CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah 20 Tahun Jual Nasi Lemak Dan Mi Goreng RM1, Makcik Bariah Hidup Susah Tapi Nak Bantu Orang Susah

24-5-2023 09:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1054| Komen: 23

Description: SEPANG – Seorang wanita warga emas menjual nasi lemak dan mi goreng RM1 bagi membantu golongan susah sepertinya/
SEPANG – Seorang wanita warga emas menjual nasi lemak dan mi goreng RM1 bagi membantu golongan susah sepertinya/

Bariah Sulaiman, 64, dari Taman Jenderam Murni berkata, dia menyediakan 15 bungkus nasi lemak lauk ikan bilis dan 12 bungkus mi goreng kerang setiap hari  sejak 20 tahun lalu.


Selain dapat menampung kehidupan, Bariah juga berniaga untuk berinfak kepada mereka yang memerlukan.


Foto: Kosmo 

“Saya mahu membantu orang ramai, biarpun nasi lemak dan mi goreng ini sedikit, namun saya masih mendapat untung sekurang-kurangnya cukup untuk belanja harian.

“Alhamdulillah, setakat ini saya belum rugi, biarpun kadang-kadang hasil jualan tidak habis jadi saya sedekah kepada orang susah di sekitar kawasan ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Selain nasi lemak dan mi goreng berharga RM1, Bariah yang berniaga di rumah turut menjual minuman seperti kopi dan teh pada harga sama kecuali gelas bersaiz besar iaitu RM2.


Ditanya mengenai keuntungan, Bariah berkata, walaupun kos bahan mentah meningkat namun dia memperoleh RM37 sehari dan bersyukur dengan jumlah tersebut.

“Saya akan mengekalkan harga itu. Dalam berniaga jangan mengalah, kalau mengalah kita tidak akan berjaya,” katanya yang memulakan perniagaan pukul 7 hingga 11 pagi. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote vanillaninja 24-5-2023 09:40 AM
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan acik Bariah.
Quote supernaturalee 24-5-2023 09:48 AM
Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan acik Bariah.
Quote ctaz 24-5-2023 10:05 AM
Sedekah ketika sempit sebaik-baik perbuatan.....
Quote tikusmontok 24-5-2023 10:45 AM
Untung 37 sehari? Semoga murah rezeki makcik ni. Amiinn
Quote asha 24-5-2023 10:51 AM
Bariah Sulaiman, 64, dari Taman Jenderam Murni berkata, dia menyediakan 15 bungkus nasi lemak lauk ikan bilis dan 12 bungkus mi goreng kerang setiap hari  sejak 20 tahun lalu.

X faham,buat 15bngkus nasi lemak dgn 12bngkus mi grg je stiap hari?? x smpai 30bngkus sehari. btul ke bnyk tu?
Quote iammummy 24-5-2023 11:09 AM
semoga murah rezeki mak cik bariah..
Quote kitaserupaaa 24-5-2023 11:25 AM
Tempat aku masih ade gerai yg jual nasi lemak bungkus daun pisang rm1. Portion nasi banyak juga  utk harga rm1 & sedap. Tak kedekut sambal. Nasi lemak telur mata / ayam (kecik) / kerang baru rm2. Mmg laku
Quote Denco 24-5-2023 11:30 AM
Besarnya pahala makcik, x semua org boleh buat ape yg mcm makcik ni buat.. moga Allah murahkn rezeki dan berkati umur makcik..
Quote harkktuih 24-5-2023 11:43 AM
x rasa dia jual byk tu je..xkan makcik ni masak ciput hari2?
Quote namr 24-5-2023 12:07 PM
nasi lemak yg aku suka dkt rumah pun dah naik harga..kalo sedap iols tak kisah pun naik harga
Quote ina_na 24-5-2023 12:42 PM
Kat rumah aku pun Naik dah harga nasi lemak tanpa telur rm2.. Beli gak kadang2 sbb telur leh goreng kat rumah..suka dia nye rs mcm zmn dl2.. dgn sambal dia pedas nak mati..kebanyakan org jual nasi lemak skrg ni ade rs halia..tekak aku x berkenan sgt
Quote wirazam 24-5-2023 01:00 PM
asha replied at 24-5-2023 10:51 AM
Bariah Sulaiman, 64, dari Taman Jenderam Murni berkata, dia menyediakan 15 bungkus nasi lemak lauk i ...

Taman dia tak ramai org kot..or kbykan lebih suka masak sendiri..
Btw good job acik..acik pun nampak muda belia..
Mohon acik masuk jual kat sekolah sekolah rendah...tgk portion nasi lemak tu pun besar
Quote otai_g 24-5-2023 01:04 PM
Kdg2 org yg x susah yg suka beli brg2 murah ni. Org susah suka pakai brg mahal2. Tgk lah flat pprt rmi org yg pki Honda city, Toyota vios. Grup kereta Ativa pun based on org yg post dlm tu semua mindset pprt.
Quote johan-adx 24-5-2023 01:22 PM
peniaga mcmni slalu masakan dia ikhlas. yg jual singgit tepi jln bungkus berbakul tu ikan bilis dia tak serupa ikan..kdg byk kepala dgn habuk2 ikan saja je
Quote BoongaKertas 24-5-2023 01:30 PM
Allahu, malu plak baca news mcm ni. diri sendiri kdg2 berkira nak sedekah.
Quote shamsadis 24-5-2023 01:33 PM
bagusnya bersedekah, nak buat banyak, tak larat, seadanya
Quote apam 24-5-2023 01:41 PM
kitaserupaaa replied at 24-5-2023 11:25 AM
Tempat aku masih ade gerai yg jual nasi lemak bungkus daun pisang rm1. Portion nasi banyak juga  utk ...

Kat area mana tu?
Quote tokchik 24-5-2023 02:12 PM
asha replied at 24-5-2023 10:51 AM
Bariah Sulaiman, 64, dari Taman Jenderam Murni berkata, dia menyediakan 15 bungkus nasi lemak lauk i ...

rasanya yg dijual dgn harga seringgit tu nasi lemak sebanyk 15 bungkus dan mee goreng 12 bungkus
ada jual minuman dan mungkin ada makanan lain?

Quote dani-rox 24-5-2023 07:00 PM
Mulianya hati acik Bariah. Semoga dimurahkan rezeki utk acik sekeluarga.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.116517 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top