CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kru Kabin Dipecat Sebab Ejek Penumpang Tak Pandai 'Speaking'

25-5-2023 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 374| Komen: 0

Description: Kru kabin dipecat Cathay Pacific Airways susulan aduan membabitkan kakitangannya yang didakwa mendiskriminasi penumpang yang tidak bertutur dalam Bahasa Inggeris.Portal BBC melaporkan, tindakan itu di ...
Kru kabin dipecat Cathay Pacific Airways susulan aduan membabitkan kakitangannya yang didakwa mendiskriminasi penumpang yang tidak bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Portal BBC melaporkan, tindakan itu diambil selepas tular klip audio kru kabin terbabit yang seolah-olah mengejek penumpang berkenaan.


Syarikat penerbangan berpangkalan di Hong Kong itu menjalankan siasatan dalaman dan memohon maaf.


Gambar hiasan - Bloomberg

Media kerajaan China mendakwa syarikat penerbangan itu memandang rendah rakyatnya.

Seorang penumpang dalam perjalanan dari Chengdu ke Hong Kong berkata, kru kabin mengejek penumpang yang tersilap meminta carpet (permaidani) dan bukannya blanket (selimut).

"Jika kamu tidak boleh menyebut blanket (selimut) dalam Bahasa Inggeris, kamu tidak boleh memilikinya. Carpet (permaidani) ada di atas lantai," kata seorang pramugari kedengaran ketawa sambil memberitahu rakan sekerjanya dalam klip audio yang tular.


Insiden itu mengundang kecaman pengguna media sosial di China, dengan beberapa pengguna mengancam untuk memboikot Cathay Pacific.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee juga berkata, insiden itu menyinggung perasaan rakan senegara di Hong Kong dan tanah besar China.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat penerbangan itu, Ronald Lam memohon maaf atas insiden itu dan berkata, beliau sendiri akan mengetuai pasukan petugas untuk menjalankan semakan ke atas cara pengendalian syarikat itu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.080284 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top