CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditangkap Menyamar Tentera, Siap Pakai But Dalam Masjid

8-10-2015 11:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 15775| Komen: 84

Description: Seorang lelaki berusia 43 tahun berbangsa Cina ditahan apabila disyaki menyamar sebagai anggota tentera.....




Seorang lelaki berusia 43 tahun berbangsa Cina ditahan apabila disyaki menyamar sebagai anggota tentera di Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Kota Tinggi.


Memetik dari laporan hmetro, suspek ditemui jam 10.30 pagi di belakang masjid kem berkenaan dengan berpakaian lengkap celoreng ATM berpangkat Leftenan Muda.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata, terdahulu sebuah kenderaan Toyota Camry tanpa pemandu dijumpai ditinggalkan di perkarangan masjid oleh Pegawai Bertugas PULADA dan anggotanya sebelum maklumat itu membawa kepada pemeriksaan sekitar masjid berkenaan.

Beliau berkata, selepas pemeriksaan dibuat, lelaki itu ditemui di kawasan terbabit sebelum ditahan kerana gagal memberikan pengenalan diri sebagai pegawai tentera.


“Lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis Kota Tinggi dan beberapa barangan turut dirampas.

“Antara barangan yang dirampas, sepasang pakaian seragam celoreng digital tentera berpangkat Leftenan Muda, sepasang kasut jenama Minolis ‘Hak Kerajaan Malaysia’, satu tali pinggang, satu beret berwarna hitam, telefon bimbit, tablet dan Toyota Camry,” katanya.

Menurut Rahmat, suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula semalam mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan kerana memakai seragam tentera,” katanya.



Sumber : hmetro.com.my
Sumber foto : mynewshub










14

Bagus
16

Marah
11

Terkejut
10

Sedih
13

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bluehedgehog 8-10-2015 10:04 AM
ni bole masuk kumpulan rani kulop da
otak x betul
Quote pumpkingirl 8-10-2015 10:06 AM
Makin ramai org mentalll
Quote langlobat 8-10-2015 10:11 AM
Ini kes terlebih bayar cukai ka apa ni?
Quote kentel 8-10-2015 10:13 AM
bkn da ade ke dulu benang ni?
Quote otai_g 8-10-2015 10:13 AM
kayanya dia. rela pakai camry.
Quote dizek 8-10-2015 10:17 AM
samada cina ni bercita2 nak masuk askar
tapi tak layak,

atau teringin nak masuk islam
tapi tidak tahu saluran betul

atau apa sahaja pun punca dia berkelakuan
aneh begitu,

dia perlu tahu bahawa nama cina
tidak sinonim dengan RAMD
Quote liyamariska 8-10-2015 10:19 AM
cam bermasalah mental jer ai tgk lelaki cina nih....

Quote gaara_X 8-10-2015 10:20 AM
geng rani kulup nie......kipidap
Quote brownstone 8-10-2015 10:25 AM
rani kulup lagi power...ramai org melayu angkat dia jd pemimpin...  #pitam
Quote abangbikerz 8-10-2015 10:26 AM
Ramd tapi cina. Mmg kantoi ler
Quote Themilo 8-10-2015 10:44 AM
acah-acah solat dalam mesjid, siap pakai boot..

mati dihencap leluhur PRC nih..
Quote -electrifying- 8-10-2015 10:47 AM
gilo cm rani kulop ke apa ni
Quote prettyuglybabe 8-10-2015 10:50 AM
abangbikerz replied at 8-10-2015 10:26 AM
Ramd tapi cina. Mmg kantoi ler

errr... nak tanya..
kalu bukan melayu tu kategori askar apa?
ke memang tak ada bangsa lain dalam askar?
Quote Abangspek 8-10-2015 10:51 AM
nasib baik dia tak berak atas karpet masjid tu
Quote BlueEagle 8-10-2015 10:54 AM
saja cari glamor ke apa nih...
Quote izabellemylia 8-10-2015 10:54 AM
"Hasil pemeriksaan pada iPad mini dan iphone 6 kepunyaan suspek, didapati terdapat banyak gambarnya berpakaian celoreng digital, celoreng harimau belang dengan nama dan juga kor yang berbeza di dalam beberapa masjid termasuklah Masjid Pulada."

entah apa lah motipnya masuk ke masjid2 semua ni...
Quote zameyla 8-10-2015 10:55 AM
nek keta camry tu...
Quote CrowneGlory 8-10-2015 10:56 AM
Cinapek nk jd askar? Lawak jenaka apa kah ini
Quote Emperor95 8-10-2015 10:58 AM
Tidak tahu sebab kelakuannya itu. Tapi sekiranya dia waras, itu satu tindakan yang kurang ajar.

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.069657 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top