hukuman ke atas seseorang, mahkamah mesti mengambil kira keseimbangan yang memenuhi kepentingan awam dan menghalang berlaku semula jenayah serta memulihkan orang itu.

Lim berkata mahkamah yakin remaja itu yang tersalah langkah kini kesal dan malu terhadap apa yang dilakukannya, sambil menambah bahawa bapa remaja itu telah mengakui bahawa anaknya menunjukkan perubahan sikap ke arah yang lebih baik.

Dia berkata remaja itu kini menghabiskan lebih banyak masa di rumah dengan menumpukan pada pelajaran dan kurang menghabiskan masa pada telefon bimbitnya serta menonton rancangan animasi bagi mengelak keinginan melayari laman web pornografi.

Sementara itu, Hadhariah menasihati remaja itu supaya mengambil keputusan mahkamah sebagai pengajaran dan satu amaran supaya dia tidak mengulangi kesalahan itu atau dia tidak akan mendapat peluang kedua.

"Jika kamu melakukan kesalahan itu sekali lagi, tindakan undang-undang akan dikenakan. Jika kesalahan seksual itu di bawah Kanun Keseksaan, maka hukuman di bawah peruntukan itu akan terpakai," kata beliau.

Hadhariah juga berkata adalah menjadi tanggungjawab pegawai kebajikan untuk memutuskan jenis khidmat masyarakat yang akan diberikan kepada remaja itu.

Hakim itu juga mengarahkan pihak pendakwaan supaya menyampaikan perintah mahkamah kepada pegawai kebajikan untuk dikuatkuasakan terhadap remaja itu dan meminta pihak pendakwaan melaporkan semula kepada mahkamah untuk memastikan perintah itu dilaksanakan oleh pegawai.

Budak lelaki itu berumur 15 tahun pada masa melakukan kesalahan itu terhadap rakan-rakannya dan adik perempuannya.

Dia didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, yang bersidang sebagai Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, terhadap atas dua pertuduhan seksual fizikal dan satu lagi pertuduhan persetubuhan luar tabii.

Dia juga didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, bersidang sebagai Mahkamah Bagi Kanak-kanak, atas satu pertuduhan seksual fizikal.

Pada 23 September 2020, Mahkamah Majistret Sepang memerintahkan remaja itu ditempatkan di Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun manakala Mahkamah Majistret Petaling Jaya mengeluarkan perintah yang sama pada 4 Februari 2021 selepas dia mengaku bersalah atas semua pertuduhan.

Rayuannya terhadap perintah itu ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 5 November 2021, menyebabkannya merayu kepada Mahkamah Rayuan.

Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mewakili remaja itu manakala Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee mewakili pendakwaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rezolvex 25-5-2023 10:07 PM
hy
its really helpful thing ever.
Netflix Mod APK
Quote hokeypokey 26-5-2023 06:06 AM
tgk anime ke hentai???
Quote batmana 26-5-2023 06:12 AM
Tk jelas..4 pertuduhan tu cmne..
Dia buat apa kt adik pmpn dia?
Quote Perwira2022 26-5-2023 06:20 AM
Pelapis Angkatan Muda Keadilan ni...... Ciri2 Perdana Menteri PH dah ada tu... Moga maju jaya dik
Quote kepompong 26-5-2023 07:21 AM
100 jam. sikitnye???

Quote supernaturalee 26-5-2023 09:57 AM
batmana replied at 26-5-2023 06:12 AM
Tk jelas..4 pertuduhan tu cmne..
Dia buat apa kt adik pmpn dia?

"Budak lelaki itu berumur 15 tahun pada masa melakukan kesalahan itu terhadap rakan-rakannya dan adik perempuannya.

Dia didakwa di Mahkamah Majistret Sepang, yang bersidang sebagai Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, terhadap atas dua pertuduhan seksual fizikal dan satu lagi pertuduhan persetubuhan luar tabii.

Dia juga didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, bersidang sebagai Mahkamah Bagi Kanak-kanak, atas satu pertuduhan seksual fizikal."






dgn kawan2 dan jgk adik perempuan
which 1 xtvt dgn siapa tu xde detail dlm artikel



Quote KamikuP 26-5-2023 12:11 PM
oo ni yg kes adik kandung dia mengandung tu ekk?
Quote azimodin 26-5-2023 12:12 PM
The heck? X fikir ke pasal trauma yg mungkin dilalaui mangsa?
Quote Sazreena 26-5-2023 12:26 PM
Bunga-bunganya dah nampak...kalau dah ceni jangan la mak bapak nak bela sangat. Selagi dia kat umah, dia tak belajar drpd kesilapan. Dah tu serumah ngan adik pompuan dia...ko ghaser..
Quote otai_g 26-5-2023 12:39 PM
Hukum Mati je la. Hidup pun nant keturunan2 perosak mcm ni membiak nk buat apa? Nak bg tambah rosak msia ni?
Quote syamzana 26-5-2023 01:13 PM
supernaturalee replied at 26-5-2023 09:57 AM
"Budak lelaki itu berumur 15 tahun pada masa melakukan kesalahan itu terhadap rakan-rakannya dan a ...

hamboiiii sakan nooo baru 15thn ramainya jadi lauk ko siap persetubuhan luar tabii tu lagi. kalau buat kat adik, habis adiknya tu tak ke trauma dok serumah??
kalau buat kat kwn2 pun hanatttt sgt peelnya.
ke depa ni suka sama suka???

Quote supernaturalee 26-5-2023 02:44 PM
otai_g replied at 26-5-2023 12:39 PM
Hukum Mati je la. Hidup pun nant keturunan2 perosak mcm ni membiak nk buat apa? Nak bg tambah rosak  ...

marah kt 3 org ni:

"panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk M. Gunalan dan Datuk Lim Chong Fong membenarkan rayuan remaja tersebut namun memerintahkan supaya dia menjalani perintah khidmat masyarakat selama 100 jam"
Quote shamsadis 26-5-2023 02:47 PM
kah kah kah, esok lusa, ada lagi pesalah buat benda sama, sebab tak takut hukumannya setakat buat kerja kebajikan sajaaaa
Quote zehra2 26-5-2023 02:51 PM
tp adik pompuan tu masih tinggal bersama dalam family tu kan..
Quote sukacactus 26-5-2023 02:51 PM
Ermmmm...ringan sgt hukumannya, apoo!
Quote pokokmeranti 26-5-2023 02:55 PM
sepatutnya hantar ke sekolah tahfiz. sini byk budak bermasalah yg mak pak x boleh handle cuba lepas tangan. semoga mendapat mudir yg beramanah.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.039250 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top