CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lompat Ke Atas Karusel Bagasi, Tumbuk, Tendang! Penumpang Bergaduh, Main Tarik-Tarik Rambut Di Lapangan Terbang

25-5-2023 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 284| Komen: 1

Description: CHICAGO, ILLINOIS – Satu video tular menyaksikan memaparkan pergaduhan melibatkan sekurang-kurangnya 12 penumpang di sebuah lapangan terbang di Chicago, Illinois.
CHICAGO, ILLINOIS – Satu video tular menyaksikan memaparkan pergaduhan melibatkan sekurang-kurangnya 12 penumpang di sebuah lapangan terbang di Chicago, Illinois.

Daily Star melaporkan, pergaduhan itu tercetus selepas penumpang turun dari pesawat di Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan) pada 22 Mei lalu.


Berdasarkan klip video tersebut, sekumpulan penumpang dilihat melompat ke atas karusel bagasi dengan ada yang menumbuk dan menendang antara satu sama lain selain ada yang bertumbuk di atas lantai.


Foto: Daily Star

Sebilangan penumpang didengari memanggil anggota keselamatan selain terdapat juga yang cuba meleraikan pergaduhan itu.

Seorang penumpang wanita kemudian dilihat menggunakan fon kepala sebagai senjata sebelum dihempas ke  lantai oleh seorang lelaki yang juga menumbuknya.

Polis Chicago dalam satu kenyataan berkata: “Pertengkaran lisan berlaku ketika penumpang turun dari pesawat di aras bawah Terminal 3 apabila seorang mangsa wanita berusia 24 tahun ditumbuk oleh dua pelaku. Suspek telah ditahan dan didakwa.”  – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 26-5-2023 08:21 AM
acik2 murahan mmg gini

Lihat semua komen(1)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-6-2023 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.064879 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top