Pemberian tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin dianggap tidak sah dan tidak mempunyai nilai. Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman menyatakan cara ini bertentangan dengan hukum syarak kerana mas kahwin adalah sesuatu yang bernilai dan berharga.
"Kalau di Pahang RM22.50 yang nilainya sama dengan seekor lembu. "Ia merupakan satu pemberian suami kepada isteri. Jika gagal penuhi mas kahwin, wajib bayar semula hutang itu. "Tiket itu mana nilainya, daripada segi syarak bercanggah. Memang individu itu memberi mas kahwin 21 gram emas, seperangkat alat solat tetapi itu sahaja yang diterima, tetapi tidak termasuk tiket Coldplay," katanya kepada Sinar Harian. Bagaimanapun, Abdul Rahman menjelaskan bahawa meskipun tiket tersebut tidak diiktiraf sebagai mas kahwin, perkahwinan tetap sah. Tambahnya, jika tiket Coldplay dijadikan sebagai mas kahwin secara tunggal, ia tidak sah kerana dianggap tidak mempunyai nilai.
Pada Isnin, pasangan pengantin di Indonesia menjadi tular selepas menggunakan tiket konsert Coldplay sebagai mas kahwin mereka. - CARI |
she replied at 23-5-2023 10:30 PM
Junior macik kat uni dulu
Nikah paksa di Pahang (Cameron)
Mas kawen cincin suasa tikam tu je
Orix replied at 23-5-2023 10:33 PM
iols pernah dgar ada yg nikah mas kahwinnya hutang. gimana tuh? nilai ke tak bernilai hutang tu
"Kalau di Pahang RM22.50 yang nilainya sama dengan seekor lembu."
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-3-2024 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.055074 second(s), 40 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.