CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pengarah Ajak Tidur Sama Sebab Nak Tengok Muka Klimaks Jane Fonda

22-5-2023 03:04 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 521| Komen: 0

Description: Jane Fonda mendedahkan pernah diajak pengarah tersohor iaitu mendiang Rene Clement untuk berasmara ketika terlibat dalam filem arahannya.Aktres veteran Hollywood berusia 85 tahun itu berkata, pengarah ...
Jane Fonda mendedahkan pernah diajak pengarah tersohor iaitu mendiang Rene Clement untuk berasmara ketika terlibat dalam filem arahannya.

Aktres veteran Hollywood berusia 85 tahun itu berkata, pengarah berkenaan cuba memperdaya dia sebelum melakukan babak intim dalam filem diarahkan Rene.



DW

Bercerita tentang perkara tersebut, Fonda menjelaskan tujuan Rene berbuat demikian kerana ingin melihat cara dia klimaks ketika melakukan hubungan seks dalam babak berkenaan.

"Dia mahu saya tidur bersamanya kerana karakter yang saya lakonkan ada babak klimaks ketika melakukan hubungan seks.

"Jadi dia mahu lihat bagaimana reaksi saya ketika klimaks," katanya.

Fonda mendedahkan perkara itu ketika ditemu bual pengacara Andy Cohen bagi mempromosikan filem terbaharu lakonannya, Book Club: The Next Chapter.

Meskipun tidak menyebut tahun dan filem berkenaan, namun umum mengetahui Fonda berlakon dibawah arahan Rene dalam karya berjudul The Love Cage sekitar 1964.


Tambah Fonda dia bagaimanapun menolak pelawaan itu dan menganggap seperti tidak faham akan permintaan pengarah asal Perancis itu.

“Dia bercakap dalam bahasa Perancis dan saya berpura-pura tidak faham,” ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.241044 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top