CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Saluran Derma/Sedekah Kini Lebih Kreatif & Mudah, Masih Liat Ke Tu?

6-10-2015 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6068| Komen: 16

Description: Ramai yang cakap, rakyat Malaysia ini pemurah sangat, suka menderma dan bersedekah. Adakah kenyataan ini masih relevan?
Oleh Adib Za

Ramai yang cakap, rakyat Malaysia ini pemurah sangat, suka menderma dan bersedekah. Adakah kenyataan ini masih relevan?


Ini kerana selepas beberapa insiden seperti melihatkan pengemis yang berkeliaran, mengutip derma sehingga di tepi lampu isyarat serta mengetuk cermin kereta, membuatkan ramai yang liat untuk bersedekah. Malah, dikatakan penyelewengan duit derma yang terjadi membuatkan lebih ramai yang sangsi untuk melakukan amal ini. 

Mereka takut, duit yang disedekah tidak sampai pada insan yang sewajarnya. Menurut blogger Diana Ishak, perasaan ini boleh jadi juga terdorong kerana diri kita takut duit semakin berkurang.


(Sumber foto: Detikislam)


Selain itu, dikatakan perasaan 'liat' atau sukar untuk bersedekah adalah kerana kita jarang melakukannya. Jika sudah menjadi rutin, anda akan berasa  tidak lengkap pula jika tak bersedekah. 

Mungkin ada kebenarannya. Meskipun ia sesuatu yang pahit, bukan? Mungkin itulah diri kita, pada tahap ini. 

Sebenarnya, banyak kisah bagaimana kuasa sedekah yang membuatkan seseorang itu tidak putus rezeki, perniagaan makin besar dan sebagainya. Sama ada ia merupakan kisah benar atau rekaan, namun dalam hadis sememangnya ada menyebut tentang hal ini. Tidak berkurang harta dengan berzakat dan bersedekah.

Teringat pada rakan penulis yang gemar bersedekah, ada sahaja mereka yang meminta di tepi jalan, di restoran, pasti dia menghulurkan apa seadanya. Ia juga mengajar penulis untuk berkongsi apa yang kita ada dengan mereka yang kekurangan.

(Sumber foto: klinikmotivasi)


Kini dengan teknologi, anda banyak cara anda ingin bersedekah, dan paling menariknya, anda boleh memilih sendiri pakej atau siapa yang menerimanya.Terlalu banyak, antaranya derma untuk golongan yang kesusahan, untuk pelajar yang melanjutkan pelajaran mahupun mereka yang ditimpa musibah akibat bencana alam atau sakit tertentu. 

Ya, teknologi membenarkan kita menderma, bersedekah dengan lebih mudah dan kreatif: 


1. Laman web seperti Islamic Relief Malaysia misalnya, membenarkan anda membuat sumbangan secara dalam talian. Malah anda boleh memilih pakej-pakej yang disediakan, bagi memudahkan proses sedekah itu. Banyak lagi badan lain seperti sekolah tahfiz, rumah anak yatim dan pelbagai NGO yang lain. 

2. Paling mudah, anda boleh membayar sejumlah wang ke melalui perbankan internet seperti CIMBclicks mahupun Maybank2u secara berkala atau bila-bila sahaja. Hanya di hujung jari..Syhh, mereka yang lain tidak perlu tahu kan!

(Sumber foto: consumerstrategist)


3. Anda boleh bersedekah sebanyak mana yang anda mahu dan mampu melalui online seperti RM10, RM20, RM100 dan sebagainya. Untuk anda yang mahu 'konsisten' apa kata anda bersedekah online ini setiap hari Jumaat!

Jom, semoga dengan input yang kecil ini boleh membuka idea dan memberi ilham untuk kita mula bersedekah.  - CARI Infonet

 
4

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
7

Sedih
5

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leylapple 6-10-2015 04:39 PM
eleh..derma senang tapi nak salurkan derma tu punya lah susah..lebih baik derma direct jer....
Quote mayaBB 6-10-2015 07:22 PM
banyak tgk budak2 bangla minx sedekah dekat trafik lite seksyen 7.. teruk sangat .. bukan xnak bagi.. tp sedekah tu x hanya duit kan.. doa dan harapan pun satu sedekah.. huhu.. dorang memang guna kanak-kanak
Quote qronaldo7 6-10-2015 07:44 PM
Pengalaman membuktikn derma/sedekah menjadikan rezeki seseorang semakin murah.

Ramai yg harap rezeki dlm bentuk wang ringgit. Tp sebenarnya skop rezeki itu luas cthnya kesihatan, keselamatan, pertolongan yg dtg tanpa disangka.

Cuba mulakn dgn sedekah di masjid/rumah ank yatim dlu
Quote :::: 6-10-2015 08:09 PM
Bagus lah.
Quote mbhcsf 6-10-2015 08:21 PM
oh well..nak bagi, bagilah apa yg ad  u boleh gapai kat tangan dan that's it. tak payah hype dan tak payah lah nak pikiaq depa tipu ke tak . itu antara dia dengan ALLAH.

lepas bagi, lupakan saja.
Quote seramado 7-10-2015 09:39 AM
mayaBB: banyak tgk budak2 bangla minx sedekah dekat trafik lite seksyen 7.. teruk sangat .. bukan xnak bagi.. tp sedekah tu x hanya duit kan.. doa dan harapan ...


kan..dr nk bg je terus x jd.....kawan meols ketakutan bila budak2 dtg kat kete minta duit hahah kelakar
Quote tubikmasok 7-10-2015 10:51 AM
penulis sudah bersedekah ke x
Quote Dhiasara123 7-10-2015 11:18 AM
tubikmasok replied at 7-10-2015 10:51 AM
penulis sudah bersedekah ke x

Nak sedekah tak perlu cite kt org lain
Quote CharityID88 7-10-2015 03:34 PM
Rangkaian derma P2P terbaik di Malaysia

CharityID merupakan sebuah platform derma berkonsepkan PEER-TO-PEER (P2P) yang memberi peluang kepada seluruh ahlinya memberi dan menerima derma dengan cara yang sistematik. Lebih banyak yang anda derma, lebih banyak kutipan derma yang bakal anda terima terus ke akaun peribadi anda.

Info lanjut

http://www.charityid.com/donation-plan/todonateisgreat
Quote perang_candu 7-10-2015 03:40 PM
Sedekah pada orang terdekat sekeliling kita dulu. Adik beradik.. sepupu. Jiran jiran
Quote clarizsa 7-10-2015 03:50 PM
yelah... i pun tgh fikir port yg sesuai utk gi minta sedekah ni..
Quote susukambingbest 7-10-2015 04:25 PM
utamakn org2 yg trdekat dgn kta or org yg dilanda musibah/pnyakit kronik lbih utama...

jgn ssekali ada org mntk sdekah msa akk kt dlm kete cz akk xakn buka sklipun tgok muka dorang sgt ksihan
akk ada satu pnyakit cmas bla org ketuk2 cemin kete xkira la org tu ngemis ke, nk brjual ke.. akk xakn buka cz akk tkut org tu tarik kpala akk or bt ssuatu yg xbaik hehehh
Quote fuzzyfuzzy 7-10-2015 04:35 PM
dulu aku selalu skeptikal nak bagi derma kt orang yg tepi2 jalan tu...rasa mcm sindiket tak pon mcm diorang menipu...

tapi bila fikir2 balik...lantak la...kalau diorang menipu tu antara diorang dgn tuhan..
aku bg sebab kesian tgk bawak anak kecik ke hulur ke hilir panas terik...
bagi sebab kesian kt budak kecik tu....
Quote setokinpurple 8-10-2015 08:10 AM
Belanja member makan pon sedekah.
Quote MissNigga 8-10-2015 08:15 AM
bagi makan kat stray cats ... animal pun kira sedekah jugek
Quote MissNigga 8-10-2015 08:15 AM
belanja laba manapos satu carutan ..  laharan pun kira sedekah jugekkkk

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.060058 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top