CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Sebak Dan Kesian Tengok Puteri Sarah Ucap Selamat Hari Ibu Kepada Diri Sendiri

15-5-2023 04:47 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 2086| Komen: 23|Original author: Saiful

Description: Puteri Sarah Liyana memuat naik ucapan sempena sambutan Hari Ibu pada Ahad.
Puteri Sarah Liyana memuat naik ucapan sempena sambutan Hari Ibu pada Ahad.

Dalam perkongsian tersebut, Sarah dilihat memuat naik sepotong video menunjukkan momen suka dan dukanya bersama dua orang anaknya ketika mengerjakan ibadah umrah.


Foto: IG

“Selamat Hari Ibu kepada ibu yang telah membesarkan anak-anak anda seorang diri seperti seorang hero. Terima Kasih.

“Terima kasih kerana menjadikan saya seorang yang lebih baik. Terima kasih kerana memberi saya tujuan yang lebih besar dan lebih baik dalam hidup @syaikhulsumayyah,” tulisnya sebagai kapsyen.



Di ruangan komen, rata-rata  netizen sebak melihat Puteri Sarah mengucapkan ucapan untuk diri sendiri.

Mereka juga sebak apabila melihat perngorbanan Sarah dalam membesarkan anak-anaknya tanpa kehadiran suami di sisi.

Ramai yang memuji Sarah adalah contoh wanita kuat yang tidak pernah mengaku kalah dan berputus asa walaupun terpalit dengan kontroversi melibatkan rumah tangganya bersama suami yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof.



“Sarah ibu yang hebat. Moga segala pengorbanan sis dibalas dengan syurga yang indah dari Allah.

“Jadilah ibu yang hebat untuk Syaikhul dan Sumayyah. Bukan senang nak besarkan anak tanpa suami, sangat respect dengan Sarah.

“Happy Mother’s Day Superwoman! Moga sentiasa menjadi wanita yang selalu dikagumi.


“Sedihlah… satu video yang penuh bermakna. Sarah ibu yang kuat!

“Ternangis pula tengok video ni. You are very strong woman Sarah. Stay fokus dan jangan mudah mengaku kalah,” komen netizen. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 15-5-2023 04:52 PM
Eh laki aku pun tak wish jgk…. Kesian kt aku jgk lah kan.
Quote Orenn1 15-5-2023 05:17 PM
Ala2 rita royani jugak dia ni pun, ibu terpalinggggg lol kohkohkohhh
Quote stingergrumpy 15-5-2023 05:19 PM
Orenn1 replied at 15-5-2023 05:17 PM
Ala2 rita royani jugak dia ni pun, ibu terpalinggggg lol kohkohkohhh

Mak sendirik macam dah mati pulak yg kena ucap utk diri sendiri kheunz?

Demi content.....
Quote stingergrumpy 15-5-2023 05:20 PM
Nana_Man replied at 15-5-2023 04:52 PM
Eh laki aku pun tak wish jgk…. Kesian kt aku jgk lah kan.

Bila nak mintak cerai?
Quote dudaberhias 15-5-2023 05:23 PM
semua nak sebak bagai...
padahal aku baca dari tadi poker face je...

lagi sebak baca komen yang tak habis2 sebak, sedih, nak nangis... macam ps ni lah ibu tunggal terpaling susah sedangkan kat luar sana ada ibu tunggal yang bawak satu motor angkut 3-4 anak sekali pergi tempat kerja... membahayakan penumpang dan dirinya, tapi terpaksa di teruskan demi kelangsungan hidup...

yang ini apa yang ko nak sebak kan atau sedih kan, sheols ada rumah, ada beg mahal... anak2 semua dapat nafkah...

cuma laki dia je gigih berhimpit kat rumah dukun dan sanggup jadi hamba abdi kepada dukun... murah hati jadi tukang cuci pinggan, lipat kain baju dalam bakul tak berlipat...

meskipun malam2 kena rendam gigi palsu dalam air garam sebelum melambung sampai ke bumbung, takut tertelan katanya...

Quote Orenn1 15-5-2023 05:26 PM
stingergrumpy replied at 15-5-2023 09:19 AM
Mak sendirik macam dah mati pulak yg kena ucap utk diri sendiri kheunz?

Demi content.....

Itulahhhh, demi kekall relevannn, tunggang anak tunggang kisah rmhtangga, apa saja selagii bolehh
Quote stingergrumpy 15-5-2023 05:31 PM
Orenn1 replied at 15-5-2023 05:26 PM
Itulahhhh, demi kekall relevannn, tunggang anak tunggang kisah rmhtangga, apa saja selagii bolehh
...

Ko ajak dia masuk porum oyen.....aku ghaser kalo dia masuk dapat jumpa aku kt sini confirm dia insap....

Apo punyer manusia pun aku tak pamham......
Quote LadyCarefree 15-5-2023 05:34 PM
Hok aloh. Padahal Sol xpernah abaikan apa2 pasal anak kalau bab duit kan? Claim macam dia SORANG je yg kisah psl anak2 tu.
Quote alesandra 15-5-2023 05:57 PM
Pegi umrah  ntah bape kali tu dia terkontang kanting ke jaga2 anak2 kat sana?malulah kt single mom yg lagi susah  dugaan dan lagi besar pengorbanan.
Quote likilu 15-5-2023 06:33 PM
Japgi adalah mak mertua seseorang kata menantu tak kenang jasa dia bersengkang mata jaga cucu cucu selama ni hehe
Quote Manusiabesa 15-5-2023 09:03 PM
Xpyh nk stuck lg dgn kisah ps ni la wahai netizen. Dia ni bakal jd jutawan.dia akn menang kes beratus ribu or juta. Esok2 dia dpt cash tu sekupang pun dia xmai bagi pda hangpa. Cukup la doa bg allh bg dia kemudahan urusan dan jumpa jdoh baru. Usah la minda kita pun stuck dlm event hidup dia.
Quote faraway1 15-5-2023 09:11 PM
Cam my bagitau my daughter, hari ibu adalah hari dia dan mak dia ni..

Bapak dia boleh wish pergi kubur mendiang mak dia.

Itu hari ibu, papa tak related walaupun papa nanti kena bayar semua hahha
Quote Incanto 15-5-2023 09:14 PM
ramai lagi ibu kat luar sana yg aku nak sebakkan , nak kesiankan.

ada yg  tak perasan pun semalam Mothers Day sbb sibuk cari rezeki....takde masa nak wish diri sendiri
Quote rosedemon 16-5-2023 08:44 AM
diamla sarah semakkk
Quote jiwakacau06 16-5-2023 08:51 AM
Manusiabesa replied at 15-5-2023 09:03 PM
Xpyh nk stuck lg dgn kisah ps ni la wahai netizen. Dia ni bakal jd jutawan.dia akn menang kes beratu ...

btl tu...dia post dkt wall dia...mcm acik2 fb & cari dk post #motherday dkt ig buh gmbr ank beranak ...mmg dia berduit & lbih dr mampu dr ibu tunggal yg lain...tp dia bukan patung...ada emosi naik turun ..ada memory phit manis dgn ank2...
mentang2 la dia byk bunyi psl kes cerai dia... semua bnda dia post nk jd isu....
Quote totokreturn. 16-5-2023 08:59 AM
alesandra replied at 15-5-2023 05:57 PM
Pegi umrah  ntah bape kali tu dia terkontang kanting ke jaga2 anak2 kat sana?malulah kt single mom y ...

kalau waktu dia pi shoting bagai semua tu, anak2 dia sapa yg jaga?
Quote Manusiabesa 16-5-2023 09:19 AM
jiwakacau06 replied at 16-5-2023 08:51 AM
btl tu...dia post dkt wall dia...mcm acik2 fb & cari dk post #motherday dkt ig buh gmbr ank berana ...

Netizen xda keja..byk masa sgt asyik nk membelek kisah ps je.. sbrnya kes dia dh sgt complicated sbb dia stuck dgn jantan ego. Klw kita nk follow kisah court dia, smpai 2026 pun belum tntu abis. Let her do it privately.  Ibu tunggal byk duit kira ok lg nk banding ibu tunggal comot busuk kekampungan xbergaya, motor buruk anak ramai rumah bocor ketika ujan. Ps ni banglo 2,3 biji yg mak bapak dgn metua dia always welcoming her. Kids dia baru balik becuti di hotel yg ada waterpark aku xtau kt mana, someone tlg bawakan. 24jam ada duit xpenah terputus wang. Cukup2 lah nk simpati kisahnya. P la kesian pulak pada org yg masuk bersamamu tv3. Pondok2 agama lg byk pelukan pehatian dan sumbangan wang.
Quote hayrin86 16-5-2023 09:37 AM
Nana_Man replied at 15-5-2023 04:52 PM
Eh laki aku pun tak wish jgk…. Kesian kt aku jgk lah kan.

Aku pun sama juga, taknah terfikir pun raikan bukan saja Hari Ibu, tapi juga Hari Bapa, Hari Guru, Hari Wanita dan Hari Pekerja serta seumpamanya yang meraikan seseorang sehari dalam setahun. Cukuplah Hari Merdeka dan Hari Malaysia aje bagi rakyat Malaysia tulen..

Quote cikatilia 16-5-2023 10:33 AM
rajinnya netizen nak sebak2 wish selamat hari ibu kek diri sendiri
lain la kalau dia wish diri sendiri duduk kat dlm runtuhan bangunan ke... or dekat bawah jejambat...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.235702 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top