Makamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mendapati perkahwinan di antara Syamsul Yusof dan isteri pertamanya iaitu Puteri Sarah Liyana tidak dapat untuk diselamatkan lagi. mStar melaporkan, Hakim Syarie, Kamaluddin Ilyas membuat kesimpulan tersebut selepas mendengar dapatan pegawai Jawatankuasa Pendamai (JKP) pasangan itu yang berlangsung sebelum ini.
Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua belah pihak agar menyelesaikan isu lafaz talak sebanyak dua kali yang didakwa dilakukan Syamsul, 39, di luar mahkamah. Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, mahkamah turut memerintahkan pihak-pihak membuat keputusan untuk memfailkan pengesahan penceraian di luar mahkamah untuk dibicarakan. "Mahkamah memaklumkan dapatan pegawai JKP wakil masing-masing, perkahwinan ini tidak boleh diselamatkan. "Sebelum diteruskan dengan langkah seterusnya, ada satu lagi aduan tentang lafaz talak sebanyak dua kali yang dibuat sebelum ini.
"Menurut mahkamah ada dua talak dan satu taklik dan hakim memberi satu tarikh lain bagi membolehkan Puteri Sarah atau Syamsul memfailkan penceraian di luar mahkamah," katanya kepada mStar. Akberdin mengulas mengenai prosiding penceraian pasangan itu yang berlangsung pada petang Khamis. Puteri Sarah dan Syamsul turut hadir pada prosiding itu namun enggan mengulas mengenainya sejurus kes selesai. Dalam pada itu, Akberdin berkata, dia mencadangkan agar Syamsul memfailkan pengesahan lafaz cerai di luar mahkamah itu disebabkan hak talak berada pada tangan seorang suami. Bagaimanapun kata Akberdin, pihak-pihak akan berbincang tentang perkara itu memandangkan hakim menyerahkan keputusan itu kepada pasangan berkenaan. "Jika benar dua talak sudah dijatuhkan sebelum ini, perceraian kali ini adalah kali yang ketiga. "Apa-apa pun mahkamah akan menentukan dan pihak kami akan berbincang untuk proses permohonan pengesahan lafaz cerai berkenaan," jelasnya. Sementara itu, peguam mewakili Syamsul iaitu Azmi Mohd Rais pula mendakwa anak guamnya langsung tidak mengetahui dakwaan lafaz talak berkenaan seperti dinyatakan dalam proses JKP. Pun begitu kata Azmi, pihaknya memandang serius terhadap dakwaan itu dan meminta Puteri Sarah memfailkan permohonan berkenaan pengesahan kerana dakwaan itu dibuat pelakon tersebut. -CARI |
penmerah: So harini tak terus jatuh tala ...
orkid_amani replied at 25-5-2023 06:10 PM
Talk luar mahkamah mmg kena sakan dulu + bayar denda sebab lafaz luar mahkamah..tapi xdapat dipast ...
Suchi replied at 25-5-2023 06:08 PM
Taklik? Ha sapa ritu kata awat tak guna taklik bagai maybe dah terguna lerr
orkid_amani replied at 25-5-2023 06:10 PM
Talk luar mahkamah mmg kena sakan dulu + bayar denda sebab lafaz luar mahkamah..tapi xdapat dipast ...
oklatu85 replied at 25-5-2023 06:13 PM
Cerai taklik ni jatuh kalau Sarah lapor and dtg ke pejabat agama.. adakah Sarah da rujuk ke pejaba ...
Manusiabesa replied at 25-5-2023 06:12 PM
Siapa yg cuba nk selamatkn r,tgga dorg ni.? Xda pun. Tu pesoalannya... ps pun dh lama nk cerai. Sol ...
penmerah replied at 25-5-2023 06:16 PM
Nasib baik 2 talak yg dijatuhkan tapi tak buat pengesahan
Mcm mana kalau 3 talak tapi laki/Bini ta ...
jiwakacau06 replied at 25-5-2023 06:33 PM
kes aman ra dgn ex bini...4kli lafaz
ira_229 replied at 25-5-2023 06:12 PM
setau i lafaz talaq walaupun main2 a.k.a tanpa niat pun dah kira jatuh? betul tak?padan muka kau s ...
timah03 replied at 25-5-2023 06:32 PM
Mcm ex Ahmad dhani kan... Terus dpt yg kaya gila...
namieamuro replied at 25-5-2023 10:36 AM
tingat i kes vanida imran dgn shidee belakon chite apetah sampai jd isu jugak mase tu sbb dialog d ...
ira_229 replied at 25-5-2023 06:12 PM
setau i lafaz talaq walaupun main2 a.k.a tanpa niat pun dah kira jatuh? betul tak?padan muka kau s ...
telracs replied at 25-5-2023 06:42 PM
Ingat juga kes ni, tapi masa tu macam pelik, sebab dalam movie tu shide dan vee tidak berlakon seb ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
10-6-2023 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.096309 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.