Seorang wanita berkongsi cerita mengenai bagaimana kanak-kanak tidak dikenali boleh menjadi agresif sehingga hampir mencederakan anaknya. Kejadian itu menyaksikan muka anak wanita tersebut dipijak ketika dia berada dalam keadaan terlentang di kolam renang sehingga menyebabkan dia hampir lemas.
"Aku cuba bersabar, tapi aku rasa penting untuk peringatan kepada semua ibu bapa, kalau nak bawa anak keluar jalan-jalan, jangan jadikan anak orang lain sebagai mangsa. "Kau boleh eh lepaskan macam tu je anak kau bersuka ria di tempat awam, sambil kau layan telefon pintar dan tak peduli apa anak kau buat," kata wanita itu di luahan Facebook. Difahamkan ketika kejadian, wanita yang merupakan pengamal media bertugas di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), justeru anak-anak ditinggalkan bersama suaminya. "Kejadian berlaku pada sebelah petang di Taman Tasik Titiwangsa. Suami yang menjaga ketiga-tiga anak aku bawa mereka pergi main air dekat sana.
"Tanpa sengaja, waktu suami tengah rakam video dan ambil gambar untuk kenangan, ada seorang budak perempuan yang lebih kecil daripada anak aku sengaja pijak muka anak aku dalam air. "Suami aku terus tarik tangan budak tu dan marah sebab buat macam tu. Bila cari ibu bapa dia, suami aku kata hanya nampak bapa dia tengah leka main telefon pintar, mak budak tu tak ada. "Si bapa budak tu biarkan anak dia main air dekat kawasan yang sama dengan anak aku main juga," cerita wanita itu mengenai kronologi kejadian. Lebih menyakitkan hati wanita itu apabila anaknya sendiri mengadu tentang kejadian terbabit kepadanya sehingga menyebabkan naluri keibuannya tercabar. "Bila aku balik kerja, anak aku pun mengadu, ada orang pijak dia sampai dia tak boleh bernafas. "Aku bila dengar mula angin satu badan, aku terus tanya suami bertalu-talu dengan soalan itu ini. Suami aku cuba tenangkan keadaan. "Dia kata budak tu masih kecil dan jangan besarkan isu. Ya, of course aku tak akan besarkan isu. Tapi tolonglah, kecil tak bermakna kau boleh buat apa yang kau suka dekat budak lain. "Sebab itu melibatkan adab dan sikap. Dan adab ni perlu diajar daripada ibu bapa yang seharusnya memantau setiap pergerakan anak apabila di tempat awam. Bukannya pergi main telefon pintar," katanya. Wanita itu bagaimanapun bersyukur tidak ada apa yang buruk berlaku namun tetap mempersoalkan jika terjadi situasi sebaliknya. "Entahlah, bila tengok gambar anak aku kena pijak, aku akan terus sakit hati dengan apa yang budak tu buat dekat anak aku. "Kalau anak aku mati sebab anak kau pijak muka anak aku dalam air, kau nak jawab apa? "Jadi, tolonglah ibu bapa. Peka dengan setiap tingkah laku anak-anak kita. Kesiannya la dekat anak aku seorang ni," ujar wanita itu mengakhiri bicara. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya berasa berang dengan apa yang dilihat dan mengharapkan kejadian serupa tidak menimpa anak-anak mereka. "Ni kalau kena dekat anak atau cucu aku, aku lempang terus. Kalau dekat tempat awam, wajib pantau anak-anak sendiri, jangan sampai jadi pembuli. Mendidih darah tengok. "Tiada istilah mereka masih budak-budak lagi. Kalau kau cakap macam tu dekat aku, aku akan tumbuk terus muka kau. Ke penjara pun aku sanggup. "Ibu bapa tolong ajar adab dari kecil, jangan biar anak naik lemak. Jangan sampai aku yang masuk ajarkan. "Anak ganas macam ni maksudnya dia biasa buat, mak ayah tak halang pun. Memang patut bagi terus kalau budak-budak macam ni," demikian komen sebahagian warga maya. -CARI Sumber: mStar
|
elzy replied at 25-5-2023 12:00 PM
Parents kena ajar anak macam mana nak protect diri dari dibuli..
Bukan cari gaduh sebaliknya keluar ...
ilacantik replied at 25-5-2023 02:53 PM
Meols masih ingat dengan jelas, masa 1st day anak meols masuk nursery. Benda yg meols ajar, kalau ad ...
wirazam replied at 25-5-2023 03:24 PM
Kang budak tu bangun melawan..siap pakej toreh dan bakar...lain pulak jadinya nanti...
News kat me ...
ilacantik replied at 25-5-2023 02:53 PM
Meols masih ingat dengan jelas, masa 1st day anak meols masuk nursery. Benda yg meols ajar, kalau ad ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
2-12-2023 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.032370 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.