CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dirakam CCTV Curi Tudung Dan Singlet, Nak Santau Ke Tu?

23-5-2023 05:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 232| Komen: 0

Description: Tular satu video seorang pemuda 20-an terakam kamera pengawasan (CCTV) sedang mencuri pakaian dari ampaian di sebuah unit kediaman jenis flat.Gelagat mencurigakan pemuda tersebut berjaya dirakam oleh ...
Tular satu video seorang pemuda 20-an terakam kamera pengawasan (CCTV) sedang mencuri pakaian dari ampaian di sebuah unit kediaman jenis flat.

Gelagat mencurigakan pemuda tersebut berjaya dirakam oleh CCTV yang dipasang berhampiran unit berkenaan.


"Pencuri! Ada siapa-siapa kenal ke? Pakai bag hijau, mungkin rider. Dia tak perasan ada kamera tu," demikian kapsyen yang ditulis seorang individu yang memuat naik video di sebuah grup Facebook.


FB

Menerusi perkongsian video tersebut, pemuda berkenaan dilihat mengenakan jaket dan beg sandang, selain turut memegang bag tote berwarna hijau.

Dalam video pertama berdurasi 44 saat yang dimuat naik di laman tersebut, pemuda berkenaan menoleh keadaan sekeliling untuk memastikan line clear sebelum dia menyelak serta memilih pakaian yang digantung.

Dia kemudian mengambil sehelai pakaian seperti singlet berwarna putih dan memasukkan ke dalam beg sandang.



FB

Dalam video kedua berdurasi 10 saat, dia dilihat menarik sehelai lagi pakaian berwarna hitam dan memasukkan ke dalam beg sandang yang sama sebelum berlalu.

Wajah pemuda tersebut juga jelas kelihatan dalam rakaman kamera berkenaan.

Menurut individu yang berkongsi video berkenaan, kejadian didakwa berlaku di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Setia Indah, Johor Bahru, Johor.

Difahamkan, kejadian berlaku pada 19 Mei lalu berdasarkan paparan pada skrin kamera tersebut.

Dalam ruangan komen, individu yang memuat naik hantaran itu berkata, kejadian berkenaan sudah dilaporkan kepada pihak polis.

"Report polis dah dibuat, tuan. Yang dicuri singlet dan tudung. Entah apa nak dibuat tak tahulah. Harap bukan untuk ilmu hitam ke apa.

"Memang bagus buat report tuan. Kita tapis orang-orang kurang siuman macam ni untuk tidak terlepas ke masyarakat setempat," demikian tulis individu berkenaan ketika menjawab pertanyaan warga maya.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-ratanya mengecam perbuatan pemuda berkenaan yang hanya memalukan dan mencemarkan imej pekerja servis penghantaran.

Namun dalam pada itu ada juga warga maya berpandangan supaya orang ramai tidak mudah 'menjatuhkan hukum' atau menghina rider hanya kerana melihat beg tote yang dipegang pemuda berkenaan.


Add Image Caption Here


Selain itu, rata-ratanya turut menasihatkan agar penghuni atau pemilik kediaman agar tidak sewenang-wenangnya menjemur pakaian di kawasan terbuka untuk mengelakkan kejadian seumpamanya berlaku.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.039211 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top