CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Budak Cari Siput Mati Dibaham Buaya

23-5-2023 06:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 409| Komen: 5

Description: Tragedi malang menimpa kanak-kanak berusia 12 tahun ketika mencari siput dalam kejadian di perairan Pulau Sumangut Payau, Sandakan.Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi pada Selasa, mangsa dikatakan dis ...
Tragedi malang menimpa kanak-kanak berusia 12 tahun ketika mencari siput dalam kejadian di perairan Pulau Sumangut Payau, Sandakan.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi pada Selasa, mangsa dikatakan disambar buaya ketika berenang menghampiri perahunya.



Mayat mangsa ditemukan maut selepas dilaporkan telah disambar buaya dalam kejadian di perairan Pulau Sumangut Payau, Sandakan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Severinus Sainkui berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.25 pagi.

Katanya, empat anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 24 kilometer dengan menaiki sebuah pacuan empat roda dan bot untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Berdasarkan maklumat, saksi menyatakan mangsa sebelum itu mencari siput di kawasan berkenaan dan selepas selesai, mangsa mahu kembali semula ke perahunya.


"Ketika berenang menghampiri perahu, tiba-tiba mangsa disambar buaya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Katanya lagi, mangsa kemudian dimaklumkan telah ditemukan pada jam 10.38 pagi oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

"Mangsa ditemukan kira-kira satu batu nautika dari lokasi kejadian dan dilaporkan telah meninggal dunia.

"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 12.40 tengah hari," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 23-5-2023 06:24 PM
219_copy_1024x1024.png
Quote dua_chzy 23-5-2023 06:58 PM
Aik, buaya Sandakan pun dah reti makan orang?
Quote azurro 23-5-2023 08:26 PM
Nampak mcm laut tu, buaya laut masin ke
Laut pun dah tak selamat selain jerung.
Quote KamikuP 24-5-2023 09:17 AM
Laut pun dah byk buaya dah
Quote supernaturalee 24-5-2023 09:54 AM
KamikuP replied at 24-5-2023 09:17 AM
Laut pun dah byk buaya dah

darat lagi banyak
tiberrrr



Lihat semua komen(5)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

7-6-2023 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.070735 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top