Tanah Merah: Seorang gadis mahu keluar bekerja untuk membantu keluarganya yang serba daif, namun dia sendiri terpaksa diuruskan ibunya akibat masalah obesiti dengan berat badan hampir 200 kilogram (kg).
Lebih malang, Raihan Farhana Abdullah, 21, mengalami sakit kaki menyebabkan dia tidak mampu berjalan dan terpaksa berkurung di dalam bilik sahaja. Segala pergerakan anak kedua daripada tiga beradik itu terpaksa diuruskan oleh ibunya, Siti Rokiah Daud, 50, yang juga seorang ibu tunggal. "Saya hanya boleh bangun sendiri untuk ke tandas dengan menggunakan tongkat, manakala selebihnya, semua perlu dibantu ibu termasuk menyediakan makan dan minum. "Sebenarnya sejak daripada kecil saya berhadapan dengan masalah yang sama, tetapi masih boleh melalui kehidupan seperti orang lain. Namun sejak kebelakangan ini kaki saya berasa sakit sehingga menyukarkan saya untuk berdiri atau berjalan.
"Bukan saya tidak mahu mendapatkan rawatan, tetapi fizikal saya menyukarkan ibu untuk membawa saya ke klinik, selain turut berhadapan dengan masalah kewangan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chawas, Pondok Hidayah 2 di sini, semalam. Kehidupan serba daif yang dihadapi keluarga Raihan mendapat perhatian wakil Thirdforce di bawah Yayasan Raja Shamri (YRS), Tuan Zaimah Raja Omar yang turut berkunjung bagi menyampaikan sumbangan kewangan dan barangan keperluan asas selain memberi kata-kata semangat buat keluarga berkenaan. Raihan berkata, ibunya yang berkerja sebagai tukang urut tradisional menerima upah sekitar RM500 sebulan bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga selain turut dibantu adik perempuan yang juga bekerja di Bandar Tanah Merah. "Kehidupan kami ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada masanya saya kecewa dengan diri sendiri kerana tidak dapat 'bebas' bekerja membantu ibu pada usia muda begini. "Bagaimanapun, saya reda dengan ujian ini dan tidak akan berputus asa untuk kembali sihat. Sejujurnya, saya mahu berjumpa dengan pakar untuk membantu masalah ini namun saya sendiri tidak tahu mahu mula dari mana. "Saya mahu sekurang-kurangnya untuk kembali bangun seterusnya mencari rezeki bagi membantu ibu selain terus mengamalkan hidup yang sihat agar tidak lagi dibelenggu dengan masalah kesihatan," katanya. Menurut Raihan, dia banyak menghabiskan masa terluang dengan bermain TikTok dan tidak menyangka mendapat pengikut dan 'view' yang agak tinggi. Jelasnya, dia ada membuat beberapa 'review produk' berbayar, namun hasilnya tidaklah banyak, selain ada masanya langsung tidak menerima sebarang tawaran. -CARI Sumber: Harian Metro
|
dua_chzy replied at 25-5-2023 09:52 AM
Kalau besar gini ada campurtangan hormon kot.
hareeeesah replied at 25-5-2023 10:09 AM
Alip syukri standby pi melawat ke? Apa jd kes bdk obese dulu dia train tu?
hareeeesah replied at 25-5-2023 10:09 AM
Alip syukri standby pi melawat ke? Apa jd kes bdk obese dulu dia train tu?
ADVERTISEMENT